Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Ahad, 2 Januari 2011

MODUL PENDIDKAN SEKS DALAM PLKN(PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA)..???



Salam kepada semua..

Penulis Smart Generation membawakan kepada anda semua satu lagi berita terbaru iaitu MODUL KESIHATAN DAN REPRODUKTIF akan diperkenalkan dalam PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA(PLKN)...
Wah..nampaknya..kerajaan begitu risau dengan gejala Sosial yang berlaku dikalangan remaja sekarang ini terutama Gejala Membuang Bayi secara berleluasa sekarang ini...

Modul ini sudah tentu ditambah sebagai salah satu cara memberikan pemahaman dan juga pendidikan kepada golongan remaja....

PERSOALANNYA ADALAH......?

SEJAUH MANA MODUL KESIHATAN REPRODUKTIF DAN SOSIAL INI BERKESAN?

ADAKAH MODUL INI DAPAT MEMBENDUNG ATAU MENAMBAH LAGI BARAH GEJALA SOSIAL DIKALANGAN REMAJA TERUTAMA PELATIH PLKN INI?

MENURUT MENTERI..MODUL INI BUKAN MODUL PENDIDIKAN SEKS..TIDAK SAMA KE DENGAN PENDIDIKAN SEKS?...

DI SEKOLAH PUN PENDIDIKAN REPRODUKTIF DAN SOSIAL INI AKAN DIAJAR MULAI TAHUN INI KEPADA PELAJAR SEKOLAH RENDAH....
KITA SAMA-SAMA MENGHARAPKAN SEMOGA MODUL BARU INI BERKESAN DAN BUKAN MENAMBAH LAGI GEJALA SOSIAL YANG TELAH SEDIA ADA DI NEGARA INI....

Berikut merupakan sedikit makluman kepada Para Pembaca sekalian mengenai MODUL PLKN sekarang ini:-
Modul Fizikal
Modul Fizikal adalah sebuah modul yang dilaksanakan untuk membina kemahiran dan ketahanan mental, emosi, spiritual dan fizikal bagi menjadikan peserta Program Latihan Khidmat Negara sebagai warganegara yang berkesan. Secara khususnya, latihan-latihan yang dilalui dapat mengeratkan perpaduan di kalangan peserta, mempertingkatkan ketabahan mental bagi tujuan hidup (survival), daya kepimpinan,…  
Modul Kenegaraan
Modul Kenegaraan adalah sebuah modul yang diaplikasikan untuk memperluaskan pengetahuan tentang kenegaraan (nation-building) dan meningkatkan perasaan cinta serta pengorbanan para peserta program kepada negara. Melalui latihan dalam kumpulan, jurulatih memimpin kumpulan untuk mempelajari tentang kenegaraan yang merangkumi tanah air, rakyat, kerajaan, kedaulatan dan cabaran-cabaran dalam dan luar negara…. 
Modul Pembinaan Karakter
Modul Pembinaan Karakter adalah sebuah modul yang dilaksanakan untuk membina karakter yang berkesan bagi para peserta yang merangkumi diri, keluarga, komuniti dan negara. Terdapat dua komponen yang akan dilalui peserta di mana yang pertama berfokus kepada pembinaan diri dan kedua adalah tentang diri dengan orang lain. Di dalam komponen pertama, peserta melalui proses penerokaan diri sendiri, menyedari dan mengenal pasti ciri-ciri diri (seperti aspek kepimpinan)…
 
Modul Khidmat Komuniti
Kehidupan ini tidak akan memberikan sebarang makna sekiranya kita tidak mempunyai kekuatan untuk mencuba sesuatu." Kesukarelaan dan jatidiri yang kukuh dan padu perlu dijanakan dalam diri setiap individu untuk menyuburkan kekuatan serta keyakinan diri. Dengan itu, sebagai langkah merealisasikan aspirasi tersebut, Program Latihan Khidmat Negara telah dilaksanakan dengan memperkenalkan … 


Berikut merupakan kenyataan mengenai perkara ini:- 

Modul Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PKRS) akan diperkenalkan dalam Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) bermula Mei ini.Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, modul baru itu bertujuan membina kekuatan minda remaja dalam pembangunan insan yang sihat, berakhlak mulia dan saling hormat menghormati antara satu sama lain, katanya.

"Ini bukan modul pendidikan seks... malahan ia adalah modul untuk mendedahkan para pelatih dengan permasalahan-permasalahan yang berlaku di kalangan masyarakat terutamanya yang melibatkan remaja,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini. - Bernama





Tiada ulasan:

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse