Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Rabu, 5 Januari 2011

ADUN SRI MUDA PERLU MENGADAP DAN MOHON MAAF KEPADA SULTAN SELANGOR..!!!!!!!!!


Salam kepada semua....

ADUN SRI MUDA SUHAIMI SHAFIEI HARI INI MENJELASKAN KEPADA UMUM MAKSUD BELIAU DALAM KENYATAAN YANG TELAH DIKELUARKAN DI DALAM BLOG BELIAU YANG SEKARANG INI MENCETUSKAN KONTROVERSI AKIBAT KENYATAAN BELIAU YANG DIANGGAP MENGHINA SULTAN SELANGOR DAN RAJA-RAJA MELAYU.......
SULTAN SELANGOR JUGA DIKHABARKAN TELAH TERSINGGUNG DENGAN KENYATAAN YANG TELAH DIKELUARKAN OLEH ADUN SRI MUDA TERSEBUT....


PENULIS SMART GENERATION MENYARAKAN BELIAU UNTUK PERGI MENGADAP SULTAN SELANGOR UNTUK MEMBUAT PERMOHONAN MAAF MENGENAI ARTIKEL YANG TELAH BELIAU KELUARKAN DAN MENJELASKAN KEPADA BAGINDA MAKSUD DARIPADA KENYATAAN BELIAU ITU SUPAYA TIDAK LAGI DI SALAH TAFSIR.....


JANGAN TUNGGU SULTAN SELANGOR YANG PANGGIL MENGADAP....BELIAU YANG PERLU MOHON MENGADAP DAN MEMINTA MAAF KEPADA SULTAN SELANGOR KERANA TELAH MEMBUATKAN BAGINDA TERSINGGUNG DENGAN KENYATAAN BELIAU ITU...!!!!!!!


``BERAJA DI MATA,BERSULTAN DI HATI``.....TOLONG JELASKAN ADUN SRI MUDA..!!!!!!!!!!


Berikut merupakan penjelasan yang telah dibuat oleh Adun Sri Muda:-


ADUN Sri Muda Shuhaimi Shafiei sedia mengadap Sultan Selangor bagi menjelaskan kenyataannya berhubung isu pelantikan setiausaha kerajaan Selangor yang didakwa telah dimanipulasikan.

NONEPembantu khasnya, Azmizam Zaman Huri berkata, kenyataan itu telah dimanipulasikan akhbar "khususnya Utusan Malaysia dan media seangkatannya."

Azmizam juga berkata, kenyataan Shuhaimi (kiri) bertarikh 30 Disember itu tidak ditujukan kepada Sultan Selangor.

"Sebaliknya ia bertujuan menyanggah kenyataan yang dibuat setiausaha sulit kepada DYMM Sultan Selangor serta mantan ketua pembangkang Datuk Seri Dr Khir Toyo.

"(Mereka) telah memberikan tafsiran mereka sendiri ke atas peruntukan Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959," katanya.

Tambahnya, Shuhaimi dalam kenyataan berkenaan telah menyatakan kesetiaan terhadap Sultan Selangor dan memperakui kuasa eksekutif baginda.

"Yang dipersoalkan beliau ialah mengapa Fasal 50 (kuasa eksekutif Sultan Selangor) dan Fasal 52(1) (peranan Suruhanjaya Perkhidmatan melantik SUK) tidak dibaca bersama Fasal 55(1)," katanya lagi.
Sedia hadapi Sultan

Azmizam yang juga naib ketua AMK berkata, Shuhaimi telah menjelaskan demikian kepadanya dalam satu pertemuan lewat malam semalam.

azlanAzmizam berkata, Shuhaimi juga akan menjelaskan mengenai kenyataan "beraja di mata dan bersultan di hati" yang dipertikaikan.

"Beliau tidak menujukan kenyataan ini secara tepat kepada sesiapapun.

"Sebaliknya (peribahasa itu) mengingatkan bahawa sebarang tindakan oleh mana-mana pihak mengikut kehendak mereka tanpa mengambil kira peruntukan dan konvensyen perlembagaan tidak akan diterima rakyat.

"Bagaimanapun, beliau tegaskan sekiranya baginda tersinggung dan menganggap kenyataan itu merujuk kepada bagida, YB Shuhaimi selaku rakyat baginda yang setia, sedia mengadap Sultan dan menjernihkan keadaan," kata Azmizam lagi.-Malaysiakini





Tiada ulasan:

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse