Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Sabtu, 1 Januari 2011

HIMPUNAN MAHASISWA UNTUK MALAYSIA 1.1.11






salam kepada semua...

1.Penulis Smart Generation mengucapkan Tahniah dan Syabas kepada Pihak penganjur HIMPUM(HIMPUNAN MAHASISWA UNTUK MALAYSIA) yang telah diadakan sempena Tahun baru 2011 dan Tarikh 1.1.2011 yang di lihat sebagai simbolik tahun 2011 adalah Tahun untuk memenuhi Permintaan Mahasiswa.

2.Walaupun tidak mencapai hasrat jumlah penyertaan seramai 1111 orang tetapi program ini tetap berjalan dan diteruskan seperti yang telah dijadualkan dengan penyertaan lebih kurang 300 orang Mahasiswa sekitar Lembah Klang.yang diadakan di Dataran Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

3.Himpunan ini dianjurkan oleh Majlis Politik Nasional GAMIS dengan kerjasama SMM dan gerakan-gerakan mahasiswa yang menyokong front mereka sahaja iaitu GAMIS, SMM, DEMA, PKPIM, SIGMA, KARISMA .Nampaknya penyertaan Himpunan Mahasiswa ini hanya dikalangan ahli-ahli mereka yang sememangnya sentiasa komited dengan perjuangan Mahasiswa.Diharapkan penganjuran Himpunan Mahasiswa ini seharusnya mendapat sokongan daripada seluruh Mahasiswa secara keseluruhannya dan tidak hanya tertumpu kepada ahli-ahli yang sudah tentu menyokong mereka dan diadakan satu penemuan dengan seluruh pimpinan Mahasiswa termasuk Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti untuk memastikan seluruh Mahasiswa bersatu hati dan bersama-sama memperjuangkan hak Mahasiswa.Dalam perkara ini tidak harus ada pertubuhan mana yang menjuarai suara Mahasiswa,tetapi untuk kepentingan Mahasiswa secara bersama haruslah melibatkan seluruh kepimpinan Mahasiswa untuk menyertai Himpunan seperti ini.

4.Himpunan Mahasiswa ini menggagaskan empat objektif besar yang ingin digapai mahasiswa pada tahun ini (2011).Empat objektif tersebut adalah menghimpunkan mahasiswa Malaysia sebagai tanda solidariti di bawah semangat patriotisme, merangka deklarasi Mahasiswa  Malaysia bersempena dengan kedatangan tahun baru 2011.Selain itu,memberikan mesej kepada masyarakat bahawa mahasiswa bersama-sama dengan masyarakat Malaysia dan juga memberi gambaran kepada masyarakat bahawa segala tindakan yang dilakukan oleh mahasiswa adalah berdasarkan rasa tanggungjawab terhadap Negara..

5.Perhimpunan Mahasiswa ini yang dijangkakan di rasmi oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saiffuddin Abdullah diganti oleh Saudara Mohd Nazree bin Yunus yang juga mantan Pengerusi SMM yang kini merupakan Ahli Politik PKR.Beliau dalam ucapannya mengucapkan Tahniah atas pengajuran ini dan mengharapkan mahasiswa melaksanakan momentum perjuangan Mahasiswa yang tinggi dan bukar sekadar semangat semata-mata.

 6.Terdahulu Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah mengalu-alukan penganjuran Himpunan Mahasiswa Untuk Malaysia yang berlangsung esok dan berharap ia berjaya menjadi pemangkin bagi memperkasakan gerakan mahasiswa negara dalam seluruh spektrum kehidupan termasuk politik Seruan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang menganggap remaja sebagai 'rakan kongsi' kerajaan dilihat sebagai amat bersesuaian dengan dua keperluan besar dalam gerakan pembangunan mahasiswa. "Pertama, keperluan untuk memenuhi tiga permintaan asas mahasiswa iaitu: mahasiswa mahu suaranya didengar, mahasiswa mahu peranannya diiktiraf dan mahasiswa mahu isu-isunya ditangani dengan cara yang berorientasikan mahasiswa,". 

7.Penulis Smart Generation mengharapkan supaya Mahasiswa akan menjalani Tahun 2011 ini dengan lebih matang serta melambangkan budaya Mahasiswa yang sentiasa rasional dan intelektual.Penulis Smart Generation juga mangharapkan agar tahun 2011 ini menjadi titik permulaan untuk Mahasiswa di seluruh Malaysia bersatu hati dan perjuangan demi mengangkat Martabat Mahasiswa secara bersama.Kita sebagai Mahasiswa haruslah menangkis segala tangkapan Negatif Masyarakat kepada Mahasiswa yang menyatakan bahawa Golongan Mahasiswa Lesu dan tidak mengetahui isu-isu semasa dan negara dan semata-mata mengejar segulung Ijazah semata-mata.Golongan Mahasiswa harus meletakkan diri mereka sebagai golongan yang bertanggungjawab membina Negara pada masa hadapan dan sentiasa peka dengan segala isu yang berlaku di sekeliling.... 

``MAHASISWA PEMANGKIN MASA DEPAN NEGARA`` DAN ``BERSATU DEMI KEBAIKAN BERSAMA``
MOHD ASRI B ZULKIFLI
PRESIDEN KOLEJ-KLEJ KEDIAMAN UNIVERSITI MALAYA(SPKUM)

Tiada ulasan:

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse