Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Khamis, 24 Oktober 2013

UNTUK SEBARAN UMUM:WAJAH PENGAWAL KESELAMATAN TEMBAK PEGAWAI BANK






Polis sedang mengesan seorang pengawal keselamatan bank yang menembak mati seorang wanita kakitangan bank yang dirompaknya di sebuah bank di USJ Sentral, petang tadi.



Walaupun bergerak sendirian, lelaki berusia dalam lingkungan lewat 30-an ini dikategorikan berbahaya kerana memiliki senjata api yang digunakan dalam rompakan berdarah pada 6.18 petang tadi.



Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, identiti sebenar lelaki itu masih dikenal pasti berikutan dia dipercayai menggunakan kad pengenalan palsu sejak berkhidmat dengan syarikat kawalan keselamatan yang menjadi majikannya sejak setahun lalu.


"Suspek masih bersenjata dan kita harap orang ramai berhati-hati selain menyalurkan maklumat segera sekiranya bertemu lelaki terbabit," katanya kepada media di tempat kejadian.


Dalam kejadian itu, pegawai operasi bank Ambank, Norazita Abu Talib, 37, maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala akibat ditembak dengan senjata jenis pump gun oleh suspek berusia 37 tahun yang berasal dari Sabah.


Difahamkan, ketika kejadian itu, mangsa bersama suspek serta tiga lagi pekerja wanita bank itu berada di premis berkenaan untuk membuka sebuah peti besi.


Dipercayai apabila peti pintu kebal itu dibuka, suspek kemudian melepaskan tembakan dan mengenai dahi mangsa yang meninggal dunia serta-merta di tempat kejadian.


Suspek sempat mengambil sejumlah wang itu telah melarikan diri dengan sebuah motosikal.


Abdul Rahim berkata, siasatan mendapati ketika kejadian suspek bersama si mati dan tiga lagi wanita yang bekerja di bank berkenaan.


"Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (cctv) di bank ini, kita dapati suspek berusia 37 tahun tidak gementar atau ragu-ragu ketika melakukan perbuatan berkenaan.


"Lelaki terbabit dilapor melepaskan tembakan ke arah mangsa sebelum mengarahkan seorang lagi pekerja memasukkan duit ke dalam beg hitam yang dibawanya selepas si mati membuka pintu kebal berkenaan.


"Akibat tembakan itu, wanita terbabit yang bekerja sejak 16 tahun di bank ini maut di tempat kejadian," katanya yang turut mengedarkan gambar suspek kepada media di lokasi kejadian.


Ditanya wartawan mengenai status suspek, Abdul Rahim berkata, lelaki terbabit adalah pekerja (pengawal keselamatan) yang menggantikan orang lain ketika kejadian.


"Suspek bergerak sendirian dalam kejadian itu. Dia ganti orang lain pada hari ini dan pernah menggantikan empat ke lima kali mengawal bank ini sepanjang setahun dia bekerja dengan syarikat keselamatan berkenaan," katanya.


Katanya, keraguan dalam kad pengenalan milik suspek yang disyaki palsu itu akan dipastikan selepas ini dengan merujuk kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).


Menurutnya, pihaknya juga akan memeriksa cctv di kawasan berhampiran.


Katanya, sehingga kini pihaknya masih belum dapat memastikan jumlah wang yang dilarikan suspek dan berkemungkinan bernilai ratusan ribu ringgit.


Katanya, mangsa sudah bekerja di bank berkenaan sejak 16 tahun lalu dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK).


















Tiada ulasan:

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse