Pages

Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Sabtu, 26 Oktober 2013

BEWARE:-LAMAN WEB CASHJITE.COM ADALAH TIPU (SCAM)

SALAM KEPADA SEMUA PEMBACA BLOG SMART GENERATION


DI SINI PENULIS INGIN MEMOHON MAAF KERANA TELAH BERKONGSI LINK UNTUK TAMBAH PENDAPATAN DENGAN LAMAN WEB CASHJITE.COM...
SEBELUM ITU PENULIS ADA BUAT ENTRY DI SINI 

SEBENARNYA,LAMAN WEB INI TIDAK AKAN MEMBAYAR PENDAPATAN ANDA!!!!

PENULIS TELAH MENCUBA SATU HARI UNTUK MENDAPATKAN 300$ BAGI MEMBOLEHKAN PENULIS UNTUK CASH OUT MONEY DARIPADA LAMAN WEB INI..

AWAL-AWAL TU MEMANG RASA HAPPY DAN GEMBIRA LAH KAN..DALAM MASA SATU HARI DAH DAPAT LEBIH 300$ USD DENGAN BERKONGSI LINK LAMAN WEB INI SAHAJA..

APABILA PENULIS MELIHAT STATUS AKAUN SEMASA LAMAN WEB CASHJITE.COM INI PENULIS DAPATI TOTAL EARNING US$ 365 DAN PENULIS TERUS MAHU CASH OUT WANG TERSEBUT ,TETAPI PERLU MENJAWAB SURVEY TERLEBIH DAHULU..


NAMUN,SETELAH SELESAI MENJAWAB SEMUA SURVEY TERSEBUT PENULIS TIDAK DAPAT APA-APA RESPON...

SURVEY YANG DI NYATAKAN HANYA DALAM BENTUK SUSCRIBE MOBILE SAHAJA DAN SEBENARNNYA BUKAN SURVEY...SO DARI SINI MEREKA DAPAT DUIT APABILA KITA LETAKKAN NO TELEFON KITA DAN SUSCRIBE APLIKASI TERSEBUT,MAKA OWNER LAMAN WEB INI AKAN DI BAYAR OLEH PENGIKLAN MEREKA..YANG AKAN RUGI ADALAH KITA YANG TELAH MENYERTAI DALAM LAMAN WEB INI...

PENULIS JUGA CUBA MENGHANTAR EMAIL KEPADA LAMAN WEB TERSEBUT IAITU support-center@Cashjite.com NAMUN,SEBENARNYA EMAIL INI TIDAK WUJUD...

SEMEMANGNYA TELAH TERTIPU...TAPI SELAMAT TAK KELUAR APA-APA MODAL KAN..KALAU KENA KELUAR MODAL WANG RINGGIT..MELAYANG LA DUIT..HOHOHO

PENULIS SEKALI LAGI MEMOHON MAAF KEPADA SEMUA YANG TELAH KLIK LINK LAMAN WEB TERSEBUT DAN MENDAFTAR...MASIH BELUM TERLAMBAT UNTUK BERHENTI..:-)

SEMOGA PERKARA INI JADI PENGAJARAN KEPADA PENULIS DAN ANDA SEMUA SUPAYA BERHATI-HATI SEBELUM MEMILIH LAMAN WEB YANG DAPAT MENGHASILKAN PENDAPATAN KEPADA KITA SEMUA...

DALAM HATI PENULIS:NASIB BAIK AKU TAK KELUAR MODAL :-)

KALAU YANG DAH JOIN TU,BOLEH LA SEBARKAN OK :-) 

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse

Pengikut