Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Jumaat, 21 Januari 2011

BERAT MATA MEMANDANG,BERAT LAGI BAHU MEMIKUL.......



Ya Allah

Penulis Smart Generation merasa simpati dan sedih dengan nasib yang telah menimpa Saudara Mohamad Hairuman, 22 tahun yang menjadi mangsa kejutan elektrik kabel voltan tinggi TNB berhampiran satu kebun sawit dekat Masjid Baroh, Tanjung Karang, Selangor.Penulis Smart Generation mendoakan semoga Saudara Mohd Hairuman dan keluarganya tabah menghadapi dugaan dan cabaran ini.....
















 BAGI SESIAPA YANG MAHU MEMBANTU ANDA SEMUA BOLEH MENGHUBUNGI NOMBOR YANG TERTERA DI BAWAH INI :-

Jawatankuasa Khidmat Masyarakat & Rakan Muda (JKMRM) Majlis Belia Malaysia
Saudara Abd. Rizam – 0137348888
Saudara Khairul Annuar – 0192602964
Saudara Mohd Rizan – 0137733676

Sama-samalah kita berdoa agar mangsa dan keluarga diberi ketabahan dan kekuatan untuk meneruskan kehidupan ini. KEPADA ALLAH KITA BERSERAH.









Syarikat Syarikat yang ada di dalam Malaysia ini juga di harapkan dapat menghulurkan sebaik mungkin keperluan kepada Remaja yang benar benar dalam keadaan yang sakit lagi keperitan ini.


Berikut merupakan berita penuh mengenai perkara ini :-


MUHAMAD HAIRUMAN yang diperhatikan kakaknya, Maryuni termenung mengenangkan nasibnya selepas kedua-dua tangannya dipotong di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang semalam. 
 
 
 
Mangsa renjatan kabel elektrik, Muhamad Hairuman Miskon, 22, menitiskan air mata selepas mendapati kedua-dua tangan paras siku dan ibu jari kaki kirinya sudah tiada lagi setelah dipotong melalui pembedahan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang malam kelmarin.

Kakaknya, Maryuni Miskon, 32, berkata, setelah selesai pembedahan dijalankan pada pukul 11 malam itu, adiknya dilihat menangis mengenang nasibnya."Apabila saya melihat dia menangis, saya cepat-cepat pujuk dan memberi sokongan moral kerana saya faham dugaan yang dihadapinya terlalu berat," kata Maryuni ketika ditemui di sini semalam.

Maryuni memberitahu, adiknya kini perlu banyak berehat kerana masih penat setelah menjalani pembedahan hampir tujuh jam bermula pukul 4.45 petang kelmarin. Beberapa jam sebelum dimasukkan ke dewan bedah HTAR, dia juga terpaksa berpuasa.

Muhamad Hairuman hanya boleh menganggukkan kepala tanpa mengeluarkan sepatah pun perkataan apabila soalan diajukan kepadanya. Keadaannya terlalu lemah selepas menjalani pembedahan.

Dia yang merupakan anak yatim piatu terkena renjatan elektrik ketika mengait buah kelapa sawit di Jalan Masjid Baru, Tanjong Karang, pukul 9 pagi pada 26 November tahun lalu.

Akibat kejadian itu, bekas pelajar Kolej Intra, Kuala Selangor itu dimasukkan ke Hospital Tanjong Karang apabila hampir 35 peratus badannya terbakar sebelum dipindahkan ke HTAR pada Isnin lalu.

Tiada ulasan:

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse