salam kepada semua.....
PILIHAN RAYA KECIL LAGI........BELUM HABIS DUN TENANG.....DUN PELABUHAN KLANG PUN KENA PILIHAN RAYA KECIL LAGI....
KALAU SEBELUM INI PILIHAN RAYA KECIL SEBAB ADUN ATAU AHLI PARLIMEN MENINGGAL DUNIA.......KALI INI PILIHAN RAYA KECIL SEBAB ADA ADUN PEMALAS DATANG SIDANG DEWAN UNDANGAN NEGERI.....
APELAH.....WAKIL RAKYAT PEMALAS MACAM NI MEMANG TIDAK PATUT DILANTIK PUN...DULU AHLI PKR....PKR PUN TAK DAPAT DIDIK AHLI DIA NI..SEKARANG JADI AHLI UMNO...MASUK UMNO PUN PEMALAS LAGI...KALAU ORANG MACAM NI..BUKAN MASALAH PARTI..TAPI MASALAH DIRI SENDIRI....ORANG MACAM INILAH YANG MEROSAKKAN PARTI......
Berikut merupakan berita penuh mengenai perkara ini :-
Pengumuman itu dibuat petang tadi di Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah di Shah Alam.
Sebelum ini, khabar angin mengenai kekosongan itu bertiup kencang apabila Badrul Hisham Abdullah didakwa telah gagal menghadiri sidang DUN selama lebih setengah tahun.Mengikut Artikel 69 perlembagaan Selangor, mana-mana ADUN yang tidak hadir ke sidang DUN bagi tempoh enam bulan akan menyaksikan kerusinya diisytiharkan kosong oleh speaker.
ADUN kontroversial Pelabuhan Klang itu meninggalkan PKR pada tahun Oktober 2009 dan memilih menjadi ADUN Bebas yang mesra BN tetapi kemudiannya menyertai Umno pada Mei tahun lalu.
Sebelum itu, beliau juga 'menghilangkan diri' buat seketika dan muncul semula dengan berita yang beliau akan berpaling tadah.
Badrul Hisham memenangi kerusi Pelabuhan Klang pada pilihan raya umum 2008 di bawah tiket PKR dengan majoriti 4,407 undi.
Beliau mendapat 12,397 undi berbanding calon BN yang diwakili oleh Roselinda Abd Jamil (Umno) yang mendapat 7,990 undi dan calon Bebas Nazir Mansor pula mendapat 580 undi.
Sejak pilihan raya umum pada Mac 2008, negara telah menyaksikan 14 pilihan raya kecil. Yang terakhir akan diadakan di Tenang, Labis, Johor berikutan kematian wakil rakyatnya, Datuk Sulaiman Taha.
Sebelum ini, seorang pembantu khas ADUN Pelabuhan Klang, yang tidak mahu namanya dipetik memberitahu, wakil rakyat itu hanya gagal hadir pada satu persidangan bajet bertarikh 8 hingga 11 November atas masalah kesihatan.
Katanya, surat ketidakhadiran telah dimaklumkan kepada Teng.
Beliau juga menafikan wakil rakyat itu gagal hadir selama enam bulan kerana beliau sendiri mencatatkan kehadirannya.
1 ulasan:
dah jadi YB, memonteng pulak..ish ish ish...
Catat Ulasan