Pages

Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Rabu, 12 Januari 2011

TNC HEPA PROF DR. ROHANA MENERIMA MEMORANDUM DARIPADA SPKUM







salam kepada seluruh Mahasiswa Univerisiti Malaya....



1.Hari ini saya selaku Presiden Kolej-Kolej Kediaman Universiti   Malaya (SPKUM) telah berjumpa dengan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Universiti Malaya,Prof Dr Rohana Yusof untuk menyerahkan Memorandum kami iaitu ``MEMORANDUM MENUNTUT PUSAT PENGUNDIAN DIKEKALKAN DI KOLEJ KEDIAMAN DAN MENYOKONG PENGUNDIAN DI FAKULTI DALAM PILIHAN RAYA KAMPUS UNIVERSITI MALAYA`` serta membincangkan beberapa isu yang sedang hangat di Kolej Kediaman.

2.Prof Dr. Rohana menerima Memorandum kami untuk dilanjutkan dan dibincangkan bersama Pihak Pentadbiran.Dalam pertemuan ini saya bersama 3 orang Presiden Kolej Kediaman menyatakan akan menyokong segala pembaharuan dan cadangan daripada Pihak Pentadbiran sekirannya perkara itu memberikan kebiakan dan kemudahan kepada seluruh Mahasiswa.Kami juga mengharapkan supaya Pilihan Raya Kampus pada kali ini akan lebih baik daripada tahun-tahun sebelum ini.

3.Kami juga bertanya kepada Prof Dr. Rohana berkenaan seorang mahasiswa iaitu Farid Zulkifli yang dikatakan bakal dikenakan Tindakan Tatatertib oleh Pihak Pentadbiran kerana telah mengikuti Program Ziarah Mesra Pro-Mahasiswa baru-baru ini.Namun,Prof Dr .Rohana menafikan dakwaan terbabit mengenai pelajar itu akan dikenakan tindakan tatatertib oleh Pihak Pentadbiran dan Prof Dr. Rohana hanya menasihati pelajar berkenaan kerana mereka memasuki Kolej tanpa kebenaran.Beliau kesal dengan tuduhan yang dilemparkan kepada beliau kerana beliau hanya memanggil pelajar berkenaan dan bukannya mahu mengenakan tindakan.

4.Selain itu,Kami juga bertanya kepada Prof. Dr Rohana berkenaan Program Penerangan mengenai ``ISU ZERO BALANCE`` yang dianjurkan oleh Pro-Mahasiswa bersama pentadbiran.Beliau menyatakan bahawa Pihak Pentadbiran tidak mendapat maklumat mengenai perkara itu.Prof Dr .Rohana menyatakan kepada kami bahawa segala isu berkenaan Mahasiswa akan dijelaskan oleh beliau sendiri terus kepada Mahasiswa dan itu merupakan tugas beliau sebagai Timbalan Naib Canselor HEPA untuk memberikan penerangan kepada Mahasiswa.Beliau akan membuat penerangan kepada Mahasiswa berkenaan segala isu yang berkaitan dengan Mahasiswa dan Universiti termasuk Isu ZERO BALANCE ini dalam Program Ramah Mesra beliau di kolej-kolej Kediaman mulai minggu ini.Beliau mengharapkan seluruh Mahasiswa hadir untuk mendengar segala penerangan beliau supaya mahasiswa dapat mendengar mesej yang jelas daripada pihak pentadbiran Universiti.

5.Kami  mengharapkan supaya Pihak Pentadbiran Universiti Malaya akan terus memberikan penerangan yang jelas kepada seluruh Mahasiswa berkenaan isu-isu yang melibatkan Mahasiswa seperti Isu Zero Balance supaya  Mahasiswa akan mendengar terus daripada Pihak Pentadbiran Universiti.Kami mengucapkan terima kasih kepada Prof Dr. Rohana kerana sudi menerima kunjungan kami walaupun sedang sibuk dengan pelbagai urusan rasmi Universiti.Kami mengharapkan semoga Prof Dr Rohana akan dapat mencapai hasrat beliau untuk memastikan kecemerlangan Mahasiswa Universiti Malaya dalam segala bidang yang di ceburi dan cemerlang di alam pekerjaan nanti.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse

Pengikut