Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Isnin, 3 Januari 2011

KERAJAAN SELANGOR SEMAKIN PANAS!!!!!..KUASA SULTAN DIAMBIL...!!!!!!!




Salam kepada semua...

ISU PERLANTIKAN SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR SEMAKIN HANGAT HARI INI SELEPAS PERTEMUAN MENTERI BESAR TAN SRI KHALID IBRAHIM DENGAN SULTAN SELANGOR SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH DI ISTANA MESTIKA SHAH ALAM.....
BAGINDA SULTAN SELANGOR BERTITAH BAHAWA BAGINDA TIDAK ADA KUASA UNTUK MENERIMA ATAU MENOLAK PERLANTIKAN YANG TELAH DI BUAT OLEH SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM....

KUASA SULTAN DITARIK BALIK PADA TAHUN 1993 SELEPAS KRISIS PERLEMBAGAAN BERLAKU YANG MENYEBABKAN UNDANG-UNDANG TUBUH KERAJAAN NEGERI SELANGOR TURUT DIPINDA BAGI MEMUSATKAN KUASA KERAJAAN PERSEKUTUAN...
KEMANA HILANGNYA KUASA RAJA-RAJA MELAYU DAN SULTAN MELAYU?????

KUASA SULTAN DIPERTIKAIKAN...?????
SIAPA YANG MEMPERTIKAIKAN KUASA SULTAN...KERAJAAN NEGERI ATAU KERAJAAN PERSEKUTUAN..??????


BAGINDA SULTAN MENASIHATI KHALID IBRAHIM BERBINCANG SECARA BAIK DENGAN SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM(SPA)....


APA TINDAKAN KHALID IBRAHIM .....?????

KERAJAAN SELANGOR AKAN MENGADAKAN SIDANG DUN TERGEMPAR BAGI MEMINDA PERLEMBAGAAN NEGERI BAGI MEMBOLEHKAN MEREKA MELANTIK SENDIRI SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI,PENASIHAT KEWANGAN DAN PENASIHAT UNDANG..!!!!


APA SUDAH JADI.....??????


SATU LAGI KRISIS POLITIK BAKAL MEWARNAI TAHUN 2011 SELEPAS KERAJAAN NEGERI PERAK DITUMBANGKAN KEMBALI KE TANGAN BARISAN NASIONAL......



Berikut merupakan kenyataan mengenai perkara ini:-


Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim akan mengadakan sidang dewan undangan negeri tergempar bagi meminda perlembagaan negeri bagi membolehkan mereka melantik setiausaha kerajaan negeri, penasihat kewangan dan penasihat undang-undang.

Keputusan itu diambil setelah perjumpaan Khalid dengan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Mestika, Shah Alam, hari ini di mana baginda bertitah beliau tidak mempunyai kuasa untuk menerima ataupun menolak perlantikkan yang dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

NONE“Ini kerana kuasa itu telah ditarik balik pada 1993 iaitu selepas krisis perlembagaan berlaku yang mana Undang-undang Tubuh Negeri Selangor turut dipinda bagi memusatkan kuasa persekutuan, kata Khalid pada sidang media yang penuh sesak dengan kehadiran wartawan.

Menurut Khalid, Baginda mencadangkan kepada kerajaaan negeri bagi membincangkan perkara berkenaan dengan SPA untuk mencari “jalan penyelesaian yang terbaik”.
"Sultan Selangor mencadangkan supaya kerajaan negeri mengadakan perbincangan dengan SPA untuk mencari penyelesaian terbaik. Saya mengucapkan terima kasih kepada DYMM Sultan atas nasihat dan pandangan baginda.
Calon yang layak

"Justeru, demi kebaikan Negeri Selangor dan menjunjung titah Tuanku, Kerajaan negeri akan menulis surat kepada SPA bagi membincangkan semula calon yang layak, sesuai dan berkebolehan untuk mengisi jawatan tersebut," katanya.

NONESehubungan itu, katanya, beliau tidak akan menghadiri upacara mengangkat sumpah oleh Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai setiausaha kerajaan negeri yang baru yang dijadualkan pada 6 Januari ini.

"Sehingga penyelesaian muktamad dicapai antara kerajaan negeri dan SPA, maka kerajaan negeri tidak mahu terlibat dalam sebarang bentuk majlis atau keraian berkaitan jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri.

"Ini bermakna majlis angkat sumpah di hadapan Menteri Besar tidak akan diadakan dan Datuk Khusrin Munawi tidak akan hadir pada sebarang Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Majlis Tindakan Ekonomi Negeri Selangor sebagai ex-officio," katanya lagi.
Sehingga kini, Khalid belum berjumpa dengan Khusrin meskipun bekas pengarah Jabatan Agama Islam Selangor itu melaporkan dirinya hari ini.



Tiada ulasan:

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse