Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Jumaat, 7 Januari 2011

PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL BERKERJASAMA...??????


salam kepada semua...


PAKATAN RAKYAT MAHU BERSAMA-SAMA BARISAN NASIONAL MENGGUBAL AKTA PEMULIHAN DEMOKRASI....
AKTA INI PERLU DIGUBAL SUPAYA MENYELAMATKAN NEGARA DARIPADA SEMAKIN SEMPIT DAN KRISIS KENEGARAAN...????


MEMORANDUM INI AKAN DISERAHKAN KEPADA YANG DIPERTUAN AGONG...



MAMPUKAN PAKATAN RAKYAT BERKERJASAMA DENGAN BARISAN NASIONAL MENGENAI PERKARA INI...?????



ADAKAH SEKADAR MENGELUARKAN KENYATAAN ..NAMUN LANGSUNG TIDAK ADA KERJASAMA....??????



ADAKAH UNTUK KEPENTINGAN KEDUA-DUA PIHAK...ATAU SATU PIHAK SAHAJA....?????



Berikut merupakan isi kandungan Memorandun tersebut:-


To:  DYMM Yg Di-Pertuan Agong
DEKLARASI

KEMPEN MEMORANDUM
SATU JUTA TANDATANGAN RAKYAT MENYOKONG
PEMBENTANGAN DWI-PARTISAN AKTA PEMULIHAN DEMOKRASI
KEPADA DYMM YANG DI PERTUAN AGONG MALAYSIA

Menyedari bahawa rakyat sedang menghadapi Krisis Kenegaraan dan diambang Kemerosotan Mendadak yang terus memiskinkan dan membebankan kehidupan rakyat akibat;

Krisis Ekonomi yang dilanda gelombang persaingan ekonomi global yang tidak dapat diurus tadbir oleh kerajaan BN yang mengamalkan Kapitalisma Kroni dan Barah Korupsi;

Krisis Sosial yang makin marak dari tiupan api perkauman yang menghakis perpaduan serta muhibbah masyarakat majmuk oleh Dasar Perkauman Sempit pegangan kerajaan BN;

Krisis Politik yang makin melemaskan dan menekan rakyat kerana Ketenatan Demokrasi rekaan kerajaan BN.

Maka Pakatan Rakyat mengangkat suatu rencana dasar dan kebijakan yang menyeluruh untuk membela rakyat melalui Dasar Bersama yang dilandaskan kepada 4 kerangka asas iaitu

+ Demokrasi yang telus dan tulen;
+ Memacu ekonomi berprestasi tinggi, mapan dan adil;
+ Keadilan sosial dan pembangunan insan dan
+ Hubungan persekutuan-negeri dan dasar luar negara

mencirikan iltizam Pakatan Rakyat untuk mengalih hala tuju negara dan bangsa ke landasan yang betul;

TETAPI KERANA MENGINSAFI BAHAWA MASA UNTUK BERTINDAK MENYELAMATKAN NEGARA SEMAKIN SEMPIT SEDANGKAN CABARAN MENDATANG BERGANDA;

Maka Pakatan Rakyat sebagai tanda kesetian kepada Raja, Rakyat dan Negara bersedia menghulurkan kerjasama ikhlas dwi-partisan kepada kerajaan BN untuk bersatu dan bersama didalam membentangkan AKTA PEMULIHAN DEMOKRASI yang merangkumi enam perkara-perkara pokok seperti berikut;

+ Membatalkan semua Pengistiharan Darurat;
+ Memansuhkan semua undang-undang Anti-Demokratik;
+ Menunaikan Perjanjian Kemasukan Sabah dan Sarawak kedalam Malaysia;
+ Menjaminkan Ketelusan Pilihan Raya Umum;
+ Mengembalikan Pilihan Raya Kerajaan Tempatan;
+ Mewujudkan Kebebasan Media;

Yang akan menjaminkan Negara akan dapat dengan kadar segera memperkukuhkan perpaduan, membangunkan daya saing ekonomi berprestasi tinggi yang mampan, pengupayaan modal insan yang berwibawa, pelestarian alam sekitar yang murni dan membina jati diri bangsa Malaysia yang berpaksikan ‘Ketuanan Perlembagaan’, atau seperti yang tertera di dalam Rukun Negara sebagai ‘Keluhuran Perlembagaan’ menjadi satu kenyataan.

Oleh Yang Demikian, Pakatan Rakyat akan mengadakan KEMPEN MEMORANDUM SATU JUTA TANDATANGAN RAKYAT MENYOKONG PEMBENTANGAN DWI-PARTISAN AKTA PEMULIHAN DEMOKRASI KEPADA DYMM YANG DI PERTUAN AGONG MALAYSIA demi Agama, Bangsa dan Negara.

Sekian.



Tiada ulasan:

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse