Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Isnin, 3 Januari 2011

MENUJU PAS BARU



salam kepada semua....

1.Buku Tulisan seorang AJK PAS Pusat iaitu Dr Mujahid Yusof Rawa yang dihasilkan hasil dari pemikiran beliau sendiri yang mendapat tentangan dan bantahan yang cukup hebat oleh Pimpinan Pas terutama dalam Dewan Ulama Pas sendiri.Buku .Menuju PAS Baru: Krisis, Peluang dan Dinamisme, yang dihasilkannya dengan hasrat untuk memperbaiki organisasi parti mendapat tentangan Dewan Ulama kerana dianggap kerana beliau mahu mengubah kepimpinan Ulama dalam Pas dan mahu supaya Parti itu di ``Nasionalkan``.

2.Dr Mujahid berkata buku tulisannya itu merupakan usaha untuk melihat masa depan PAS dengan mengambil kira aset perjuangan parti sejak lebih 50 tahun lepas.Beliau menulis buku ini untuk tatapan generasi muda terutama di dalam PAS untuk melihat masa depan parti itu.Sememangnya kewujudan PAS dalam Arena Politik tanah air semakin diterima dan mendapat sokongan rakyat apabila pendekatan yang digunakan oleh PAS secara sederhana dan tidak bersifat ekstrim untuk berdakwah.Kalau dahulu mungkin Negeri Kelantan,Terengganu dan Kedah sahaja yang boleh menerima kehadiran PAS,kini semua lapisan Masyarakat di seluruh Malaysia boleh menerima PAS termasuk juga yang bukan beragama islam sehingga tertubuhnya Dewan Penyokong PAS yang dianggotai oleh masyarakat yang bukan beragama islam.

3.Kritikan terhadap buku Menuju PAS baru ini bukan sekadar di isinya sahaja tetapi juga pada kulitnya yang mana menggambarkan seorang budak lelaki yang berseluar pendek sambil membawa bendera PAS dan gambaran ini seolah-olah menunjukkan Generasi PAS pada masa hadapan,Namun bagi Penulis Smart Generation melihat gambaran di Kulit buku ini bukan sekadar itu,tetapi itu merupakan satu keberanian PAS untuk mendapatkan sokongan remaja terutama generasi alaf baru yang semakin terjebak dengan gejala sosial yang melampau..

4.Sememangnya penulisan buku ini nampak lebih Liberal dan sedikit lari daripada perjuangan PAS yang sebenar,Namun melalui penulisan sebegini beliau berharap buku ini dapat menarik golongan muda di Negara ini untuk menyokong PAS dan memperkuatkan jentera Pemuda PAS untuk berdakwah dalam era globalisasi ini.

5.Mungkinkah penulisan beliau ini hasil daripada penelitian beliau mengenai Politik yang berlaku di Indonesia iaitu melalui Parti PKS yang membawa pendekatan liberal untuk memenangi Pilihan Raya,begitu juga dengan apa yang berlaku di Turki iaitu Parti AKP oleh pimpinan Abdullah Gul dan Raccep Tayeeb Erdogan telah membawa pendekatan beliau sehngga Parti ini berjaya dalam Pilihan Raya dan dapat membentuk kerajaan di Turki.

6.Pimpinan PAS terutama daripada Dewan Ulama sudah tentu bimbang dan risau akan implikasi buku ini yang akan memahat dan mentarbiyah golongan muda dalam PAS sehingga mereka tersasar daripada prinsip perjuangan yang sebenar,Namun PAS sememangnya harus berubah untuk memastikan parti ini kekal relevan dan mendapat sokongan daripada Masyarakat.Dalam Pakatan Rakyat sendiri Penulis Smart Generation berani mengatakan bahawa Kepimpinan PAS lebih cemerlang daripada PKR dan DAP.Tidak mustahil PAS akan menjadi satu Parti yang begitu hebat suatu masa nanti dengan penyertaan oleh golongan muda dan Profesional ke dalam Parti ini.
sekian..

Penulisan ini merupakan Pandangan peribadi Penulis Smart Generation
MOHD ASRI ZULKIFLI
PRESIDEN KOLEJ-KOLEJ KEDIAMAN UM(SPKUM)










1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Saudara sudah mebaca belum semua keseluran kandungan dan isi buku tersebut?????????/

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse