Pages

Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Selasa, 18 Januari 2011

PEGUAM MOHON MAAF ISU AZAN DI KAMPUNG KERINCHI KEPADA SELURUH UMAT ISLAM.......!!!!!!!!!



salam kepada semua....


ALHAMDULLILAH......NG KIAN NAM KINI TELAH MEMOHON MAAF KEPADA SELURUH UMAT ISLAM DI MALAYSIA BERHUBUNG KONTROVERSI  YANG DI DEDAHKAN BAHAWA BELIAU MENULIS SURAT KEPADA PERDANA MENTERI MEMINTA SUPAYA MEMPERLAHANKAN AZAN DI KAMPUNG KERINCHI....
BELIAU MENYIFATKAN PERKARA ITU SEBAGAI SALAH FAHAM...BELIAU TIDAK TAHU MEMBEZAKAN ANTARA AZAN DAN KULIAH SUBUH.....


TAK PELAH..MUNGKIN SEBAB NG KIAN NAM MASIH TIDAK FAHAM MENGENAI ISLAM....KINI BELIAU SUDAH FAHAM DAN MEMOHON MAAF KEPADA MASYARAKAT ISLAM.....



INILAH YANG KITA PERLUKAN DALAM SEBUAH NEGARA YANG MAHU HIDUP AMAN DAN DAMAI DAN SALING BEKERJASAMA ANTARA SATU SAMA LAIN WALAUPUN BERLAINAN BANGSA DAN AGAMA.....
SEMOGA NG KIAN NAM AKAN DI BERIKAN HIDAYAH OLEH ALLAH S.W.T...




Berikut merupakan berita penuh mengenai perkara ini :-




Peguam yang didakwa meminta sebuah masjid di Kampung Kerinchi, Pantai Dalam di sini memperlahankan azan hari ini menyifatkan ia salah faham yang diperbesarkan pihak tertentu.Peguam tersebut, Ng Kian Nam, pada sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mewakili penduduk di kawasan Pantai Dalam turut memohon maaf secara terbuka kepada semua rakyat negara ini terutamanya orang Islam.

Ng yang juga ahli seumur hidup MCA berkata, isu azan yang melibatkan Masjid Al-Ikhlasiah itu hanya salah faham dan sudah diselesaikan.“Saya nak pohon maaf terhadap semua orang Islam kerana menimbulkan salah faham itu ... sebenarnya saya tidak tahu bagaimana untuk membezakan antara azan dan kuliah subuh.
“Saya akui setiap orang ada kelemahan termasuk saya, saya tulis surat itu kerana tidak dapat bezakan antara azan dan kuliah subuh. Jadi saya pohon maaf secara terbuka sekiranya surat yang saya tulis telah timbulkan salah faham.

“Secara terbuka saya pohon maaf kerana telah berlaku kekeliruan dan salah faham ini,” katanya pada sidang media di pejabat Umno Lembah Pantai di sini.Beliau juga melahirkan rasa kekecewaan apabila surat aduan yang dihantar kepada Jabatan Perdana Menteri dihebohkan kepada umum.“Saya juga sudah jelaskan perkara sebenar kepada NGO, sudah minta maaf dan berharap mereka akan terima saya untuk terus tinggal di sana,” kata Ng yang juga bekas pelajar Universiti Malaya.

Tindakan Ng itu telah menyebabkan kemarahan di kalangan orang Islam di kawasan tersebut dan satu protes telah diadakan mendesak agar Ng ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).Ini merupakan kenyataan pertama Ng sejak kontroversi tercetus.Sementara itu, Raja Nong Chik pula menyifatkan salah faham itu sudah selesai dan berharap ia tidak berulang lagi.

“Selepas mengadakan pertemuan dengan Ng dan NGO kawasan Pantai Dalam, kita dapati isu azan itu adalah isu yang pada saya sudah selesai.“Ia hanya salah faham dan ia bukannya isu, NGO perlu menerima hakikat ini. Ia hanya salah faham yang telah diperbesarkan.“Jadi Ng tidak perlu risau, terus duduk di sana dan tiada masalah,” katanya.

Beliau percaya isu tersebut telah “disensasikan” oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.“Isu ini telah diperbesarkan, pada hal tiada apa-apa.“Ada pihak yang dengar ia salah faham, mungkin ada pihak yang tidak bertanggungjawab telah sebarkan perkara ini dan sensasikannya untuk sebabkan Ng ketakutan.
“Ia hanya salah faham dan silap komunikasi,” katanya.

Bagi NGO yang mewakili penduduk Pantai Dalam, mereka berbangga dengan tindakan Ng yang sudah mengadakan pertemuan dan menjelaskan perkara yang sebenar.“Kami berbangga dengan cara Ng mengendalikan situasi ini, kami terima permohonan maafnya dan tidak mahu perkara ini diperbesarkan lagi,” kata Ketua Perkasa Lembah Pantai Sulaiman Yassin.Sebelum ini, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) Datuk Che Mat Che Ali juga menafikan pernah memberi arahan kepada Masjid Al-Ikhlasiah agar menghentikan penggunaan pembesar suara ketika azan.

Selain itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyifatkan isu laungan azan yang didakwa diarah menghentikan penggunaan pembesar suara ekoran aduan seorang ahli MCA, sebagai “mainan politik” pihak tertentu untuk melaga-lagakan orang Islam dan orang bukan Islam.
Beliau juga menegaskan, tiada arahan dikeluarkan kepada pengurusan masjid agar memperlahankan laungan azan atau tidak lagi menggunakan pembesar suara.

Difahamkan Ng yang tinggal di Pantai Hill Park yang terletak kira-kira satu kilometer dari Masjid Al-Ikhlasiah telah menghantar surat kepada Perdana Menteri sebelum dibawa ke Jabatan Perdana Menteri dan Jawi dan kemudian dimaklumkan kepada pihak pengurusan masjid.Dalam suratnya bertarikh 20 Disember 2010 kepada perdana menteri dan salinannya kepada beberapa pihak, Ng berkata dia ahli MCA sejak 1998 dan tinggal di Pantai Hill Park sejak lima tahun lalu dan terjaga daripada tidur kerana laungan azan.

Dalam salinan surat yang diperoleh dari Internet, Ng berkata, “sebagai seorang peguam dan ahli seumur hidup MCA sejak 1998, saya merasa amat kesal kerana sehingga kini belum menerima sebarang maklum balas dari pihak Jabatan Perdana Menteri walaupun berkali-kali saya telah menulis surat menyuarakan masalah saya termasuk kepada JPM, MCA dan Gerakan.”“Sebagai seorang penghuni yang telah lebih daripada lima tahun menghuni di Pantai Hill Park, saya sudah biasa kedengaran bunyi sembahyang subuh dari Masjid Al-Ikhlasiah yang berdekatan dan tidak menghadapi apa-apa masalah,” katanya.

Bagaimanapun kata Ng, sejak beberapa bulan lalu dia mendapati bunyi laungan azan tiba-tiba menjadi “amat lantang sehingga mengejutkan saya pada setiap pagi 5.45 pagi.”“Ambil perhatian bahawa saya tinggal di tingkat paling tinggi iaitu tingkat 21, dan jarak Pantai Hill Park dari masjid tersebut adalah lebih kurang satu kilometer.

“Menurut khabar angin, imam yang baru telah ditukar ke masjid ini,” katanya.Beliau seterusnya menulis, “saya juga pernah menelefon pejabat polis Kuala Lumpur dan menurut pegawai atasan di sana, tiada sebarang peraturan atau undang-undang yang mengawal bunyi sembahyang masjid dan lagi kuat bunyi itu lagi baik, untuk mengingatkan lebih banyak Muslim tempatan bangun bersembahyang.”“Saya menghormati kedudukan Islam sebagai agama rasmi di bawah Perlembagaan Persekutuan tetapi hak saya untuk tidur dan rehat serta bersembahyang agama sendiri dengan aman dalam permis persendirian juga harus dihormati.“Saya berpandangan kekuatan pembesar di mana-mana tempat sembahyang tanpa mengira agama, mesti dikawal oleh pihak-pihak berkuasa tertentu, melalui peraturan yang saintifik dan rapi seperti pengiraan decibel (dB), tidak boleh mengatasi undang-undang,” katanya sambil menambah, “seperti di rumah kampung saya di Seremban, didapati bunyi masjid itu adalah lebih rendah dan terkawal.”

2 ulasan:

Bos berkata...

bos kongsi info ni k..hehe..

E F F A R I N I berkata...

Mudah-mudahan Ng diberi petunjuk Cahaya Islam :)

-sape yang tahu kan?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse

Pengikut