Pages

Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Ahad, 30 Januari 2011

PAS TIDAK TENANG DI TENANG....BARISAN NASIONAL SEMAKIN TENANG...!!!!!!!





salam kepada semua....



PENULIS SMART GENERATION MENGUCAPKAN TAHNIAH DAN SYABAS KEPADA MOHD AZAHAR IBRAHIM KERANA TELAH MENANG DENGAN MAJORITI 3,707 UNDI DI TENANG....
RAKYAT TENANG..SEMEMANGNYA SUDAH MENGETAHUI WAKIL RAKYAT YANG MAHU MEREKA PILIH..DAN PARTI MANA YANG DAPAT MENJAMIN MASA DEPAN DAN KEBAJIKAN MEREKA DI DUN TENANG.....



PAS SEHARUSNYA MENGAMBIL KEKALAHAN INI SEBAGAI SATU PENGAJARAN DAN MENILAI SEMULA SOKONGAN MELAYU KEPADA PARTI INI...



PAS NAMPAKNYA KEHILANGAN SOKONGAN ORANG MELAYU DI TENANG...DAN MENDAPAT MAJORITI UNDI CINA....




SEHARUSNYA PAS MENDAPATKAN UNDI ORANG MELAYU UNTUK MEMASTIKAN SURVIVAL MELAYU ISLAM DI NEGARA INI SEMAKIN MENINGKAT..MALANGNYA ORANG CINA LEBIH SUKA MENGUNDI PAS KERANA PAS SEHINGGA SEKARANG MENJADI PAK TURUT KEPADA DAP.......





Keputusan rasmi menunjukkan BN mendapat 6,699 undi manakala PAS mendapat 2,992 undi.
calon BN, Mohd Azahar Ibrahim menang dengan majoriti 3,707 undi - meningkat 1berbanding majoriti 2,492 undi pada 2008. 

Calon BN juga menang undi Pos. Daripada 119 kertas undi pos yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Mohd Azahar memperoleh 115 manakala Normala memperoleh tiga undi. Satu undi pos ditolak.

Sebanyak 71.8 peratus atau 10,579 orang daripada sejumlah 14,753 pengundi berdaftar bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Tenang keluar mengundi sehingga proses pengundian ditutup pada pukul 5 petang ini.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata jumlah peratusan itu lebih rendah daripada pilihan raya umum 2008 iaitu 73.52 peratus.

"Ini disebabkan oleh keadaan cuaca yang buruk sehingga laluan ke beberapa pusat pengundian dinaiki air serta kawasan seperti Pekan Lama Labis dilanda banjir," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Proses pengundian bagi kerusi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor kawasan Tenang, ditutup pukul 5 petang ini.

Jurucakap Suruhanjaya Pilihan Raya berkata kesemua 12 pusat pengundian yang dibuka pukul 8 pagi tadi telah ditutup dan peti-peti undi akan dibawa ke pusat penjumlahan undi di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis di sini.

Keputusan dijangka akan diumumkan pada pukul 8 malam ini.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan penyandang Datuk Sulaiman Taha, 59, meninggal dunia pada 17 Disember tahun lepas akibat jangkitan kuman dalam darah dan kencing manis.






1 ulasan:

Mohd Firdaus Bin Abdullah berkata...

pas lebih kuat sekiranya keluar daripada pakatan rakyat, pas hanya digunakan sahaja

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse

Pengikut