salam kepada semua....
BEKALAN MINYAK MASAK TAK MENCUKUPI...??????
BIAR BETUL...........BETULKAH BERITA INI....????
MALAYSIA ANTARA PENGHASIL MINYAK SAWIT TERBESAR DUNIA....TAK KAN MINYAK MASAK PUN BOLEH JADI KRISIS....????
KENAPA...MAHU NAIKKAN HARGA MINYAK MASAK KE.....?????
NAK NAIKKAN HARGA GULA.....SOROK GULA KAT GUDANG......
NAK NAIKKAN HARGA BERAS...SOROK BERAS KAT GUDANG......
NAK NAIKKAN HARGA TEPUNG...SOROK TEPUNG KAT GUDANG....
SEKARANG NAK NAIKKAN HARGA MINYAK MASAK..MAHU SOROK JUGA KE......?????
MESTI PENGELUAR AKAN CAKAP....BEKALAN MINYAK MASAK TAK MENCUKUPI.....
KERAJAAN NAK MENANGANI MASALAH INI TERPAKSA NAIKKAN HARGA MINYAK MASAK......
MEMANG PANDAI DAN BIJAK CARA ORANG-ORANG BISNES NI NAK UNTUNG BESAR..TAPI YANG AKAN RUGI ADALAH RAKYAT.........
MEREKA TAHU MINYAK MASAK ADALAH KEPERLUAN ASAS DAN UTAMA TERUTAMA UNTUK MASAKAN GORENG.........
MEREKA NAK RAKYAT TERUTAMA PERUNCIT DAN PEKEDAI JADI PANIK.....!!!!!!!!
Berikut merupakan berita penuh mengenai kenyataan ini..:-
Mereka berkata sekalipun Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (tiga dari kanan) telah menyatakan bekalan ditambah 14,000 tan metrik lagi kepada 84,000 tan metrik bulan ini, bekalan kepada mereka masih tidak berubah.
Tinjauan di kedai dan pasar raya juga mendapati kebanyakannya sudah hampir kehabisan bekalan manakala pilihan jenama minyak masak kelapa sawit pula terhad.
Bekalan tak mencukupi
"Selalunya tidak ada masalah, peruncit-peruncit kecil akan pergi sendiri ke tempat pembekal dan membeli seberapa banyak yang mereka mahu, selalunya dua kotak setiap hari, namun sekarang pembekal hanya membenarkan setiap peruncit membeli satu kotak yang mengandungi 17 paket minyak satu kilogram," kata seorang peruncit, Bawa Baharudin.
Katanya keadaan itu menyebabkan beliau terpaksa menghadkan jualan iaitu hanya sekilogram minyak untuk seorang pengguna setiap hari.
Sementara itu jurucakap pasar raya Cold Storage Donny Rowlee berkata pembekal minyak masak ke pasar raya itu bertindak mengurangkan kuota sejak dua minggu lalu.
"Ada satu jenama hanya membekalkan 200kg minyak dengan alasan itu kuota yang dibenarkan kerajaan sekarang," katanya menambah pasar raya itu diberi permit membekalkan 1,000kg sebulan.
"Khamis lalu minyak masak ini baru sahaja dibekalkan semula, namun pada hari ini minyak masak semuanya dah habis. Kebanyakan pembeli membeli dengan banyak, kadang-kadang sehingga satu troli setiap seorang," katanya.

Kuota kerajaan
Beliau juga berkata setiap pembekal menggunakan alasan pengurangan bekalan adalah disebabkan kuota baru yang ditetapkan kerajaan.
Pengurus Barang Dagangan Pasaraya Ong Tai Kim, Kelana Rabian berkata pasar raya itu juga berdepan dengan pengurangan bekalan apabila mereka kini hanya menerima 135 tan metrik berbanding 350 tan metrik sebelum ini.
"Kuota tersebut adalah tidak relevan lagi, ia perlu ditambah. Mana mungkin kuota yang diberikan sejak empat tahun lepas boleh sama dengan sekarang dengan pertambahan bilangan pasar raya besar dan kedai runcit," katanya.
Beliau juga mencadangkan agar kerajaan mengetatkan penguatkuasaan terhadap pembelian bahan kawalan itu bagi mengelakkan penyelewengan selain memastikan hanya rakyat tempatan membeli menikmati subsidi yang diberi kerajaan.
Dalam pada itu, seorang pengguna Hasliani Mohamad Hassan berkata kekurangan bekalan minyak masak paling dirasai golongan peniaga makanan.
"Selalunya peniaga atau pemilik kedai makan yang akan panik apabila krisis ini berlaku. Bagi keluarga selalunya minyak masak 3 kg itu pun akan dapat tahan sehingga dua bulan," katanya.
- Bernama

2 ulasan:
:) :) :) terbaeekkk!!!!
mcm ni la org MY, nak mknn yg bergoreng je..mne x naik kolestrol tu..
byk lg cara masakan yg xgne mnyk..
Catat Ulasan