Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Rabu, 30 Oktober 2013

DR MOHD AMIN DILANTIK NAIB CANSELOR BAHARU UNIVERSITI MALAYA


KUALA LUMPUR 30 Okt. - Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa Universiti Malaya (UM), Profesor Datuk Dr. Mohd. Amin Jalaludin dilantik sebagai Naib Canselor UM yang baharu berkuat kuasa 8 November ini.
Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan di sini hari ini memberitahu, tempoh pelantikan itu adalah bagi tempoh tiga tahun iaitu sehingga 7 November 2016.
Menurut kenyataan itu, pemilihan Dr. Mohd Amin berdasarkan pengalaman luas beliau dalam aspek pembangunan akademik di universiti itu.
"Kementerian berharap pelantikan beliau dapat meningkatkan pencapaian UM menerusi pemantapan kepimpinan universiti, kualiti penyelidikan dan penerbitan; kualiti staf akademi dan, kualiti mahasiswa; serta kedudukan di peringkat antarabangsa dan penjanaan pendapatan," katanya.
Dr. Mohd. Amin merupakan pakar dalam bidang perubatan 'Head and Neck' dan Otologi.
Dalam pada itu, kementerian merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Naib Canselor UM sekarang, Tan Sri Dr. Ghauth Jasmon atas kepimpinan dan bakti beliau sejak dilantik pada 8 November 2008. - UTUSAN ONLINE


Tiada ulasan:

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse