"Tunjuk
Ajar Langkah Demi Langkah Bagaimana
Memulakan Perniagaan dalam Bidang Penternakan
Ikan Keli dengan Mudah seterusnya Menjadi
Usahawan Ternak Yang Berjaya!"
Ketahui
rahsia perniagaan Ikan Keli yang menguntungkan melalui
Ebook Panduan Pembenihan dan Penternakan Ikan Keli.
Ia memimpin dan mengajar anda bagaimana memulakan perniagaan
Ikan Keli melalui kaedah yang mudah dengan kos yang
rendah serta menjamin keuntungan berlipatganda.
Peluang
Menjadi USAHAWAN dan Menjana PENDAPATAN, Ramai Yang Mahu
Tetapi Tidak Tahu..
Anda
mungkin terfikir untuk menjalankan perniagaan dalam industri
pertanian atau penternakan terutama apabila terbaca tentang
kisah-kisah kejayaan petani dan penternak. Namun, seringkali
niat anda terpaksa dipendamkan disebabkan oleh masalah-masalah
yang anda hadapi seperti :
Tiada tunjuk ajar yang berkesan
Masa yang terbatas
Kurang keyakinan diri
Motivasi yang rendah
Kurang galakan dan sokongan
Sumber kewangan terhad
....dan masalah-masalah lain yang menyebabkan anda terus melupakan sahaja niat anda untuk bergelar usahawan yang berjaya.
Panduan
Langkah Demi Langkah Serta Tips Yang Dapat
Membantu & Membimbing Anda Memulakan
Perniagaan Ikan Keli Seterusnya Menikmati Pendapatan Lumayan
Sebagai Usahawan Ternak Melalui :
“Ebook
Panduan Pembenihan & Penternakan Ikan Keli"
|
Bakal-bakal
Usahawan Ikan Keli,
Mahukah
anda ketahui rahsia bagaimana menjadi seorang usahawan ternak
ikan keli yang berjaya? Adakah anda memiliki sedikit ruang yang
cukup untuk membuat kolam atau sekurang-kurangnya meletakkan
kolam kanvas di belakang rumah? Tahukah anda bahawa ruang kecil
di belakang rumah anda ini cukup berharga kerana mampu menjana
pendapatan sampingan sebanyak RM2000 ke atas sebulan? Inikan
pula jika anda melakukannya secara serius dan sepenuh masa!
Anda
tentu sudah biasa membeli ikan keli pasar-pasar dengan harga
RM4.00 hingga ke RM5.00 sekilo. Tahukah anda, kos ikan keli
tersebut amatlah murah berbanding dengan kos ikan-ikan lain?
Ini membuka peluang yang luas untuk anda menceburi bidang penternakkannya
kerana keluarannya yang sedikit berbanding permintaan. Tambahan
pula, isu produk keluaran halal juga amat ditekankan dan telah
menjadi kesedaran umum. Jika anda membina kolam ternakan sendiri
dan menjualnya, sudah semestinya keuntungan yang melipatganda
bakal menanti anda.
Untuk
pengetahuan anda, ikan keli adalah sejenis ikan air tawar yang
banyak terdapat di Malaysia. Ikan keli boleh didapati di kebanyakan
sawah padi, sungai kuala dan tasik. Sekarang ini ikan keli mula
diternak di dalam kolam buatan dan dikomersialkan. Ikan keli
menjadi hidangan yang diminati ramai kerana rasanya yang enak
dan berkhasiat. Ikan keli terdiri dari pelbagai jenis spesies
iaitu keli bunga, keli kayu, keli esotik dan keli memah.
Untuk
menjadikan ternakan ikan keli ini sebagai komersial, pengusaha
perlu sekurang-kurangnya menternak 100 ribu ekor bagi satu spesies
ikan keli. Kolam ternakan boleh di disediakan dalam bentuk kolam
tanah, kolam simen dan juga kolam kanvas. Kini ikan keli hanya
diberikan makanan organik sekali dalam tempoh 3 bulan. Pada
masa ini disebabkan permintaan semakin meningkat harga boleh
mencecah antara RM4.50-RM5 sekilo di pasaran terbuka.
Industri
ternakan ikan keli ini adalah adalah satu industri yang menguntungkan
pada masa ini. Memandangkan permintaan tinggi, pulangan yang
cepat dalam 3 bulan, tidak memerlukan ruang yang besar dan kos
penyelengaaraan yang rendah dan lebih jimat jika diproses sendiri,
menjadikan industri lebih menguntungkan jika diusahakan.
Antara
faktor utama yang menjadi pendorong ramai usahawan menceburi
industri penternakan ikan keli ialah :
Teknik terbaru yang lebih menjimatkan kos
Permintaan pasaran yang tinggi
Mengurangkan risiko dan penjagaan menjadi lebih mudah
Boleh dilakukan dimana-mana sahaja
Keuntungan jangka panjang yang berlipatganda
Oleh
itu, Ebook Panduan Pembenihan & Penternakan Ikan Keli ini
akan membantu dan membimbing anda langkah demi langkah untuk
memulakan aktiviti pembenihan ikan keli, penternakan, sehinggalah
ia dipasarkan dan seterusnya menjana pendapatan dan keuntungan.
Anda juga akan mudah untuk mempelajari selok-belok dalam pengurusan
perniagaan ikan keli berpanduan kepada setiap langkah dan maklumat
yang terkandung di dalam ebook ini.
"Kini
anda berpeluang untuk mempelajari kaedah dan cara-cara memulakan
penternakan ikan keli dengan mudah melalui Ebook "Panduan
Pembenihan & Penternakan Ikan Keli". Panduan yang padat
dengan maklumat bermanfaat yang akan membimbing anda dari langkah
pertama sehingga berjaya.
Panduan
Pembenihan dan Penternakan Ikan Keli memaparkan kaedah pembenihan
ikan keli secara terperinci serta gabungan 3 kaedah penternakan
ikan keli yang boleh anda pilih dan lakukan untuk menjalankan
penternakan ini. Kesemua kaedah tersebut boleh diaplikasikan
dengan mudah mengikut kesesuaian anda. Kini anda tidak perlu
lagi menunggu lama untuk memulakannya. Peluang mencapai kejayaan
dalam bidang penternakan terbuka luas untuk anda. Anda boleh
bermula pada bila-bila masa sahaja, tak kira dimana sahaja anda
berada.
Bukan
lagi satu penghalang bagi anda untuk mempelajari cara-cara
dan kaedah-kaedah penternakan ikan keli, tidak kira apa saja
profesion anda. Ia boleh diusahakan dimana-mana sahaja, di
kebun, di sawah, di rumah, di serata tempat atau di mana-mana
sahaja anda berada. Ia boleh dijadikan sumber pendapatan sampingan
mahupun tetap.
Dengan
ini, izinkan saya membantu, memberi tunjuk ajar, panduan serta
bimbingan yang menyeluruh kepada anda untuk anda pelajari,
fahami dan seterusnya memulakan penternakan ikan keli sehinggalah
matlamat anda tercapai dengan jayanya.
Anda
tidak perlu bersusah payah untuk pergi ke kedai-kedai buku
untuk mencari-cari maklumat, atau mengharungi jalanraya yang
sesak untuk menghadiri kursus-kursus semata-mata untuk memperolehi
ilmu yang sungguh berharga yang anda cari-cari selama ini.
Mudah
sahaja sekiranya anda mempelajarinya melalui Ebook saya “PANDUAN
PEMBENIHAN & PENTERNAKAN IKAN KELI”.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan