Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Khamis, 3 Oktober 2013

CARA BAGAIMANA NAK BUKA 'GYM' KECIL UNTUK USAHAWAN BARU

NAK BUKA ‘GYM’?

Seronoknya kalau dapat buka ‘gym’. Mesti ramai orang datang ‘exercise’ kan? Tapi masalahnya :

Pelajari  Persiapan Sebelum Buka ‘Gym’ dan Tugas Anda Di ‘Gym’ Bersama Pakar Sukan Bina Badan!
  Encik Abu Hassan Bin Che Miah
Kini, melalui ebook NAK BUKA ‘GYM’?, Encik Abu Hassan, seorang pakar bina badan mendedahkan PENGALAMAN SEBENAR dan CARA Bagaimana ANDA boleh BUKA ‘GYM’ dengan PENUH YAKIN!

Ebook Nak Buka ‘Gym’? bukan sahaja dapat membantu usahawan baru mengatur langkah buka ‘gym’, malah dapat juga menjadi rujukan penting kepada mereka yang mengutamakan perniagaan gaya hidup aktif dan sihat.


Tidak seperti buku panduan lain, melalui buku ini, anda akan diajar satu per satu, langkah demi langkah secara terperinci oleh pakar bina badan supaya hasrat anda nak buka ‘gym’ tercapai dengan mudah.
Anda Selalu Bertanya :

  • Macam Mana Nak ‘Start’?
  • Di Mana Nak Buka?
  • Berapa Banyak Modal Nak Sediakan?
  • Kalau Modal Kecil Macam Mana?
  • Tahu Tak Di Mana Nak Dapat Dana?
  • Di Mana Nak Dapat Peralatan?
  • Di Mana Dapat Barang Murah?
  • Peralatan Apa Nak Beli?
  • Boleh Ke Untung? ‘Gym’ Besar Kan Lagi Hebat?

Jangan Risau! Bukan soalan-soalan itu saja terjawab, malah banyak soalan lain yang pasti akan terjawab contohnya:

  • Macam Mana Nak Isi Ruang Kosong ‘Gym’?
  • Apa Peralatan Penting?
  • Apa Perkakas Lain Yang Perlu?
  • Apa Minuman Dan Makanan Tambahan Yang Perlu?
  • Apa Perkhidmatan Yang Anda Tawarkan?
  • Bagaimana Nak Berjimat?
  • Apa Rutin Harian Anda?
  • Bagaimana Masa Depan ‘Gym’ Anda?
  • Bagaimana Nak Mohon Lesen Perniagaan?

Memang ramai yang mengidam nak buka ‘gym’ terutama mereka yang dah bertahun bersenam di ‘gym’. Tapi disebabkan soalan-soalan seperti di atas tak terjawab dek kerana kurang maklumat dan tak ada buku panduan yang baik, akhirnya impian tak jadi kenyataan. Sudahnya, mereka berputus asa. Seolah-olah nak buka ‘gym’ ni suatu beban besar. Walhalnya membuka perniagaan ‘gym’ sepatutnya jadi suatu kerja senang.


Kulit ebook ini hanyalah sekadar ilustrasi sahaja.
Sebab itu, ebook Nak Buka ‘Gym’? ini ditulis untuk merungkai segala masalah dan menjawab semua soalan agar usaha anda nak buka ‘gym’ berjalan dengan lancar.
________________________________________
Dengan panduan dari ebook ini, anda dapat :
Jimat Masa :
dengan mengikuti langkah-langkah yang betul dan terancang.
Jimat Duit   :
sekurang-kurangnya anda tak tersalah beli atau taklah beli ikut nafsu.
Jimat Tenaga :
untuk cari informasi sebab anda dah ada panduan  secukupnya.

Akak tak sangka pulak Hanif ni cukup teliti kalau menulis. Akak memang puas hati baca buku ni. Bila dah jadi buku, lagi nampak jelas apa yang akak dan abang usahakan selama ni. Segan nak cakap tapi akak rasa terharu. Ini macam satu penghargaan pada kami. Terima kasih Hanif.
Kak Di, usahawan ‘gym’, isteri Encik Abu Hassan.

KENAPA PILIH BISNES ‘GYM’? APA KEBAIKANNYA BUKA ‘GYM’?
Bayangkan anda telah membuka ‘gym’. ‘Gym’ anda kini dikunjungi oleh pelbagai golongan tak kira bangsa dan keturunan. Ada yang kurus, yang sedang-sedang pun ada, yang gemuk lagi ramai. Mereka datang ke ‘gym’ anda untuk bersenam. Samada untuk kekal sihat, kuruskan badan, bina badan atau kecergasan, semuanya kerap datang untuk bersenam. Anda pula cuba sedaya upaya menyediakan kemudahan dan mengajar teknik terbaik dari anda supaya mereka capai apa yang diimpikan.
  

SEDARKAH ANDA ?



Poster dari http://www.infosihat.gov.my

SEDARKAH ANDA ?

Dengan membuka ‘gym’, anda sebenarnya :
  • Menolong orang supaya sentiasa sihat, kuat dan cergas.
  • Menolong orang untuk membentuk tubuh badan yang menarik.
  • Menolong orang membina badan.
  • Mendidik masyarakat bersenam dengan cara yang betul.
  • Mengamalkan pemakanan yang sihat.
  • Membuka minda masyarakat tentang faedah menjaga kesihatan.
  • Mencegah masyarakat terutama belia daripada membuang masa dengan aktiviti-aktiviti yang tidak sihat.
TAPI KENAPA PILIH ‘GYM’ KECIL? Nanti orang tengok tak de standard.
Mari kita bincang bersama. Kenapa pilih ‘gym’ kecil?
 
Pertama, lihatlah di sekitar anda.
Adakah semua orang mampu pergi ke ‘gym’ yang besar?  Tak, kan? Adakah semua orang mampu membayar yuran yang tinggi di ‘gym’ serba mewah dan peralatan serba canggih? Jawapan saya : Tidak. Tetapi ramai orang ingin ke ‘gym’ kerana nak sihat. Samada pergi ke ‘gym atas nasihat doktor atau kehendak sendiri, ternyata masyarakat kini telah sedar pentingnya mengamalkan gaya hidup sihat, kuat dan cergas. Betul tak? Jadi, semakin hari semakin ramai orang yang mencari ‘gym’ dengan harga yang berpatutan, dekat dengan kediaman serta ada kemudahan yang diperlukan. Oleh itu, anda tak perlu risau dengan saiz ‘gym’ yang kecil.
 
Kedua, jika baru mula berniaga, mulakan dengan yang kecil. Kalau dah mahir, bila-bila masa bisnes boleh berkembang menjadi besar. Betul tak?
 
Ketiga, kalau anda bermula secara kecil, anda banyak belajar dari bawah. Setiap saat masa yang digunakan, setiap tenaga yang dicurah, setiap sen yang keluar, setiap masalah yang tak dijangka semua akan anda lalui. Pengalaman mengharungi segala rintangan takkan dapat dibeli dengan wang ringgit. Semakin banyak cabaran mendatang, anda menjadi semakin kental berniaga.
 
Keempat, ‘standard’ tak ‘standard’ ‘gym’ anda, itu kata orang. Sekalipun ‘gym’ anda kecil, kalau pandai mengganda pendapatan, hasilnya akan membuat anda tersenyum. Berbanding kalau anda terus buka ‘gym’ bersaiz besar sebab nak jaga ‘standard’, tapi belum mahir mengurus, sudah tentu anda berdepan dengan banyak masalah. Kepala pening, hati pun runsing sebab duit tak boleh ‘pusing’.
Bak kata orang, adat berniaga, ada pasang surutnya. Ada masanya anda dapat untung banyak. Dah tentu pulak, anda tak mahu rugi.
 
Kelima, sambil bermula kecil juga, anda boleh membina rangkaian niaga dengan luas.
Biarlah kita bermula dengan modal yang ada sambil mengatur langkah supaya bisnes kita cepat berjaya dan berkembang.
 
BETUL KE BOLEH BUKA BISNES ‘GYM’ KECIL DENGAN MUDAH?
Bila merancang, buatlah secara terperinci apa tugas yang perlu dibuat dari mencari lokasi, modal, memohon lesen perniagaan sampailah ‘gym’ anda siap untuk dibuka.  Ebook Nak Buka ‘Gym’? ini memberi anda panduan sebenar supaya anda senang mengatur setiap langkah dan bersedia dengan tenang.
 
SIAPA ENCIK ABU HASSAN TU? Pakar bina badan?
Rasanya belum pernah dengar namanya sebelum ni kan? Kenapa pilih beliau untuk tunjukajar dalam buku ni? Apa kelebihan beliau? Kalau ada masalah nak buka ‘gym’ boleh tak Encik Abu Hassan tolong?
Macammana nak ‘contact’ Encik Abu Hassan?


Sedikit kata-kata dari Encik Abu Hassan.
Salam sejahtera. 
Anda Nak Buka Gym tapi risau dengan modal yang tinggi untuk beli peralatan?
Rata-rata ramai yang mahukan barang baru. Tapi kalau dah terasa modal tinggi sangat dan nak bermula secara kecil-kecilan, tentu ada cara lain, betul tak? 
Apa kata anda mulakan bisnes gym dengan peralatan gym terpakai? Kami pilih peralatan yang baik mengikut bajet anda dan boleh digunakan bertahun-tahun. Bila gym dah maju, bolehlah tukar peralatan serba baru. Barang gym baru pun kami jual, barang gym terpakai pun kami supply. Contoh senarai peralatan adalah seperti berikut :
1.  Chest incline
2.  Flat bench
3.  Incline + flat bench
4.  Shoulder press
5.   Lat pull down + cable row
6.   Bicycle
7.   Treadmill
8.   Cable cross
9.   Waist twister
10. Seat up
11. Bench press machine
12. Chest machine
13. Leg extension machine
14. Leg curl machine
15. Leg press
16. Bicep curl
17. Lat pull down
18. Dumbbell rack
19. Dumbbell (pelbagai saiz)
20. Plate (pelbagai saiz)
21. Cermin dinding 
Apa faedah yang anda dapat?
1) Peralatan lengkap untuk 1 gym, kami tidak menjual secara berasingan.
2) Harga rendah.
3) Jumlah harga mengikut bajet anda. Contoh : katakan bajet anda RM30000. Kami akan usaha mencari segala peralatan lengkap untuk 1 gym dengan kos peralatan RM30000.
4) Khidmat nasihat penggunaan dan penyelenggaraan peralatan gym.
5) Lagi bagus datang sendiri tengok barang, puashati, baru beli. 
Contoh peralatan gym terpakai ada dalam Bab 2 ebook NAK BUKA ‘GYM’. No. hp dan alamat saya ada dalam Bab 10. Dapatkan ebook NAK BUKA ‘GYM’ sekarang.
Berurusan dengan Encik Abu Hassan ni mudah. Sebabnya, dia faham semua peralatan ‘gym’. Nak pesan barang, nak ‘repair’, nak ‘modify’, semua boleh. Jadi kita tak payah cakap banyak, Encik Abu Hassan pun tak kedekut ilmu. Seronok jugak dapat kenal dengan Encik Abu Hassan.
Bila saya membeli ebook ini, barulah saya tahu siapa Encik Abu Hassan sebenarnya dalam dunia bina badan. Bila dah kenal rasa kekok panggil Encik Abu Hassan. Rasa lebih rapat lagi kalau panggil Pak Abu.
Sepatutnya individu seperti Pak Abu ni perlu didedahkan dengan meluas lagi agar sumbangan beliau terutama dalam dunia bina badan dan gaya hidup sihat dapat dikongsi bersama.
Gopal, agen insurans, bakal usahawan ‘gym’.

SIAPA YANG PATUT BELI EBOOK NI?
  • Bakal Usahawan ‘Gym’.
  • Usahawan yang mahu mempelbagaikan bisnes dan masih tertanya-tanya selok-belok membuka ‘gym’.
  • Bakal usahawan yang tercari-cari bisnes apa nak buat.
  • Mereka yang ragu-ragu tentang perniagaan ‘gym’.
  • Mereka yang aktif dan mementingkan gaya hidup sihat.
  • Mereka yang ingin menambah ilmu.
  • Mereka yang tertanya bagaimana bisnes ‘gym’ boleh meraih untung?
  • Usahawan wanita yang kurang keyakinan untuk bersaing kerana dalam ebook ini ada contoh bagaimana isteri Encik Hassan iaitu Kak Di boleh berjaya membuka ‘gym’ sendiri.
 APA YANG ANDA DAPAT DARIPADA EBOOK INI?
Anda akan diajar bagaimana mengisi ruang kedai yang kosong sehingga menjadi satu ‘gym’ yang amat menarik perhatian pelanggan. Dengan cara ini, anda tak perlu risau macammana nak mula, di mana nak letak barang, apa nak buat lepas tu. Secara terancang, kerja anda jadi mudah. Hasilnya, anda dapat jimatkan masa dan  tenaga untuk menyiapkan ‘gym’ anda.
 
Kulit ebook ini hanyalah ilustrasi sahaja.
Kulit ebook ini hanyalah ilustrasi sahaja.
Ebook ini juga menunjukkan kepada anda peralatan-peralatan yang perlu untuk ‘gym’ anda. Dengan panduan ini, anda tidak perlu pening kepala nak pilih peralatan yang memang banyak di pasaran. Secara tak langsung, anda dapat mengelakkan diri dari tersilap beli peralatan-peralatan yang tak diperlukan dengan harga yang cukup mahal. Oleh sebab itu, anda dapat jimat duit, masa dan tenaga.
 
Di samping itu, anda juga akan faham tentang makanan dan minuman kesihatan tambahan yang perlu ada di ‘gym’ anda. Sebagaimana banyaknya peralatan-peralatan ‘gym’ di pasaran, begitu jugalah banyaknya jenama minuman dan makanan kesihatan tambahan yang boleh buat anda rambang mata. Dengan panduan yang diberi dalam ebook ini, anda tidak akan tersilap beli dan tidak membazir. Oleh kerana itu, masa anda jimat, wang anda gunakan dengan cermat.
Memang saya perlukan ebook ni. Daripada ilmu asas nak berniaga, persiapan sebelum buka ‘gym’ sampailah  macammana nak ‘run’ ‘gym’ tiap-tiap hari, ada dalam ebook Nak Buka ‘Gym’? ni.
Pada saya, ebook ni kandungannya cukup padat, dah cukup jadi panduan asas sebelum buka ‘gym’.
Terima kasihlah ada yang nak menulis dalam bahasa Melayu. Selalunya dalam bahasa Inggeris je ada.
 Soleh, bakal usahawan ‘gym’. 
 
APA LAGI YANG ANDA DAPAT DARI EBOOK INI?

Oh, banyak lagi.

Dalam ebook ini, anda didedahkan dengan perkhidmatan yang perlu ada di ‘gym’ agar anda dapat memenuhi kehendak sasaran pelanggan. Kalau pelanggan rasa apa yang mereka mahu ada di ‘gym’ anda, sudah tentu mereka berpuashati dan bakal menjadi pelanggan tetap anda. Hasilnya, perniagaan anda semakin maju dari sehari ke sehari.

Anda juga akan tahu cara berjimat dalam membuka ‘gym. Di dalam ebook ini, anda bukan sahaja diberitahu cara berjimat duit semasa membeli peralatan, tetapi setiap perkara yang anda buat untuk ‘gym’, ada cara nak berjimat. Dengan cara berjimat, hati jadi tenang, hidup anda tenteram, perniagaan menjadi sentiasa teratur. Akhirnya, anda akan dapat fokus kepada rancangan masa depan ‘gym’.



Satu lagi perkara penting, ebook ini membincangkan secara terperinci tentang rutin harian anda di ‘gym’. Agar anda tidak kelihatan ragu-ragu di depan pelanggan, ebook ini memastikan perjalanan bisnes ‘gym’ anda lancar. Biarpun anda baru berniaga ‘gym’, anda akan kelihatan profesional dan penuh yakin melalui langkah-langkah teratur dalam ebook ini. Dengan perkara ini juga, anda tak digalakkan upah pekerja kerana segala kerja boleh anda bereskan semudah membaca A,B,C. Secara tak langsung, sudah tentu anda dapat menjimatkan masa tenaga dan wang. Betul tak?
Walaupun ebook ini fokus kepada ‘gym’ kecil, tetapi takkan anda nak kekal kecil, ya tak? Oleh sebab itu, anda juga dibuka luas minda dengan topik ‘Rancang Masa Depan Gym’. Dengan cara ini, anda akan nampak jelas ke mana hala tuju ‘gym’ anda. Dari sehari ke sehari, seeloknya  nampak ‘gym’ anda berkembang biarpun sedikit.     ‘Sikit-sikit lama-lama jadi bukit.’ Alang-alang menyeluk pekasam, biarlah sampai ke pangkal lengan’. Anda juga yang untung. Tak gitu?  

ADA LAGI YANG ANDA DAPAT DARI EBOOK INI?

Tunggu, ada lagi.

Melalui ebook ini juga anda akan tahu perkara asas untuk membuka perniagaan seperti modal, lokasi, saingan dan promosi. Topik-topik  sebegini amat penting bukan saja kepada mereka yang baru berjinak-jinak dengan dunia perniagaan malah boleh dijadikan rujukan oleh mereka yang sudah berpengalaman. Dengan cara itu, anda tidak perlu risau ditipu oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Semakin anda berkeyakinan tinggi membuka ‘gym’, semakin lancarlah proses perniagaan anda. Secara tak langsung, anda dapat jimat masa, tenaga dan wang ringgit. Apa yang membanggakan, anda tidak menyalahi undang-undang perniagaan.

ADA LAGI MANFAAT YANG BELUM DISEBUT?

Ada.

Daripada ebook ini, anda akan dapati  proses memohon lesen perniagaan sebenarnya cukup mudah. Gambaran sebenar diberitahu dengan jelas hanya bertujuan supaya anda senang. Dengan panduan sebegini, anda akan tahu ke mana nak dituju untuk mohon lesen, jenis-jenis lesen perniagaan yang perlu serta bayaran yang dikenakan. Melalui panduan ini juga, anda dapat jimat masa, tenaga dan wang.
 

Poster dari SSM, Ipoh, Perak

Poster dari SSM Ipoh, Perak
Di dalam ebook ini juga, saya sengaja menulis sedikit tentang Encik Abu Hassan dan isterinya Kak Di supaya anda dapat mengenali lebih dekat kedua-dua usahawan ‘gym’ ini. Melalui kisah mereka, anda akan tambah ilmu tentang perniagaan ‘gym’. Kisah-kisah yang baik dan kejayaan mereka boleh menjadi motivasi untuk diikut. Sebaliknya, anda tak perlu mengulang kesalahan orang lain di masa lalu. Fokuslah kepada ‘gym’ anda dan saksikan ‘gym’ anda berkembang dari sehari ke sehari.

Tak sangka isteri Encik Abu Hassan pun buka ‘gym’. Bukan senang orang perempuan nak bersaing dalam dunia yang orang lelaki monopoli. Tapi dah terbukti, melalui buku ini, rasa makin bersemangat nak kembangkan bisnes terutama nak  buka ‘gym’.
Masitah, peniaga.  
 
Berapa harga ebook Nak Buka ‘Gym’? 
Bermula dengan satu pelaburan kecil RM40.00, segala strategi, langkah dan panduan dapat anda praktikkan menjadi rezeki berlipat kali ganda.

Bayangkan, dengan hanya melabur RM40.00, anda akan dipandu langkah demi langkah, satu per satu, tersusun secara terperinci untuk anda ikut tanpa pening kepala, risau dan letih sehingga berjaya membuka ‘gym’ dalam masa yang singkat.

Bayangkan juga anda dipimpin oleh seorang pakar bina badan yang berkecimpung dalam bisnes ‘gym’ selama 20 tahun dan sanggup berkongsi informasi pada harga hanya RM40.00.

Sekiranya anda fikir pelaburan ini terlalu tinggi, fikirlah tentang cabaran mengumpul ilmu, menggarapnya dengan baik dan menyusunnya supaya anda senang faham. Fikirkan juga bagaimana Encik Abu Hassan, seorang pakar bina badan terpaksa melalui segala cabaran sebelum dapat buka ‘gym’ dan kini dengan begitu mudah berkongsi ilmu supaya anda senang buka ‘gym’.

Matlamat yang paling penting adalah agar anda mula mengatur langkah hari ini sehingga berjaya membuka ‘gym’ sendiri tanpa sebarang halangan.

Oleh kerana ingin melihat anda berjaya membuka ‘gym’, ada lagi tawaran untuk anda.
  
Tak dinafikan, ebook percuma ini patut diberi bersama. Melalui tajuk ebook percuma ini, dah jelas sangat mengapa ia penting untuk anda.

Saya kira di tahap ini, anda jugak dah sedar yang harga RM40.00 untuk membeli ebook Nak Buka ‘Gym’? ini terlalu rendah berbanding dengan ilmu yang akan anda kecapi.
 
Sebagai usahawan, saya berhak menaikkan harga untuk keuntungan perniagaan pada bila-bila masa sahaja. Ini adalah kerana saya tahu yang ebook ini amat berkualiti. Ia boleh diguna oleh sesiapa saja dengan bahasa yang mudah dan tersusun.

CARA MEMBUAT PESANAN
Oleh itu, pastikan anda dapatkan kedua-kedua ebook hari ini juga! Untuk buat pesanan, klik link ini sekarang  

Untuk hari ini, segala panduan untuk anda buka ‘gym’ hanya bernilai RM40.00. 
 

Kulit ebook ini hanyalah ilustrasi sahaja.
*Peringatan :
Ebook :      
i) Nak Buka ‘Gym’?
ii) Tambah Duit ‘Gym’ 
adalah ebook berformat digital. Selepas bayaran diterima, anda boleh terus muat turun (download) kedua-dua ebook daripada laman web yang akan diberikan khas untuk anda.



Tiada ulasan:

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse