BLOG SMART GENERATION TOLONG PROMOTKAN BLOG PELAJAR DARIPADA UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG UNTUK PANDUAN KITA SEMUA TERUTAMA PENGGUNA KENDERAAN SEMPENA MUSIM PERAYAAN INI:-)
BOLEH LAYARI BLOG MEREKA DI SINI :- UMP AUTO INSPECTOR
Assalammualaikum dan Salam 1 Malaysia :)
Crew #umpinspector ada share balik kampung checklist ni di facebook dan instagram, dan sekarang, crew #umpinspector nak terangkan dengan lebih detail :)
Balik Kampung Checklist :) |
- Minyak Power Steering perlu diperiksa dengan memeriksa takat minyak. Jika minyak power steering ini sudah berkurangan atau kering, hendaklah segera tambahkan. Dan sekiranya warna minyak tersebut kelihatan berbeza dari warna asal, bolehlah keluarkan duit sikit untuk tukar dengan minyak yang baru.
- Haaa, mesti ade yang masih ingat macamane hendak periksa bunga tayar dengan 20sen kan? Jadi,gunakan kaedah tersebut untuk memeriksa tayar kenderaan anda. Dalam pada itu, pastikan tekanan pada tayar mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan. Kebiasaannya orang akan pump tayar kereta dengan tekanan 200kPa. Dan pastikan, tayar anda juga tidak mempunyai benjolan pada dinding tayar untuk mengelakkan tayar mudah pecah apabila bergesaran dengan jalan raya untuk beberapa tempoh. Tukar sebelum terlambat.
- Dan kepada yang berhasrat ingin membeli tayar 2nd hand tu (used tyres), fikirkan 1000 kali pown takpe..Fikirkan lah keselamatan anda dan penumpang anda. Keluarkan belanja sedikit untuk dapatkan tayar yang berkualiti dan selamat.
3) Pemeriksaan pada Lampu Signal Kereta.
- Lampu Signal pada kenderaan amatlah penting. Pastikan lampu signal kereta anda berfungsi dengan sempurna. Tapi ingat! Jangan la pulak, lampu signal dah sempurna, tapi tidak bijak menggunakannya. Kalau nak belok ke kanan atau ke kiri tu, bagilah signal. Bukan mentol lampu terbakar pun kalau bagi signal kan,hehehe. Jadilah pemandu yang berhemah :)
4) Pemeriksaan Air-cond Kereta
- Malaysia ini beriklim Khatulistiwa. Cuacanya lembap dan panas. Kalau sekarang ini, biarkan kereta bawah cahaya matahari, kejap aje dah berwap panas dalam kereta tu. Jadi, ambil langkah segera dengan memeriksa aircond kereta anda. Pastikan tiada kebocoran pada pipe aircond dan jangan lupa refill 'gas' aircond anda.
- Dah bukak bonet anda? Dah periksa tayar spare anda? Berapa lama anda tidak menggunakan atau periksa tayar spare anda? Jadi, sebelum melakukan perjalanan jauh, pastikan anda periksa angin dan kondusi tayar spare anda. Pastikan juga alat-alat yang perlu digunakan untuk gantikan tayar juga cukup dan boleh digunakan.
- Haaa, yang ini penting. Dah periksa ke belum? So, macamna nak periksa? Meh #umpinspector ajarkan ;
- Mula-mula cabut dipstick dan bersihkan, pasang kembali distick semula. Kemudian angkat kembali dipstick dan periksa ketinggian minyak hitam. Ketinggiannya harus berada antara pada level min dan max.Tambahkan minyak enjin jika level minyak berada di bawah tanda minimum.
- Tahu tak lokasi brake fluid? Kalau tak tahu, boleh la rujuk gambar diatas. Jadi, untuk brake fluid anda semua kena periksa level minyak brake pada tabung. Level minyak harus berada di antara min dan max. Tambahkan jika kurang. Hati-hati jangan sampai minyak brake tumpah ke body kendaraan, bersihkan dengan air jika minyak brake menitis pada body.
- Okay,yang ni betul-betul penting dan perlu ambil perhatian. Lampu kenderaan ini merupakan salah satu komponen yang penting.Lebih-lebih lagi ketika hujan atau malam dan gelap. Jadi,apa yang perlu dilakukan adalah periksa sistem lampu kereta high beam dan low beam. Pastikan mentol dalam keadaan baik. Lampu kecemasan, lampu belakang dan lampu brake juga perlu dipastikan berfungsi sempurna.
- Kalau terkantoi tidak pakai seatbelt dengan JPJ atau Abang Polis ni, alamatnya melayanglah RM300.00 anda. Jadi, sebelum mulakan perjalanan pastikan, Seatbelt anda dalam keadaan baik dan mudah ditarik. Sekiranya sukar ditarik atau tersekat, segera bawa ke pusat servis yang berdekatan untuk diperbaiki. Dan, bila dah ada seatbelt tu, janganlah tak pakai pulak. Karang melayang duit poket anda bayar saman,hehehe.
- Pastikan anda periksa air wiper anda. Untuk mencegah tersumbatnya nozzle gunakan air suling atau air minerel. kerana air ni tak ade klorin .
- Atau anda boleh tambahkan sabun cairan pembersih Windshield Washer Fluid.
- Untuk Wiper, kami cadangkan gunakan getah wiper yang diperbuat daripada silicon kerana blade tidak menjadi keras macam wiper getah walaupun lama diguna. Cermin juga tidak akan mudah calar kerana silicon bersifat soft daripada wiper getah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan