Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Isnin, 3 Januari 2011

ADUN SRI MUDA BAKAL DIGANTUNG KERANA MENGHINA SULTAN??????




salam kepada semua....

SELANGOR SEMAKIN BERGOLAK......TERBARU ADUN  SERI MUDA DARIPADA PKR ,SUHAIMI SHAFIEI BAKAL DIJATUHKAN HUKUMAN GANTUNG SAMPAI MATI JIKA DISABITKAN KESALAHAN MENGHINA DAN ,MENGISTIHARKAN PERANG KEPADA RAJA-RAJA MELAYU....!!!!!!!
WAH..NAMPAKNYA ADUN SELANGOR INI SUDAH TENTU AKAN MENGALAMI KESULITAN SELEPAS INI SETELAH LAPORAN POLIS TELAH DIBUAT TERHADAP BELIAU....


ADAKAH NASIB BELIAU NANTI SAMA DENGAN ORANG NOMBOR SATU DALAM AL-MA`UNAH IAITU MOHAMED AMIN MOHAMED RAZALI YANG DIJATUHKAN HUKUMAN GANTUNG SAMPAI MATI PADA 4 OGOS 2006 KERANA MELANCARKAN PERANG KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA YANG DIPERTUAN AGONG...????




Berikut merupakan Laporan Polis yang telah di buat dan tindakan yang bakal dikenakan terhadap beliau..:-


Gagasan anti penyelewengan selangor (GAPS) hari ini membuat laporan polis terhadap penderhaka shuhaimi bin haji shafie, ADUN negeri selangor kawasan sri muda yang telah membuat kenyataan amat biadap dan kurang ajar.

kenyataan ini berunsur fitnah,menghina,menggertak,mengugut dan derhaka kepada institusi raja di selangor. saya yakin kenyataan ini juga berunsur hasutan terhadap institusi raja-raja melayu,khususnya KDYMM sultan selangor.

GAPS mencadangkang pertuduhan dibawah seksyen 121 kanun  keseksaan dikenakan terhadap penderhaka seperti ini kerana perbuatan mengugut KDYMM sultan selangor tersebut adalah 'perbuatan memerangi raja-raja melayu' yang jika sabit kesalahan hendaklah mereka itu dihukum bunuh sampai mati.

atau sebagai alternatif hendaklah penderhaka ini dikenakan pertuduhan dibawah seksyen 121 (1B) kerana 'merancang,mengada-ngada,mereka-reka atau berusaha akan pemecatan atau perlucutan raja pemerintah sebuah negeri' yang jika sabit kesalahan hendaklah dihukum penjara sepanjang hayat,iaitu sampai mati didalam penjara.

ini bukan perbuatan yang boleh dibiarkan , apatahlagi bertolak ansur dengannya kerana amatlah biadap lagi kurang ajar bagi mana-mana rakyat khususnya melakukan perbuatan derhaka seperti itu.
Berikut merupakan kenyataan yang telah dikeluarkan oleh ADUN tersebut di dalam blog beliau..http://srimuda.blogspot.com/:-

pkr congress 281110 shuhaimi

“Begitu juga dalam pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri yang lain. Mengikut amalan dan konvensyen, ianya akan dirujuk dan dibincangkan antara Ketua Negeri dan Ketua Kerajaan. Tetapi, apabila Negeri Selangor yang diperintah Pakatan Rakyat, amalan dan konvensyen ini tidak dibuat. Saya yakin dan percaya rakyat Selangor mahu YAB Dato' Menteri Besarnya dihormati oleh semua pihak termasuk pihak istana. Rakyat akan menolak sebarang tindakan 'beraja di mata, bersultan di hati' oleh mana-mana pihak yang bertindak sewenang-wenangnya, tidak kira sama ada oleh raja yang berjiwa rakyat atau rakyat yang berjiwa raja.

"Janganlah kerana hendak menegakkan benang yang basah, institusi negeri yang dihormati rakyat dijadikan perkakas oleh mana-mana pihak berkepentingan. Saya meneliti juga kenyataan Setiausaha Sulit tersebut yang menyatakan baginda DYMM Sultan Selangor seorang sultan yang tegas dan tidak berganjak dari keputusan yang telah dibuat. Bagaimana sekiranya keputusan yang dibuat atau cara keputusan itu dibuat adalah salah? Adakah baginda masih tidak akan berganjak? Harapan saya supaya ketegasan tidak dikelirukan dengan ego.

"Dalam sejarah telah terbukti, apabila rakyat bangkit menentang Raja, biarpun beribu tahun kebangkitan itu berlangsung akhirnya kebenaran akan menghenyak ketidakadilan. Rakyat akan menang dalam peperangan menentang ketidakadilan! Didoakan agar ia tidak berlaku di Selangor.”

2 ulasan:

Ahmad Tajuddin berkata...

ada x link blog beliau??

asri berkata...

http://srimuda.blogspot.com/

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse