Pages

Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Jumaat, 14 Januari 2011

UMI HAFILDA CABAR ANWAR BUAT SUMPAH LAKNAT DAN BERDEBAT.....!!!!!!!!!!!!





salam kepada semua....


HAHAHAHAHAHAHAHAHA....
SEKARANG NI...TAWARAN DEBAT BERDEBAT ANTARA PEMIMPIN NEGARA INI.......



TERBARU...UMI HAFILDA ALI...CABAR ANWAR BERDEBAT DENGAN DIA BERHUBUNG SALAH LAKU SEKS ANWAR......??????


ANWAR IBRAHIM PERLU BERDEBAT SALAH LAKU SEKS DENGAN UMI HAFILDA ALI DULU SEBELUM BERDEBAT DENGAN PERDANA MENTERI.......



UMI HAFILDA TURUT MENCABAR ANWAR IBRAHIM UNTUK MEMBUAT SUMPAH LAKNAT DI MANA-MANA MASJID UNTUK MENAFIKAN SEGALA DAKWAAN DAN PENDEDAHAN YANG BELIAU LAKUKAN JIKA BENAR-BENAR ANWAR IBRAHIM TIDAK TERBABIT DENGAN PERBUATAN ITU.....


ISU INI SEMAKIN PANAS....APABILA MUNCUL KEMBALI UMI HAFILDA ALI...YANG JUGA TURUT MENYERANG ADIKNYA IAITU AZMIN ALI UNTUK TURUT MEMBUAT SUMPAH LAKNAT........



NANTIKAN PENDEDAHAN OLEH UMI HAFILDA ALI MENJELAJAH KE SELURUH NEGARA MENDEDAHKAN SALAH LAKU ANWAR IBRAHIM.....



PETANDA PILIHAN RAYA UMUM KE-13 SEMAKIN HAMPIR........



Berikut merupakan berita mengenai kenyataan ini :-
Ummi Hafilda Ali mencabar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk berdebat dengannya terlebih dahulu berhubung kebenaran kes salah laku seks beliau sebelum mencabar pihak lain.Katanya, Anwar tidak perlu berdebat dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tentang Pelan 100 Hari yang dicadangkan pakatan pembangkang kerana ia tidak memberi sebarang faedah.

“Saya cabar Anwar berdebat dengan saya. Saya juga cabar Azmin Ali untuk berdebat dengan saya sebelum berdebat dengan Perdana Menteri,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.Turut hadir pada sidang akhbar itu ialah penasihat undang-undang Ummi Hafilda, Mohd. Khairul Azam Abd. Aziz.

Ummi Hafilda yang pernah menjadi saksi penting kes liwat Anwar pada 1998 turut mencabar Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dan Azmin melakukan sumpah laknat bagi membuktikan mereka tidak terbabit dalam segala kes salah laku seks yang didedahkannya ketika itu 

“Saya juga mencabar Anwar masuk ke mana-mana masjid bagi membuat sumpah laknat untuk menafikan segala dakwaan yang dikemukakan saya sebelum ini jika betul dia tidak terbabit dengan perbuatan itu,” katanya.

Ummi Hafilda juga dalam pada itu bersumpah dia tidak pernah menerima sebarang bayaran atau upah daripada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad atau kerajaan ekoran pendedahan tentang salah laku Anwar ketika itu.

“Saya bersumpah dengan nama Allah bahawa saya tidak pernah menerima walau satu sen pun upah ketika itu. Jika saya berbohong maka saya akan dilaknat.“Semua ini saya lakukan atas dasar perjuangan terhadap anak bangsa saya sendiri. Kerajaan tidak pernah membayar satu sen pun atau apa-apa pampasan kepada saya. Niat saya jelas mahu menyelamatkan agama dan bangsa saya daripada orang yang bernama Anwar Ibrahim,” katanya.

Ummi Hafilda berkata, dia akan mengemukakan semua bukti penting berhubung perilaku Anwar dan yang lain di mahkamah melalui saman yang akan difailkan nanti.Sebelum ini, Ummi Hafilda menyatakan akan memfailkan saman berjumlah RM700 juta terhadap Anwar, Azmin, Wan Azizah, peguam Karpal Singh dan parti Pas kerana salah laku mereka terhadapnya pada 1997.

Daripada jumlah itu, saman terhadap Anwar berjumlah RM300 juta dibuat atas dakwaan salah guna kuasa selaku Timbalan Perdana Menteri pada 1997 yang mengarahkan dia ditangkap dan didera bagi mendapatkan pengakuan palsu berhubung skandal seks.Selain itu, Ummi Hafilda bakal memfailkan saman berjumlah RM200 juta terhadap Karpal, RM100 juta terhadap Wan Azizah dan RM100 juta lagi terhadap Pas.
Dalam pada itu, dia juga bercadang menjelajah ke seluruh negara bagi menerangkan kepada rakyat berhubung salah laku Anwar dan konco-konconya.“Tidak ada sebab untuk saya takut. Malah saya tahu Anwar memang takut kepada saya sebab itu dia tidak menyaman apabila saya menulis dalam blog mengenai segala yang dia buat,” katanya.


3 ulasan:

kak dila berkata...

apalah pompua nih.....pakai tudung pun tak betul nak tegakkan agama....agama mana yang nak ditegakkan....???

sebab mahathir tak nak bayar dia lah dia sibuk nak saman2 karpal,azizah ngan pas...

kalo tak lapar dut apa ke hal nya nak saman2 sampai 100juta...

kesian betul... macam peminta sedekah....peminta sedekah pun lagi mulia dari pompuan ni....

helmi berkata...

Mmg dasar pengemis.. mntak duit kat orang.. mesti buat kerja dulu majikan x bayar gaji..
pakai tudung pun x nmpak cam islam dah.. pergi berambus la ko,,

Tanpa Nama berkata...

ape hal main sumpah2 ni? islam x ajar pon..care pendek akal betol la..hissh kepale ak dah makin pening fikir masalah negare sekarang..x habis2 cari pasal dgn anwar ibrahim..ape kes?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse

Pengikut