Pages

Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Sabtu, 29 Januari 2011

MESIR SEMAKIN BERGOLAK....SISTEM KOMUNIKASI DAN INTERNET TERPAKSA DI SEKAT..!!!!!!!!!!






Poster presiden Mubarak dirosakkan oleh rakyat yang memberontak menuntut beliau berundur
Ribuan mengiringi jenazah Gharib yang ditembak ketika tunjuk perasaan mendesak Hosni Mubarak letak jawatan       



SALAM KEPADA SEMUA......


APA SUDAH JADI DENGAN NEGARA MESIR...????




SIRI RUSUHAN DI MESIR SEMAKIN MENJADI-JADI AKIBAT INSPIRASI DARIPADA KEBANGKITAN RAKYAT TUNISIA MENJATUHKAN KERAJAAN MEREKA YANG KORUP DAN ZALIM....


PENUNJUK PERASAAN MENDESAK PRESIDEN HOSNI MUBARAK MELETAKKAN JAWATAN.....



TINDAKAN KERAJAAN MENYEKAT LAMAN SOSIAL SEPERTI TWITTER DAN FACEBOOK MENYEBABKAN RAKYAT SEMAKIN RAMAI TURUN KE JALAN RAYA AKIBAT TERPUTUS MAKLUMAT DAN HUBUNGAN.....


KERAJAAN MESIR TERPAKSA MENYEKAT DAN MEMUTUSKAN TALIAN TELEFON BIMBIT DAN PERKHIDMATAN INTERNET AKIBAT RUSUHAN TERBURUK DALAM SEJARAH NEGARA ITU.....



PRESIDEN HOSNI MUBARAK TELAH MEMEGANG JAWATAN ITU SELAMA 30 TAHUN...DAN PRESIDEN YANG DIANGGAP TIDAK MEMBAWA PEMBAHARUAN EKONOMI....



ADAKAH KERAJAAN MESIR MASIH BERANI MELAWAN KEBANGKITAN RAKYAT NEGARA ITU MELAWAN KEBATILAN KERAJAAN,....?????



NEGARA SEKUTU MESIR IAITU AMERIKA SYARIKAT MERASA BIMBANG DAN GUSAR DENGAN PERKARA YANG TELAH BERLAKU INI DAN MEMINTA SUPAYA KERAJAAN MESIR MENYELESAIKAN PERKARA ITU DENGAN SEGERA DAN SECARA BERDAMAI.....



INILAH NASIB KERAJAAN JIKA TERLALU MENINDAS RAKYAT.,....




KITA BERHARAP SEMOGA KERAJAAN MALAYSIA TERUS MEMASTIKAN KEBAJIKAN RAKYAT TERJAMIN DAN TERPELIHARA SUPAYA KEAMANAN TERUS DI KEKALKAN DI BUMI MALAYSIA INI,.....




Berikut merupakan berita penuh mengenai perkara ini :-


KAHERAH - Pemerintah Mesir semalam memutuskan talian telefon bimbit dan perkhidmatan Internet selain menghantar puluhan trak polis antirusuhan sebagai percubaan untuk menyekat beribu-ribu aktivis daripada menyertai protes antipemerintah yang diadakan selepas solat Jumaat. 

Bekas Ketua Agensi Tenaga Atom Antarabangsa, Mohamed Elbaradei dan Persaudaraan Muslim turut menyertai protes tersebut walaupun terdapat amaran bahawa pihak berkuasa akan mengambil tindakan tegas untuk mematahkan gelombang kebangkitan itu. 

Ketiadaan perkhidmatan Internet menghalang akses ke laman rangkaian sosial seperti Facebook dan Twitter yang menjadi alat komunikasi utama para penganjur protes. 

Polis Mesir mengalami kesukaran untuk berdepan dengan penunjuk perasaan yang telah bertempur selama tiga hari. Mereka menuntut supaya Presiden Hosni Mubarak meletak jawatan selepas memerintah selama 30 tahun. 

Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama memberi amaran bahawa keganasan bukan penyelesaian di Mesir. 

Obama turut meminta kedua-dua belah pihak mengawal perasaan dan menggesa Hosni agar melakukan perubahan politik. 

"Ini adalah waktu kritikal dalam hidup rakyat Mesir. Keinginan untuk berubah mesti dihormati. Rejim tidak boleh menggunakan kekerasan ke atas peserta demonstrasi," kata Elbaradei yang lantang mengkritik Hosni dan menyatakan kesediaannya untuk mengetuai perubahan di Mesir jika diminta berbuat demikian.
Demonstrasi itu mendapat ilham daripada Revolusi Jasmin yang berlaku di Tunisia baru-baru ini sehingga mengakibatkan Presiden Zine El Abidine Ben Ali meletakkan jawatan. 

Setakat ini, lima penunjuk perasaan dan dua anggota polis terbunuh di Mesir manakala 100 yang lain cedera.
Seorang pegawai keselamatan memberitahu kira-kira 1,000 orang telah ditahan sejak tunjuk perasaan bermula pada Selasa lalu.

Para aktivis menyebarkan khidmat pesanan ringkas (SMS) bagi menuntut hak untuk hidup dengan penuh kebebasan dan bermaruah.

Hosni dianggap sebagai presiden yang tidak membawa pembaharuan ekonomi.

Hampir separuh daripada 80 juta penduduk Mesir hidup di bawah paras kemiskinan berdasarkan kadar pendapatan yang ditetapkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) iaitu AS$2 (RM6.11) sehari.
Negara itu mempunyai pendidikan yang berkualiti rendah, kadar pengangguran tinggi telah menyebabkan penduduk gagal memperoleh keperluan hidup yang sempurna. - Agensi











1 ulasan:

Mawar Merah berkata...

Jgn Malaysia jd mcm ni sudah... Watpe la nak merusuh2. Berunding la secara damai dan baik2.. kan?kan?kan? (^.^)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse

Pengikut