Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Rabu, 12 Januari 2011

NAZRI AZIZ CABAR ANWAR IBRAHIM BERDEBAT ISU APCO....MAHU KE ANWAR IBRAHIM...??????



salam kepada semua....


NAZRI AZIZ MENCABAR ANWAR IBRAHIM BERDEBAT DENGANNYA TERLEBIH DAHULU SEBELUM BERDEBAT DENGAN PERDANA MENTERI MENGENAI ISU APCO WORLDWIDE.........




WAH.......SATU KENYATAAN BERANI DARIPADA NAZRI AZIZ MAHU BERDEBAT DENGAN ANWAR IBRAHIM..... NAMPAKNYA NAZRI AZIZ AKAN JADI HERO LEPAS NI......INI BARU ANAK JANTAN,.......HAHAHA



ADAKAH ANWAR IBRAHIM AKAN MENERIMA TAWARAN INI...????


MUNGKINKAH KEBERANIAN NAZRI AZIZ INI KERANA BELIAU SEMEMANGNYA MEMPUNYAI CUKUP BUKTI UNTUK MENENTANG ANWAR IBRAHIM.....



BAGUS...BAGUS..BAGUS...GALAKKAN DEBAT TERBUKA SECARA ILMIAH DAN INTELEKTUAL..BIAR RAKYAT YANG MENILAI KEMAMPUAN PIMPINAN NEGARA....KALAU SEKADAR BERDEBAT DI DEWAN RAKYAT DAN TIDAK MENDAPAT PERHATIAN UMUM...MEMANGLAH AHLI PARLIMEN BOLEH TUNJUK BERANI....SEKARANG BIAR RAKYAT YANG NILAI SENDIRI....!!!!!!!!



Berikut merupakan kenyataan mengenai perkara ini :-
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz mencabar ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berdebat dengannya mengenai Apco Worldwide sebelum membuat cabaran berdebat dengan Perdana Menteri.

azlanNazri berkata demikian bagi mengulas kenyataan Anwar, ketua umum PKR, yang mencabar Datuk Seri Najib Razak berdebat mengenai "Pelan 100 Hari" Pakatan Rakyat berikutan kenyataan Najib yang membidas pelan itu sebagai bersifat populis dan tidak bertanggungjawab kerana tidak disertakan dengan punca kewangan bagi melaksanakannya.

"Jangan jadi pengecut. Suruh dia jawab isu Apco dulu dan debat dengan saya dulu," kata Nazri dalam khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Bernama.

NONEAnwar sebelum ini mendakwa mempunyai dokumen bahawa Apco Worldwide (APCO), sebuah syarikat perhubungan awam antarabangsa mempunyai kaitan dengan penubuhan
gagasan 1Malaysia dan kempen 'One Israel', walaupun kerajaan mendedahkan dokumen ang menafikan dakwaannya tersebut.

Berikutan kegagalan Anwar untuk mengemukakan bukti mengenai dakwaannya di persidangan Dewan Rakyat pada penggal yang lalu, beliau telah digantung daripada menghadiri persidangan itu untuk enam bulan selepas Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen mendapati beliau berbohong.

rais yatim pc 020709 02Sementara itu, Menteri Penerangan Datuk Seri Rais Yatim berkata tindakan Anwar mencabar PM hanyalah gimik lama dan hanya mahukan publisiti.

"Saya tidak fikir PM akan jatuh dalam perangkap ini. Anwar dalam keadaan tersepit akan mengambil apa sahaja peluang untuk menyanggah data dan informasi ataupun usaha Perdana Menteri dalam apa-apa hal.

"PM melahirkan hujah yang menyakinkan dalam apa yang dilaksanakannya dalam tempoh setahun lebih. Kita sudah yakin bahawa informasi itu boleh dipertahankan," katanya kepada pemberita selepas bertemu petugas Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) di Kuala Lumpur, semalam.

Rais berkata semasa Anwar memegang jawatan Menteri Kewangan, lonjakan saham tidak pernah mencapai 1,500 mata, dan kini pendapatan orang kampung pun semakin meningkat dengan kenaikan harga getah sehingga RM12 sekilogram baru-baru ini.

NONEAhli parlimen Bebas Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali pula berkata Najib tidak perlu melayan kehendak Anwar kerana Anwar bukan seorang pakar ekonomi atau pakar kewangan, malah tidak ada pengalaman dan juga kelulusan.

"Tak perlu PM masuk perangkap politik Anwar. Anwar hanya berlagak pandai dan dia adalah pakar putar alam," dakwanya.

Apa yang penting ialah Perdana Menteri dan kerajaan memberikan penerangan kepada rakyat mengenai apa jua rasa tidak puas hati yang tercetus, terutama kos sara hidup yang semakin meningkat, kata presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) itu.

dr shamsul amriSementara itu Pengarah Institut Kajian Etnik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Datuk Shamsul Amri Baharudin berkata cabaran Anwar untuk berdebat dengan Najib mengenai polisi ekonomi, dilihat sebagai satu usaha terdesak.

Katanya, Anwar tidak perlu untuk berdebat memandangkan rakyat kini lebih cenderung menonton majlis yang berbentuk forum perdana.

- Bernama

Tiada ulasan:

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse