Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Isnin, 3 Januari 2011

ASTRO PENAJA BERSAMA LIGA MALAYSIA MUSIM 2011-2014




Salam kepada semua....

Tahniah diucapkan kepada Astro Media kerana telah terpilih sebagai Penaja Utama untuk Liga Malaysia Musim 2011-2014.........
Perlaburan sebanyak lebih kurang RM 220 Juta itu diharapkan dapat menaikkan kembali Pentas Bola Sepak Negara selepas kejayaan Manis Pasukan Bola Sepak Malaysia menjuarai Piala Suzuki AFF dan juga Piala Sukan SEA sekaligus Pasukan Bola Sepak Negara boleh ditabalkan sebagai Kuasa Baru di Asia Tenggara dalam Arena Bola Sepak....

Penaja Utama masih belum diumumkan lagi oleh Pihak FAM dan mengikut Ramalan kemungkinan MAXIS iaitu salah satu syarikat Telekomunikasi akan di pilih sebagai Penaja Utama Liga Malaysia Musim 2011-2014...
SEMOGA ARENA BOLA SEPAK NEGARA KEMBALI MENGEGAR DAN TERPILIH DALAM KELAYAKAN PIALA DUNIA PADA MASA AKAN DATANG.....


Berikut merupakan berita penuh mengenai perkara ini:-

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) menerima suntikan baru dalam mengendalikan perjalanan sukan bola sepak negara apabila Astro Media bersedia menjadi rakan penaja bersama bagi Liga Malaysia (Liga M) musim 2011-2014.

Astro Media yang merupakan salah satu rangkaian daripada syarikat televi- syen berbayar negara, Astro telah menandatangani kontrak penajaan bersama FAM dengan jumlah RM120 juta bagi tempoh empat tahun tersebut.

Begitupun, FAM menjelaskan bahawa Astro Media bukan penaja utama bagi Liga M 2011-2014, sebaliknya bertindak sebagai sebuah agensi yang membantu urusan kewangan dan pemasaran FAM selain turut memegang hak siaran langsung dalam semua perlawanan Liga M.

“Astro Media secara dasarnya telah bersetuju untuk menjadi penaja bersama saingan Liga M dengan tajaan RM120 juta selama empat tahun,” kata Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah selepas mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM di Kelana Jaya semalam.

“Mereka bukan menjadi penaja utama bagi Liga M tetapi dilantik menjadi agensi yang membantu urusan kewangan serta pemasaran untuk FAM. Begitupun, mereka juga diberi hak siaran televisyen bagi semua perlawanan Liga M termasuk Liga Perdana, Piala FA, Piala Presiden dan rakan media skuad remaja.

“Tetapi ia tidak bermakna stesen televisyen lain tidak berpeluang menyiarkan perlawanan Liga M secara langsung. Mereka boleh membeli siaran tersebut dan berurusan melalui Astro Media.”

Menurut Tengku Abdullah, baginda berharap agar banyak lagi syarikat korporat akan tampil menjadi penaja bersama Liga M, sekali gus membantu peningkatan sukan bola sepak negara selain menjadikan ia platform dalam bidang komersial.

“Apa yang ditawarkan oleh Astro Media ini adalah baik bagi bola sepak negara dan ia juga perkembangan baru bagi FAM.

“Ia akan melibatkan pembangunan bagi jangka masa panjang dan perubahan yang menarik bagi saingan liga tempatan sendiri.”

Pengerusi Liga Super Malaysia (MSL), Tan Sri Annuar Musa pula menjelaskan, FAM menerima bidaan daripada Astro Media sete- lah melihat visi dan potensi yang mampu mereka reali- sasikan dalam kancah Liga M sehingga 2014.

“FAM bukan hanya melihat jumlah bidaan saja tetapi juga menimbang perkara-perkara lain seperti pelaksanaan mereka dalam perubahan-perubahan yang FAM mahukan dalam Liga M sepanjang empat tahun ini,” kata Annuar.

“Mereka juga turut melabur RM100 juta lagi dalam peralatan dan fasiliti bagi siaran langsung Liga M, jadi keseluruhan penajaan mereka boleh dikatakan mencapai RM220 juta.

“FAM mahu mengubah Liga M menjadi satu kejohanan liga yang kompetitif dan menarik untuk disaksi- kan. Saya berani jamin pada musim 2013 hingga 2014, perubahan besar akan dilihat dalam kancah liga bola sepak negara.”

Sementara itu Annuar yang juga Timbalan Presiden FAM berkata, pengumuman mengenai penaja utama Liga M bagi musim 2011 hingga 2014 akan dibuat dalam sedikit masa.

“FAM terpaksa mengambil sedikit masa bagi melihat bidaan-bidaan yang diterima, kemudian selepas itu barulah akan diumumkan siapa penaja utama Liga M bagi musim 2011-2014.

“Ada beberapa nama besar yang telah mengemukakan bidaan mereka dan saya akui salah satu daripadanya ialah Maxis. Kita tunggu dan lihat saja siapa yang akan dipilih oleh FAM,” ujar Annuar.




Tiada ulasan:

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse