Pages

Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Jumaat, 21 Januari 2011

FORUM DISKUSI MAHASISWA:DI MANA HALA TUJU MPMUM?



salam kepada semua....


1.Saya mengucapkan terima kasih kepada pihak Pro-Mahasiswa kerana menjemput saya sebagai Panel dalam satu Forum Diskusi Mahasiswa:DI MANA HALA TUJU MPMUM? yang akan diadakan pada 22 Januari 2011 jam 9.00 malam bertempat di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.Namun,saya telah memaklumkan kepada Saudara Hawari Zakaria(Wakil Pro-Mahasiswa yang menjemput saya) bahawa saya tidak dapat hadir dalam Forum pada hari Sabtu ini kerana mempunyai Urusan Rasmi yang lebih penting.


2.Saya menyokong sepenuhnya Forum Diskusi Mahasiswa ini yang sememangnya sangat baik  sebagai satu bentuk ruang diskusi Mahasiswa secara sihat dan intelektual yang mana segala Isu dan Permasalahan yang berlaku mengenai hal-hal yang berkaitan Mahasiswa akan dapat di selesaikan dalam ruang lingkup Mahasiswa itu sendiri.Perbincangan dalam Forum ini berkenaan ``DI MANA HALA TUJU MPMUM`` merupakan suatu diskusi yang sihat memberikan ruang dan peluang kepada Mahasiswa untuk membentuk dan memilih Wakil-wakil Pemimpin mereka supaya dapat membawa suara mereka kepada Pihak Pentadbiran.Forum Diskusi Mahasiswa ini akan membincangkan peranan dan peluang yang seharusnya dimainkan oleh MPMUM.Selain itu, peranan halatuju MPMUM dalam memandu dan menjaga hak mahasiswa serta menyelaraskan misi dan visi universiti supaya terus seiring dengan pembawakan MPMUM sebagai Badan Pelajar yang membawa Suara majoriti masyarakat kampus.


3.Pandangan saya secara peribadi mengenai hala tuju MPMUM ini sebagai satu badan pelajar terpenting di kampus haruslah lebih bersikap inklusif dan eksklusif dan perwatakan MPMUM ini seharusnya lebih bersifat intelektual dan berkebajikan.Peranan MPMUM ini tidak seharusnya semata-mata berkisar mengenai masyarakat kampus,tetapi MPMUM harus melibatkan diri dalam hal ehwal Nasional terutama isu-isu masyarakat dan Negara.MPMUM seharusnya menjadi badan pelajar yang berperanan membincangkan isu-isu dan dasar-dasar yang akan di laksanakan oleh Kerajaan serta menjadi Badan Pelajar yang memberikan pandangan dan kritikan mengenai dasar-dasar kerajaan tersebut.


4.Dalam rancangan Meja Bulat Astro Awani baru-baru ini yang membincangan mengenai ``Citarasa Pengundi Muda`` saya merupakan salah seorang daripada Ahli Panel rancangan ini.Saya secara jelas telah menyatakan kepada seluruh Masyarakat Malaysia bahawa Golongan Muda (Mahasiswa) harus menjadi kumpulan pendesak kepada kerajaan ataupun Pembangkang.Golongan Muda yang menjadi pendesak ini bukanlah kerana mereka beremosi mengenai sesuatu perkara tetapi golongan Muda mahukan sesuatu yang lebih baik untuk kehidupan mereka.Dalam konteks MPMUM juga,hendaklah menjadi kumpulan pendesak kepada Pentadbiran dan Kerajaan.Tidak bersetuju bukan bermakna tidak menyokong,tetapi kerana kita mahukan sesuatu yang lebih baik untuk masyarakat kampus dan rakyat di Negara ini.


5.MPMUM akan menjadi satu badan pelajar yang di hormati dan di geruni sekiranya peranan yang di mainkan oleh badan pelajar rasmi di Universiti ini benar-benar berfungsi dan di rasai oleh masyarakat kampus.Peranan yang harus di mainkan oleh MPMUM bukan sekadar menjalankan aktiviti dan projek di kampus,tetapi lebih bersifat universal yang mana di rasai oleh masyarakat di sekeliling mereka terutama masyarakat di Negara ini.

6.Kelemahan yang paling ketara berlaku dalam MPMUM ini adalah apabila terdapat dua kumpulan atau dua proksi di kalangan ahli MPMUM ini sendiri.Satu kumpulan di anggap sebagai kerajaan,manakala satu kumpulan lagi di anggap sebagai pembangkang.Ahli-ahli dalam MPMUM ini seolah-olah lupa bahawa mereka telah di pilih oleh Mahasiswa untuk membawa suara Mahasiswa dan menjamin kebajikan Mahasiswa.Dalam MPMUM sesi 2009/2010saya mendapat tahu bahawa seramai 41 orang Mahasiswa yang menang ketika Pilihan Raya Kampus sesi ini hanya sebilangan kecil sahaja yang menjalankan amanah dan tanggungjawab mereka kepada masyarakat kampus.Perkara ini berlaku kerana terdapat ahli MPMUM yang menang pada sesi ini tidak berpuas hati kerana tidak mendapat jawatan yang tertinggi dalam MPMUM.Mereka telah memboikot rakan-rakan pimpinan mereka yang tidak seideologi dengan mereka.Tindakan ini menyebabkan mereka tidak secara serius membantu rakan-rakan pimpinan yang lain dalam MPMUM ini untuk membawa suara Mahasiswa.


7.Kenapa mahu di wujudkan dan di labelkan sebagai MPMUM Pro-Mahasiswa atau MPMUM Penggerak Mahasiswa?adakah MPMUM ini satu badan Politik?Walaupun dalam Pilihan Raya Kampus wujudnya label Pro-Mahasiswa dan Penggerak Mahasiswa,Namun kewujudan Kumpulan ini hanya semata-mata mahu memeriahkan Pilihan Raya Kampus serta sebagai satu Platform terbaik untuk Mahasiswa merasai Pilihan Raya yang sebenar di luar kampus iaitu Pilihan Raya Umum.Adakah jika MPMUM Pro-Mahasiswa yang menang,maka hanya MPMUM Pro-Mahasiswa sahaja yang berkerja?begitu juga sebaliknya.Seharusnya dalam Badan MPMUM ini kedua-dua kumpulan ini harus bersatu dalam segala isu yang berkaitan Mahasiswa.Tidak perlu menjadi juara kepada isu,tetapi apa yang perlu adalah membawa sesuatu isu itu secara bersama.Masyarakat kampus tidak suka melihat pertelingkahan dan permasalahan dalaman yang berlaku dalam MPMUM,tetapi masyarakat Kampus mahu kesemua ahli dan kepimpinan dalam MPMUM benar-benar memperjuangkan hak dan kebajikan mereka.Masyarakat kampus tidak mahu hanya slogan dan janji-janji kosong Manifesto Pilihan Raya,namun tiada sebarang tindakan dan usaha yang di lakukan untuk memastikan segala janji kepada Mahasiswa di laksanakan.



8.Kekuatan MPMUM ini akan di rasai dan terserlah apabila ke semua ahli-ahli MPMUM seramai 41 orang ini bersama-sama membawa isu Mahasiswa dan kebajikan mahasiswa kepada pihak pentadbiran.Perpaduan dalam MPMUM ini merupakan resepi utama kekuatan MPMUM di samping pemimpin-pemimpin Mahasiswa yang berkredibiliti.Mahasiswa tidak suka mendengar siapa yang menjadi juara kepada Isu dalam Mahasiswa,tetapi Mahasiswa mahukan kepimpinan mereka yang mendengar suara mereka,merasai gerak nadi mereka dan hadam mengenai masalah mereka.


9.Sekali lagi saya memohon maaf kerana tidak dapat menghadiri Forum Diskusi Mahasiswa pada hari Sabtu ini,Namun serba sedikit mengenai pandangan saya berkaitan isu ini telah pun saya utarakan sebentar tadi.InsyaAllah jika di berikan kesempatan lagi,maka lebih banyak lagi mahu saya sampaikan kepada masyarakat kampus,demi memastikan masyarakat kampus terutama di Universiti Malaya sedar bahawa peranan mereka kepada Kampus Universiti Malaya yang tercinta ini.Saudara Hawari Zakaria menjemput saya dalam satu lagi Forum yang akan diadakan sama ada 25 atau 26 Januari ini.Jika berkesempatan InsyaAllah saya akan hadir dalam Forum itu nanti.


sekian,


MOHD ASRI BIN ZULKIFLI
PRESIDEN KOLEJ-KOLEJ KEDIAMAN UNIVERSITI MALAYA(SPKUM)
PENGERUSI PENGGERAK MAHASISWA


3 ulasan:

Namewee berkata...

Syok sendiri engko punye blog ni tau..

Tanpa Nama berkata...

namewee,..tang mana yg bt ko ble cakap tuan pnya blog ni syok sndiri?..sebelum cakap fikir la dulu..ko ade blog sendiri ker..?,nk gak aku tgk blog ko plak..

Tanpa Nama berkata...

Ko syok sndiri la asri...
TNC Hep dah bongkarkan yang PMIUM yg dtg jmpa NC utk isu zero balance..
Pnjelasan di KK12.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse

Pengikut