Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Isnin, 10 Januari 2011

ISA AKAN DIPINDA DAN RAKYAT DIBENARKAN UNTUK BERDEMONSTRASI...!!!!!!!!!!


salam kepada semua...


Penulis Smart Generation sekadar mahu berkongsi dengan pembaca sekalian berkenaan dengan sejauh mana pencapaian Kementerian Dalam Negeri Malaysia di bawah kepimpinan Datuk Seri Hishammuddin Hussien sepanjang beliau menerajui Kementerian Dalam Negeri ini....


Sememangnya jawatan sebagai Menteri Dalam Negeri bukanlah sesuatu yang mudah kerana melibatkan soal keselamatan Negara ini.Isu-Isu rakyat mengenai Keselamatan Negara ini juga harus diambil perhatian terutama yang berkaitan dengan kes jenayah dan keselamatan.Perkara terpenting yang sedang di lakukan oleh Kementerian Dalam Negeri adalah meminda AKTA ISA yang mendapat pertikaian dan bantahan majoriti rakyat Malaysia.
Isu ISA ini diambil perhatian serius oleh Kementerian Dalam Negeri dengan meminda beberapa perkara yang dianggap sebagai satu penindasan dan ketidakadilan oleh kerajaan kepada rakyat.Begitu juga dengan soal Demontrasi yang sering kali muncul menjelang sahaja isu-isu Panas di dalam negara ini terutama isu politik dan Hak-hak rakyat.Ketika pertemuan Penulis dengan Datuk Seri Hishammuddin Hussien pada tahun lepas beliau telah menyatakan bahawa selepas Akta mengenai Demontrasi ini di pinda selepas ini rakyat Malaysia dibenarkan untuk mengadakan Demontrasi tanpa memerlukan permit dengan syarat Demontrasi itu tidak diadakan di tempat awam yang boleh mengganggu ketenteraman awam.Malahan rakyat bebas mengadakan Demontrasi di Stadium-stadium selagi tidak mengganggu ketenteraman awam.Hak untuk berhimpun akan dikembalikan semula kepada Rakyat.....




Tujuh komitmen utama KDN yang perlu diberi perhatian dan dilaksanakan adalah:-
 
i. Memantapkan pelaksanaan NKRA Mengurangkan Jenayah
ii. Memberi nilai tambah kepada KPI Kementerian
iii. Meningkatkan kecekapan pengurusan isu warga asing
iv. Menangani ancaman jenayah merentasi sempadan
v. Memerangi pengedaran dan penyalahgunaan dadah
vi. Mempertingkatkan keberkesanan pemulihan, dan
vii. Menggerakkan gelombang kesukarelaan



Semoga dengan kesedaran kerajaan berkenaan isu-isu rakyat terutama dalam soal keselamatan dan keamanan negara akan dipandang serius oleh kerajaan.Rakyat hanya mahukan jaminan keselamatan Negara ini akan terus terpeliharan dan dipertahankan........!!!!!!!




Tiada ulasan:

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse