Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Jumaat, 11 Oktober 2013

KHAIRY JAMALUDDIN YAKIN MENANG KETUA PEMUDA UMNO MALAYSIA

 

Results vs Retorik. Ini menjadi pilihan perwakilan esok pada Persidangan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian di seluruh negara. Walaupun ada pencabar-pencabar yang cuba mempengaruhi para perwakilan dengan retorik politik, saya lebih suka menawarkan hasil kerja yang dapat membantu anak bangsa.
Semalam merupakan contoh apa yang saya maksudkan sebagai 'results' atau hasil kerja. Buat tahun kedua, Pemuda telah berjaya mendapat tawaran yang besar daripada bebrapa IPTS untuk program Biasiswa Pemuda BN (BN Youth Education Scholarship) atau BNYES.
BNYES merupakan biasiswa yang diberi kepada pelajar-pelajar yang datang dari keluarga berpendapatan rendah dan sederhana untuk belajar di universiti atau kolej swasta. Saya telah mulakan BNYES sebab bukan semua anak muda dapat masuk ke IPTA. Bagi mereka yang tak dapat masuk ke universiti awam, ramai yang tidak mampu membayar yuran di IPTS yang tinggi.
Melalui BNYES, mereka yang terpilih diberi biasiswa penuh untuk yuran pengajian di IPTS yang mengambil bahagian dalam BNYES bagi mengikuti pelbagai kursus kritikal dan menarik.
Untuk tahun 2014, BNYES telah berjaya menerima RM17 juta dalam bentuk tajaan dari IPTS yang mengambil bahagian. Maksudnya, nilai biasiswa yang ditawarkan kepada BNYES adalah RM17 juta atau 147 tempat di IPTS-IPTS tersebut.
Saya mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan strategik BNYES yang membuat tawaran ini pada kita: Limkokwing University of Creative Technology, Binary University, Asia Metropolitan University, HELP University, SEGI University, Erican College, Olympia College dan SNIPS Academy.
Antara kursus-kursus yang ditawarkan melalui BNYES adalah Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Sivil, Kejuruteraan Mekanikal, Perakaunan, Sains Kesihatan, Teknologi Maklumat, Komunikasi dan Perniagaan.
Info terperinci tentang BNYES akan dimuat naik ke laman www.bnyes.my dalam masa terdekat.
Saya bangga dengan BNYES sebab ia dapat mengubah masa depan anak bangsa kita. Walaupun terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia, majoriti penerima BNYES tahun lepas adalah pelajar-pelajar Melayu. Inilah hasil kerja yang saya maksudkan.
Sama dengan BN Youth Job Fair yang telah dianjurkan empat tahun berturut-turut diseluruh negara. 140,000 orang - majoritinya anak muda Melayu - telah dapat pekerjaan melalui Job Fair kita. Masa depan mereka diubah hasil sentuhan Pemuda.
Inilah perjuangan saya. Perjuangan yang membawa hasil dan makna pada anak muda. Inilah perjuangan yang saya ingin teruskan sekiranya diberi mandat sekali lagi oleh para perwakilan Pemuda sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

Tiada ulasan:

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse