Salam kepada semua...
1.Pada ruangan kali ini Penulis Smart Generation mahu mengulas mengenai Isu yang masih menjadi pertikaian berabad lamanya iaitu isu Negara Palestin.Isu Negara Palestin ini sehingga sekarang masih menemui jalan buntu walaupun sudah banyak rundingan damai dijalankan antara Palestin dan Israel untuk mengiktiraf kedaulatan Negara masing-masing.Terbaru,Pada tahun 2011 yang baru ini Presiden Palestin Mahmood Abbas mahu mengisytiharkan Palestin sebagai sebuah Negara yang berdaulat dan Merdeka.Itulah harapan dan Impian seluruh rakyat Palestin dan juga Umat islam seluruh Dunia untuk membebaskan Palestin daripada cengkaman Yahudi Israel.
2,Berdasarkan Seruan Untuk Menjadikan Palestin sebuah Negara yang berdaulat dan merdeka pada tahun 2011 sudah tentu akan mengundang kecaman dan ancaman daripada Yahudi Israel yang sememangnya akan terus menggagalkan usaha ini.Ronald S. Lauder, presiden Kongres Yahudi Sedunia (WJC), jurucakap bagi pihak Israel menegaskan bahawa proses perdamaian di antara Israel dan Palestin mestilah berdasarkan kepada rundingan damai yang disepakati di antara kedua pihak.
3.Negara-negara Amerika Latin telah memberi reaksi positif kepada pengumuman tersebut dengan menyokong pendirian Pihak Berkuasa Palestin (PNA). Setakat ini tiga negara Amerika Latin iaitu Brazil, Argentina dan Uruguay telah menyatakan sokongan padu mereka untuk mengiktiraf sebuah negara Palestin yang berdaulat. Adalah dijangka beberapa negara Amerika Latin yang lain juga akan berbuat demikian dalam masa yang terdekat. Oleh kerana Yahudi Israel ini tidak mahu perkara ini terjadi maka Dalam satu kenyataan rasmi, WJC mendesak Amerika Syarikat dan tiga lagi anggota Kuartet Timur Tengah iaitu Rusia, Kesatuan Eropah dan Bangsa-bangsa Bersatu supaya mengutuk pendirian negara-negara Amerika Latin tersebut dan membuat penegasan bahawa konflik di antara Israel dan Pihak Berkuasa Palestin hanya akan diputuskan melalui persetujuan bersama di antara kedua pihak.
4.Apakah implikasi dari pengiktirafan dan sokongan negara-negara Amerika latin ke atas Palestin? Dari sudut prinsipnya, negara Palestin sepatutnya telah lama diistiharkan bebas dari pendudukan Israel. Ini adalah berdasarkan kepada resolusi 242 Majlis Keselamatan PBB di mana Israel dikehendaki keluar dari wilayah yang mereka ceroboh pada tahun 1967 iaitu Tebing Barat, Baitul Maqdis Timur dan jalur Gaza. Namun seperti resolusi lain yang dianggap tidak menyebelahi kepentingan Israel tidak diendahkan oleh israel dan pelindungnya Amerika Syarikat..
5.Kemudian apabila termetrinya perjanjian Oslo pada tahun 1993 di antara Yasser Arafat dan Yitzhak Rabin, negara Palestin yang merdeka dijadualkan akan diistiharkan dalam tempoh lima tahun iaitu pada tahun 1998. Namun Israel terus mengkhianati persetujuan Oslo dan meneruskan aktiviti pembinaan penempatan haram di Baitul Maqdis timur dan Tebing Barat. Persetujuan Oslo kemudiannya gagal dan disusuli pula dengan pelbagai inisiatif untuk mengembalikan hak rakyat Palestin dan penubuhan wilayah Palestin yang berdaulat di Tebing Barat dan Baitul Maqdis Timur..
6.Namun apa yang berlaku semua perjanjian dan persetujuan ini hanya tinggal retorik. Israel pula terus berdolak dalih dan memberi alasan demi alasan untuk terus berunding kononnya bagi mencapai kata sepakat. Kata sepakat tidak mungkin tercapai apabila Israel bertindak melanggar semua ketetapan yang telah disepakati dalam siri-siri rundingan yang lebih layak disebut siri-siri penipuan..
7.Terakhir ialah persetujuan yang dicapai semasa Konferens Annapolis pada tahun 2007. Persetujuan ini langsung tidak bererti apabila sebaik sahaja ketetapan disepakati, Israel melanjutkan tindakan mengambil alih tanah rakyat Palestin di Tebing Barat, mengusir penduduk Palestin dan membina penempatan-penempatan haram Yahudi. Konferens Annapolis menjadi satu pertemuan sia-sia apabila menteri Luarnya Avigdor Lieberman mengistiharkan Konferens Annapolis tidak relevan pada 1 April 2009.
8.Berdasarkan kepada rekod buruk yang dipamerkan oleh Israel berhubung siri-siri rundingan damai Palestin israel, maka kewujudan sebuah negara Palestin yang merdeka dan berdaulat berdasarkan peruntukan Resolusi 181 dan Persetujuan Rhodes 1949 adalah suatu yang hampir mustahil. Kemungkinan inilah yang mendorong Mahmud Abbas untuk membuat pengistiharan sehala negara Palestin yang merdeka menjelang Ogos 2011. Namun pengistiharan ini jika tidak ditunjangi oleh kehendak politik yang bersungguh ia juga akan tinggal retorik..
9.Apa yang perlu dilakukan oleh Mahmud Abbas dan fraksi Fatah yang mentadbir Tebing Barat dan Baitul Maqdis Timur ialah mengambil sikap bekerjasama dengan pemerintahan Hamas di Gaza. Hamas meletakkan pendirian yang jelas iaitu Israel mesti berundur dari wilayah yang diduduki pada tahun 1967 dan kemudian disusuli dengan gencatan senjata untuk tempoh waktu yang diputuskan oleh kedua belah pihak, tanpa perlu mengiktiraf negara Israel. Kerana hakikatnya negara Israel yang ditubuhkan pada tahun 1948 itu tetap merupakan satu pendudukan haram ke atas negara Palestin meskipun ianya diiktiraf oleh PBB melalui resolusi 181.
10.Resolusi ini meskipun legal namun ia diterima dalam keadaan PBB belum lagi dianggotai oleh negara-negara umat Islam dan rancangan pembahagian palestin kepada wilayah Arab (45%) dan Yahudi (55%) tidak pernah dirujuk kepada rakyat Palestin yang merupakan waris sebenar ke atas negara palestin. Masalahnya ialah PNA (Pihak Berkuasa Palestin) yang diterajui oleh Fatah telah melakukan kesilapan besar dalam perjanjian Oslo iaitu mengiktiraf Israel tanpa sebarang pengiktirafan Israel ke atas negara Palestin dan kedudukan Baitul Maqdis sebagai ibu negara Palestin. Apa yang diterima oleh pihak PLO dalam perjanjian Oslo ialah sekadar pengiktirafan Israel ke atas pihak berkuasa Palestin untuk mentadbir wilayah yang kecil iaitu di Ariha (Jericho) di Tebing Barat..
11.Kesimpulannya,Penulis Smart Generation melihat keberanian Negara Amerika Latin ini untuk membantu Masyarakat di Palestin merupakan sesuatu yang harus di puji dan dihargai kerana kebanyakan Masyarakat di Negara Amerika Latin ini hanya minoriti yang menganut Islam.Ke mana hilangnya Negara-negara Islam Arab yang seharusnya menjadi peneraju utama dalam memberikan sokongan dan pengiktirafan kepada masyarakat Palestin.Perdana Menteri Brazil juga telah menghadiahkan Tanah kepada Palestin di Negara itu untuk dijadikan Kedutaan sebagai pengiktirafan kedaulatan Negara Palestin.Keberanian Negara Amerika Latin ini kerana mereka tidak terlalu bergantung kepada Amerika dan Bank Dunia untuk sistem ekonomi,malahan segala hutang yang di pinjam oleh mereka di Bank Dunia telah dilangsaikan.HAMAS dan FATAH satu Parti Politik terbesar di Palestin harus bersatu demi mencapai hasrat membebaskan negara Palestin daripada terus menjadi mangsa kekejaman dan kerakusan Yahudi ini.Seluruh Umat Islam di dunia seharusnya memberikan tekanan kepada Yahudi Israel ini dan jangan sesekali membuat perjanjian dengan mereka yang menyebabkan Negara umat Islam terpaksa berdiam diri mengenai isu Palestin ini....
``BERSAMA MENDOAKAN KEDAULATAN DAN KEMERDEKAAN NEGARA PALESTIN PADA TAHUN 2011 INI``
Tiada ulasan:
Catat Ulasan