Pages

Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Khamis, 3 Oktober 2013

UNITED STATED SHUTDOWN BECAUSE OF POLITICIAN ISSUES?






WASHINGTON  – Pejabat Pengurusan dan Bajet White  House semalam mengarahkan sebahagian agensi kerajaan Amerika Syarikat (AS)  ditutup selepas Kongres gagal meluluskan satu bajet persekutuan khas bagi  mengelak kegagalan fungsi kerajaan, kali pertama seumpamanya dalam tempoh 17  tahun.
Pengarahnya, Sylvia Mathews Burwell berkata, agensi-agensi kini diarah  melaksanakan rancangan penutupan ekoran ketiadaan peruntukan.
Arahan itu dikeluarkan 10 minit sebelum 12 tengah malam tadi (12 tengah hari  waktu Malaysia) di mana kerajaan AS secara rasminya tiada peruntukan selepas  sehari Dewan Perwakilan yang didominasi Parti Republikan dan Dewan Senat yang  kerusi majoriti dipegang oleh Parti Demokrat, gagal meluluskan bajet khas  tersebut.
Keadaan itu berlaku selepas Parti Republikan menggesa perubahan dilakukan ke  atas rang undang-undang penjagaan kesihatan negara sebagai pertukaran kepada  persetujuan mereka ke atas bajet khas berkenaan, namun ia ditolak oleh Presiden,  Barack Obama dan Parti Demokrat.
Beberapa jam sebelum 12 tengah malam tadi, Dewan Senat dengan undian 54-46  menolak satu usul oleh Dewan Perwakilan berhubung rang undang-undang bajet  sementara yang membolehkan bajet khas itu diluluskan.
Penolakan itu dibuat kerana rang undang-undang bajet sementara tersebut turut  menangguhkan pelaksanaan rang undang-undang penjagaan kesihatan selama setahun  dan membatalkan pelaksanaan cukai ke atas peralatan perubatan.
Penutupan agensi-agensi kerajaan itu melibatkan kira-kira 800,000 kakitangan  yang diberikan cuti tanpa gaji sehingga bajet tersebut diluluskan.
Tindakan itu juga menyebabkan kerugian kira-kira AS$1 bilion (RM3.23 bilion)  seminggu.
Antara agensi dan jabatan terlibat dengan penutupan itu termasuklah Jabatan  Pertahanan membabitkan 400, 000 kakitangan, Jabatan Perdagangan (30,000),  Jabatan Pengangkutan (18,481) dan Jabatan Tenaga (12,700).
Namun, bahagian kritikal kerajaan lain termasuk agensi ketenteraan, kawalan  trafik udara dan kuasa serta senjata nuklear akan kekal beroperasi.
Jabatan Negara juga terus beroperasi memproses permohonan visa rakyat asing  selain kedutaan serta konsulat masih meneruskan perkhidmatan kepada rakyat di  luar negara.
Obama berkata, kegagalan fungsi kerajaan akan segera memberi kesan kepada  rakyat dengan beratus ribu kakitangan kerajaan perlu bercuti daripada tugas  selain pusat veteran, taman negara, kebanyakan agensi angkasa lepas dan operasi  kerajaan lain akan terganggu.
Beliau menyalahkan Parti Republikan yang cuba menggunakan bajet tersebut  untuk memenuhi janji yang sukar dicapai kepada sayap parti berhaluan kanan  mereka. – AFP/AP

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse

Pengikut