TSUNAMI KECIL DI KAWASAN PERGUNUNGAN
ITULAH YANG DAPAT KITA GAMBARKAN MENGENAI SITUASI YANG BERLAKU DI TANAH TINGGI CAMERON HIGHLAND PADA HARI INI.
APA YANG BERLAKU INI MUNGKIN MENJADI PENGAJARAN BERGUNA BUAT KITA SEMUA..
KUANTAN: Kira-kira 80 rumah di pinggir Sungai Bertam dekat Cameron Highlands dihanyutkan arus deras apabila air di empangan Sultan Abu Bakar, Ringlet yang dilepaskan, melimpah secara mendadak awal hari ini.
Kejadian pada jam 1 pagi itu turut menyebabkan dua rakyat asing maut manakala seorang lagi masih hilang.
"Usaha mencari seorang lagi wanita Indonesia berusia 17 tahun yang hilang masih dijalankan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Beliau berkata dalam kejadian awal pagi ini, air empangan di Ringlet itu terpaksa dilepaskan bagi mengelak empangan itu pecah berikutan hujan lebat yang berterusan sejak jam 7 malam semalam.
Beliau berkata dianggarkan 100 kenderaan turut rosak teruk dalam kejadian itu.
"Pelepasan air empangan pertama dibuat pada 12 tengah malam diikuti pada jam 1 pagi dan seterusnya pada 2.45 pagi yang menyebabkan air di Sungai Bertam melimpah secara mendadak dan menyebabkan banjir kilat," katanya.
Mohd Zahari berkata seramai 20 keluarga di kawasan berkenaan telah dipindahkan ke Dewan Orang Ramai Ringlet.
"Kedua-dua mayat mangsa kejadian itu dihantar ke Hospital Sultanah Kalsom, Cameron Highlands," katanya.
Beliau berkata operasi mencari dan menyelamat dijalankan seawal jam 7.30 pagi ini selepas mendapat maklumat berhubung kejadian itu.
"Seramai 243 anggota penyelamat terdiri daripada polis, pasukan bomba dan penyelamat serta Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) terbabit dalam operasi itu," katanya. - BERNAMA
kejadian limpahan air empangan Lembah Bertam di Cameron Highlands.
Seorang lagi disahkan maut akibat serangan jantung -- menjadikan jumlah mangsa terkorban meningkat kepada 3 orang.
Usaha mencari seorang lagi wanita Indonesia berusia 17 tahun yang hilang masih dijalankan.
Air empangan Sultan Abu Bakar, Ringlet itu terpaksa dilepaskan bagi mengelakannya pecah berikutan hujan lebat yang berterusan sejak petang semalam.
Kejadian itu menyaksikan kira-kira 80 rumah di pinggir Sungai Bertam dihanyutkan arus deras.
3 ulasan:
Baru tahu kejadian nie ...dasyatnya..
http://shafiqhashim.blogspot.com/2013/10/candy-crush-saga-ketagihan.html
ya allah
teruk jugak..harap semua selamat... amin..
Catat Ulasan