MENGAPA ANDA PERLU KAYA?
Oleh kerana sedikitnya orang yang berjaya, masyarakat kita seringkali menganggap negatif terhadap orang kaya dan mencemburui orang kaya. Mungkin juga mereka melihat segelintir orang kaya yang berkelakuan tidak baik, sombong atau tidak mengendahkan orang miskin. Ibarat ada pemisah antara orang kaya dan miskin. Walhal dalam Islam, antara miskin dan kaya itu patut bantu-membantu dan saling memerlukan. Contohnya orang kaya memerlukan tukang membaiki paip di rumahnya yang sudah rosak, atau kerja-kerja buruh yang perlu dilakukan. Sebaliknya orang miskin perlukan orang kaya untuk menyediakan peluang-peluang pekerjaan, membina masjid, memberi sumbangan untuk membiayai kos pembangunan dan sebagainya.
Pada 23 Mei, 2010, Berita Harian melaporkan, "Terdapat 489 kes orang yang dihantar ke HKL tetapi tidak dijemput oleh keluarga atau anak selepas mereka sembuh". Kes ini adalah satu fenomena baru dalam masalah sosial yang antara faktor penyebabnya ialah kemiskinan, sama ada berpunca daripada anak, keluarga atau pesakit itu sendiri. Jika diteliti, kemiskinan menyebabkan orang benci kepada kita kerana terpaksa menagih simpati dan belas kasihan orang lain untuk survival kita. Sebaliknya jika 489 orang yang terlantar ini adalah orang yang berada atau kaya, InsyaAllah perkara ini tidak mungkin berlaku kerana mereka boleh berdikari.
Demikianlah banyaknya sebab mengapa kita, terutamanya umat Islam perlu kaya atau berada untuk membolehkan kita melaksanakan tuntutan-tuntutan kehidupan. Untuk kaya, kita perlu berusaha dan membaiki diri kita. Walau serendah mana pun kita, janganlah berserah diri sebelum berjuang. Allah menginginkan kita mengubah diri kita dan berada di tahap yang lebih baik. Janganlah membiarkan diri kita dalam kemiskinan atau kepapaan dan menyusahkan orang di sekeliling kita. Laksanakanlah tanggungjawab kita sebagai ketua keluarga, sebagai ibu atau ayah. Carilah yang halal. Moga dengan ketiadaan kita nanti, waris-waris kita boleh bergembira dengan apa yang kita tinggalkan, bukannya menanggung kesusahan selepas ketiadaan kita.
KECEMERLANGAN OTAK YANG DISALAHGUNAKAN
Saiz otak manusia adalah kira-kira 325 gram dan menyerap kira-kira 75% oksigen darah dalam tubuh manusia. Malangnya, kapasiti otak yang mampu menjana pendapatan, kekayaan dan kemakmuran itu tidak diterokai sepenuhnya. Minda kebanyakan manusia diselaputi kekaburan, hasad, dengki, tamak, negatif, mengeluh, resah dan sebagainya yang menjerumus manusia itu kearah kemusnahan.
Semua perlakuan tersebut merupakan doa dan tidak mengundang frekuensi positif, aura dan kecemerlangan. Contohnya apabila anda bercakap tentang keburukan orang lain, kehinaan atau aib orang lain, sebenarnya dari segi Undang-undang Daya Tarikan, ia akan menarik apa yang anda lakukan itu kepada diri anda semula. Seperti juga sekiranya kita mendoakan kebaikan untuk seseorang, doa itu akan melimpah kepada diri orang yang mendoakannya.
Bukankah al-Quran telah memberi amaran kepada kita, “Celakalah (azablah - Neraka Wail) bagi pengumpat dan pencela.” Al-Humazah: 1.
Ini juga bersesuaian dengan sebuah hadis Qudsi Sabda Nabi Muhammad s.a.w., “Wahai sekalian manusia, janganlah kamu mengutuk makhluk yang lain, kerana kutukan itu akan kembali kepada diri kamu.” Hadis Qudsi, Imam al-Ghazali, Nasihat dan Bimbingan. Tahqiq: Dr. Abdul Hamid Salil Hamdan
Kadangkala kerana gila mengejar harta dunia, manusia terpengaruhi oleh hawa nafsu dan bisikan syaitan sehingga ada yang sanggup berbunuh-bunuhan, merompak dan memutuskan silaturrahim. Sedangkan dunia dicipta untuk menguji manusia siapakah yang paling bertakwa.
Oleh itu, terbalikkan minda dari pemikiran yang buruk itu. Fikir positif, tarik tenaga (energy) yang positif, kekuatan, kejayaan dan kekayaan agar ia melekat ke dalam diri anda. Ia adalah pekerjaan yang sangat mudah.
Berikan masa untuk mengubah kehidupan anda dan kurangkan masa untuk mengubah pendirian orang lain. Untuk mengubah diri seseorang, percayalah potensi yang diberi Allah kepada kita, iaitu Allah telah mengurniakan kita sesuatu yang tidak diberi kepada haiwan iaitu akal fikiran (haiwan hanya diberi nafsu dan otak dan berfikir secara tindakbalas (reflex))
Apa yang penting, bagaimana sesuatu itu dirakam di dalam kotak fikiran anda dan disimpan, sehalus-halus nya. Dengan cara ini minda anda dapat merakamnya dengan sangat cemerlang dan “meregister” perkara itu di dalam kotak fikiran/minda anda.
Manusia juga diberi kelebihan yang melebihi makhluk-makhluk Allah yang lain. Firman Allah, “Dan sesungguhnya telah Kami muliakan anak Adam, Kami angkat mereka di daratan dan di lautan. Kami beri mereka rezeki dari yang baik-baik dan Kami lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna atas kebanyakan makhluk yang telah Kami ciptakan". Al-Israk: 70
FREKUENSI MINDA
Wallace Wattles yang dilahirkan pada 1860, telah menulis sebuah buku berjudul The Science of Getting Rich. Menurut beliau, "Apa imej yang anda bentukkan di dalam kepala anda (mental image) akan datang kepada anda dalam bentuk fizikal – melalui proses alamiah seperti pernigaan, perdagangan dan sebagainya."
Katanya lagi:
"Untuk memperolehi kekayaan ini, anda mesti aktif. Anda mesti membuat apa yang seharusnya anda lakukan setiap hari untuk membolehkan imej tersebut menjadi realiti. Sesiapa yang melakukan panduan ini, akan menjadi kaya. Dan kekayaan yang mereka perolehi adalah sama banyak dan bertepatan dengan gambaran dalam minda mereka, ketepatan tujuan mereka, kejituan kepercayaan mereka dan kedalaman tanda syukur yang mereka zahirkan."
Tak hairanlah, ada orang menyebut beliau sebagai: “Seorang yang telah mengubah dunia dengan buku kecilnya yang berwarna hijau.”
Pada satu hari di Chicago dalam tahun 1896, satu rahsia besar telah di terbongkar. Wallace mendapat inspirasi dan jawapan mengapa beliau tenggelam dalam kemiskinan selama ini. Dengan mengubah imaginasi, beliau telah mengubah segala-galanya dan mendapat jalan bagaimana merealisasikan kehidupan yang beliau ingini - kemakmuran dan hasil yang melimpah ruah.
Malam tersebut, kehidupannya berubah untuk selama-lamanya. Selepas mengkaji tanpa mengira penat-lelah dan menguji-kaji prinsip ini, beliau telah mencantumkan formula yang membawa kejayaan dan kekayaan. Dengan itu lahirlah buku The Science of Getting Rich. Secara mudahnya, buku tersebut memulakan berkembangnya teori Law of Attraction iaitu bagaimana prinsip imaginasi menarik kekayaan atau apa yang kita ingini.
Tetapi selama bertahun-tahun, penemuan-penemuan Wattles telah dilupakan – hampir kesemuanya, kecuali oleh beberapa orang sahaja.
Bagaimana manusia yang dijadikan Allah ini boleh mencapai kejayaan yang begitu gemilang? Tentu ada formulanya. Ada yang mencapai jalan pintas dan ada yang terpaksa melalui kesusahan demi kesusahan dan menghabiskan sepanjang usianya. Yang mengetahui formulanya, InsyaAllah akan dapat jalan yang cepat dan lebih mudah.
Einstein telah menyatakan bahawa imaginasi lebih penting daripada ilmu. Agak sukar untuk dipercayai. Tetapi tentulah beliau, seorang genius amat berhati-hati sebelum membuat sesuatu kesimpulan; dan tentulah kesimpulan beliau itu berasaskan kajian dan pemerhatian yang panjang lebar.
Allah menyuruh kita memikirkan apa yang dijadikanNya. Bukan hanya memikir, malah merenung, membuat kajian, mendalami ilmu, membuat ujikaji, bertanya kepada yang tahu dan sebagainya.
Dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Fikirkanlah mengenai segala apa jua (yang diciptakan Allah), tetapi janganlah kamu memikirkan tentang zat Allah..."H.R. Ibn Abbas r.a.
EBOOK FREKUENSI KAYA
Semua yang anda baca di atas adalah merupakan sebahagian kandungan yang terdapat di dalam ebook "Frekuensi Kaya". Ebook ini melihat sejauh mana kita harus kaya dan tidak membelakangkan petunjuk dari Al-Quran dan hadis yang menyebut bahawa kadangkala harta dunia dan kekayaan boleh membawa kepada kerosakan.
Dalam ebook ini, kita akan melihat satu-persatu aspek kaya-miskin dan mengapa kita perlu kaya menurut pandangan Islam dan melihat kepada realiti kehidupan itu sendiri. Untuk menjadi kaya, anda wajib berada di dalam sistem yang berbeza dengan sistem semasa anda belum kaya atau miskin. Apa yang dimaksudkan dengan sistem ialah pemikiran, cara berfikir, cara bertindak, cara pergaulan, ilmu, tabiat, kawan-kawan, minda, imaginasi, amalan, bacaan dan seterusnya.
Allah s.w.t. berfirman dalam sebuah hadis qudsi: “Wahai sekalian manusia, sejauh mana engkau cenderung kepada dunia dan sejauh mana engkau mencintai-Ku, maka sekadar itulah darjatmu di sisi-Ku. Kerana sesungguhnya tidak Aku campurkan antara cinta kepada-Ku dengan Cinta kepada dunia di dalam satu hati untuk selama-lamanya.” Hadis Qudsi, Imam al-Ghazali, Nasihat dan Bimbingan. Tahqiq: Dr. Abdul Hamid Salil Hamdan.
Begitu juga disebalik kemiskinan itu, orang Islam kena juga kaya sekiranya kaya itu membawa kepada keredaan Allah. Contohnya dengan kaya seseorang itu boleh melipatgandakan sedekahnya dan bantuannya kepada orang miskin yang memerlukan bantuannya.
Allah s.w.t. berfirman dalam sebuah hadis qudsi: “Wahai manusia, perbendaharaan-Ku tidak akan habis selama-lamanya. Sebanyak mana engkau memberi, sebanyak itulah yang Ku-beri untukmu; sejauh mana engkau tahan, sejauh itulah pula yang Ku-tahan daripadamu. Kekikiranmu memberi bantuan kepada orang-orang miskin daripada harta yang Ku-Kurniakan kepadamu, adalah kerana engkau berburuk sangka terhadap-Ku dan kerana engkau takut menjadi miskin atau kerana engkau tidak percaya kepada-Ku.”
PERSOALAN YANG DIJAWAB DALAM EBOOK INI!
Antara perkara yang terjawab dalam ebook ini ialah:
- Harta dan kaya yang bagaimanakah yang menjadi jambatan ke akhirat?
- Tahap mana miskin yang diredai Allah?
- Bagaimana harta boleh hilang dalam sekelip mata?
- Mengapa dikatakan dunia ini syurga bagi orang kafir dan penjara bagi yang Mukmin.
- Apakah amalan sebelum datang 7 perkara?
- Apa akibat buruk sangka dan mengapa Islam melarang buruk sangka?
- Apakah batas kaya yang membinasakan dan miskin yang diredai?
- Mengapa dilarang mengutuk makhluk yang lain, dan kutukan itu akan kembali kepada diri kita sendiri?
- Bagaimana berbillion sel dalam otak kita akan memandu kita untuk mencapai tujuan yang anda hajatkan dan niatkan?
- Mengapa dikatakan bahawa otak manusia mengandungi sekitar 10 ke 15 bilion sel neuron yang dijadikan oleh Allah untuk memimpinnya setiap nano saat pergerakannya?
- Bagaimana mengaplikasi Undang-undang Daya Penarik (UDP) ialah bahawa apa-apa perkara yang anda fikirkan, anda akan dapat. (WYTWYG – What you think is what you get.)
- Berpandukan ilmu fizik dan teori “Law of Attraction” – Undang-undang daya penarik (UDP), tindakan kita akan menghampiri sesuatu yang kita gambarkan, fikirkan dan hajatkan. Bagaimana melakukannya?
- Bagaimana menggunakan frekuensi minda?
- Bagaimana mendatangkan kejayaan dengan begitu mudah yang tak pernah anda fikirkan?
DAPATKAN SEKARANG
Jika anda berminat untuk mendapatkan ebook ini, sila klik butang tempahan ini, ianya hanya berharga RM30 sahaja untuk membolehkan anda mendalami dengan lebih terperinci tentang kekayaan menurut perspektif islam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan