Pages

Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Jumaat, 7 Januari 2011

SIAPA SANGKA PENGEMIS JALANAN BOLEH JADI JUTAWAN..?????




salam kepada semua...



SIAPA SANGKA KAN..DI DUNIA INI APABILA KITA BERJAYA MENCARI KELEBIHAN DIRI KITA...KEMAHIRAN DAN KEBOLEHAN DALAM DIRI KITA..KITA AKAN MENJADI SEORANG YANG SANGAT BERJAYA......
BEGITU JUGA DENGAN SEORANG PENGEMIS JALANAN SEPERTI TED WILLIAMS DI COLUMBUS AMERIK SYARIKAT APABILA MENGGUNAKAN SEBAIK MUNGKIN ANUGERAH YANG TELAH DI BERIKAN KEPADANYA IAITU MEMPUNYAI SUARA EMAS..KINI BELIAU BAKAL BERGELAR SEORANG JUTAWAN......



KITA SEBAGAI MANUSIA,KITA PERLU SENTIASA YAKIN DAN PERCAYA BAHAWA KITA TIDAK AKAN PERNAH GAGAL SELAMA-LAMANYA DI DALAM HIDUP INI ANDAI KATA KITA MENGGUNAKAN SEPENUHNYA RUANG DALAM KEHIDUPAN KITA....



Berikut merupakan kenyataan penuh mengenai perkara ini:-



COLUMBUS, Amerika Syarikat (AS) - Seorang pengemis yang tidak berumah di sini, Ted Williams dihujani tawaran lumayan yang membolehkan dia bakal menjadi jutawan selepas permintaannya untuk diberi kerja dengan menggunakan suaranya disiarkan di Twitter dan laman YouTube, lapor sebuah akhbar semalam.
Nasibnya itu berubah selepas seorang jurugambar akhbar Columbus Dispatch merakamkan video yang menunjukkan pengemis tersebut memegang cebisan kertas kotak yang mengandungi tulisan: 

"Saya mempunyai suara dianugerahkan Tuhan. Saya seorang bekas penyampai radio yang jatuh ke dalam masa sukar. Tolonglah! sebarang bantuan akan amat dihargai. Terima kasih dan semoga anda dirahmati Tuhan."

Pengemis itu turut bercakap dengan gaya seorang penyampai radio yang mempunyai suara unik semasa gelagatnya dirakamkan oleh jurugambar tersebut dari dalam keretanya di Houston Street, Columbus.Klip video selama 90 saat itu yang dihantarnya ke laman Twitter kemudian menjadi popular dan pengemis itu kemudian menerima tawaran daripada beberapa stesen penyiaran termasuk stesen rangkaian muzik MTV, stesen Liga Bola Sepak Nasional (NFL) dan Rangkaian Hiburan dan Sukan (ESPN).

Seorang pengarah filem untuk NFL, Keviv McLoughlin berkata, bosnya mengarahkan pengemis itu diambil bekerja jika dia tidak mahu dipecat.Dia juga mendapat tawaran berjumlah AS$10,000 (RM30,725) untuk menyumbang suara untuk sebuah persatuan perniagaan, Liga Kesatuan Kredit Ohio.Sementara itu, seorang ejen pencari bakat di bidang penyiaran di Los Angeles, Shane Cormier berkata, Williams memiliki bakat yang amat unik."Kami boleh menjadikan Williams seorang jutawan," katanya.

Williams pernah bekerja sebagai seorang penyampai radio sebelum dia hilang pekerjaan kerana masalah ketagihan alkohol dan dadah."Namun, kini saya telah sembuh dan tidak mengambil dadah atau alkohol selama dua tahun. Saya berusaha bersungguh-sungguh untuk mengubah kehidupan saya," katanya. - Agensi






3 ulasan:

HAWARI ZAKARIA @AZAHARI berkata...

salam.nak dengar suara dia kat ne

asri berkata...

Salam..boleh tgk kat sini...http://www.youtube.com/watch?v=9o1F2_bXOAo&feature=topvideos

imZen berkata...

imz ada tengok kisah dia kat berita tv3..suara dia memang best...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse

Pengikut