Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Ahad, 23 Januari 2011

WAKIL RAKYAT DI LARANG MATI...???



salam kepada semua...


WAKIL RAKYAT DI LARANG MATI.....?????
SESUNGGUHNYA SETIAP YANG HIDUP ITU PASTI MERASAI MATI..KERANA MATI ITU PASTI.....



KENAPAKAH MAHU MEMPERTIKAIKAN HAK ALLAH S.W.T UNTUK MENGAMBIL NYAWA MANUSIA.....


SEMUA PENYAKIT ADA UBATNYA KECUALI MATI.....



SEBAB ITU PENCEGAHAN ADALAH YANG TERBAIK....!!!!!!




SEMUA WAKIL RAKYAT DI MINTA MENJALANKAN PEMERIKSAAN KESIHATAN UNTUK MEMASTIKAN KESIHATAN WAKIL RAKYAT BERADA DALAM KEADAAN TERBAIK....



WAKIL RAKYAT KERJANNYA ADALAH UNTUK RAKYAT....

WAKIL RAKYAT MENJAGA KEBAJIKAN RAKYAT....


KALAU WAKIL RAKYAT SAKIT...MEMANG AKAN MENJEJASKAN TUGAS WAKIL RAKYAT...




TAPI..JANGAN MEMPERTIKAIKAN KEMATIAN WAKIL RAKYAT....!!!!!!!..KERANA MATI ITU PASTI.....



Berikut merupakan kenyataan penuh mengenai perkara ini :-



Tindakan kementerian kesihatan mengarahkan semua wakil rakyat agar menjalani ujian kesihatan secara berkala berikutan fenomena kematian mengejut dikalangan wakil rakyat semakin menjadi- jadi disambut baik oleh ahli majlis pimpinan pusat, Fariz Musa.

Namun beliau berpandangan arahan sedimikian mencerminkan Umno Barisan Nasional berdepan dengan tekanan dan keresahan kerana setiap kali pilihan raya diadakan, mereka perlu bermati- matian mempertahankan kerusi wakil rakyat yang ditawan mereka.

"Sebenarnya Umno-BN takut dengan pilihanraya kecil, kerana dia tahu bahawa mood rakyat dan juga gerak kerja selama ini tidak diberi perhatian oleh rakyat. Sebab itu setiap kali pilihanraya kecil mereka berdepan dengan tekanan," katanya.

Beliau berkata, cadangan tersebut seharusnya dilaksanakan lebih awal dan bukannya hanya sibuk mengisi kantong demi kepentingan peribadi serta kroni masing-masing.

Malah jelasnya lagi, pendekatan yang dicadangkan itu sudah digunapakai oleh parti Islam Se-malaysia (PAS) sebelum ini.

"Selama ini mereka tidak pernah menghiraukan isu-isu yang berkaitan dengan perkara ini dan lebih mengutamakan pada gerak kerja untuk membesarkan kantong mereka.

Beberapa tindakan telah diambil oleh pakatan sendiri, sebelum ini PAS misalnya, calon merokok tidak boleh dan sebagainya. ini membuktikan pakatan menitik beratkan masalah kesihatan sebagai perkara utama berbanding umno-bn yang mengambik penekatanb semberono kepada wakil rakyatnya," katanya.

Menteri Kesihatan Liow Tiong Lai mengumumkan arahan kepada semua wakil rakyat agar menjalani ujian kesihatan bagi memastikan tahap kesihatan mereka berada pada tahap yang baik.

Tahap kesihatan wakil rakyat adalah penting berikutan setiap kerah keringat mereka dituntut untuk membantu membela nasib rakyat yang berada dibawah seliian seseorang wakil rakyat.

Cadangan ini adalah bersifat pencegahan iaitu bagi mengenal pasti lebih awal tahap kesihatan masing-masing dan jika terhadap masalah, langkah perubatan boleh diambil sebelum keadaan makin parah.

PRK DUN Tenang merupakan pilihan raya ke 14 yang berlangsung setelah Pilihan Raya Umum ke 12 pada tahun 2008 dan Malaysia bakal menghadapi sekurang- kurangnya dua lagi pilihan raya kecil setelah kerusi Merlimau, Melaka, dan Pelabuhan Klang, Selangor,disahkan kosong.

ADUN Merlimau Datuk Moh'amad Hidhir Abu Hasan meninggal dunia minggu lalu kerana serangan sakit jantung, sementara kerusi DUN Pelabuhan Klang dikosongkan setelah adunnya Badrul Hisham Abdullah gagal menghadiri sidang DUN selama 60 hari tanpa sebab.

1 ulasan:

Mawar Merah berkata...

Sebenarnye, MM xde la sokong mn2 parti- Dacing tak, bulan pun tak. Kdg2, bila dacing ada buat kebaikan kpd rakyat, MM sng hati dgn keje mereka. Begitu juga dgn Bulan. Ada time mereka berbakti kpd rakyat. Isu wakil rakyat meninggal dunia, itu ajal mereka. Dah smpi ms mereka utk meninggalkan dunia ni. Kdg2, pihak2 tertentu terlampau beremosi berpolitik sehinggakan benda2 gini pun jd mslh.

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse