Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Khamis, 31 Oktober 2013

TIPS DAN PANDUAN TEMUDUGA


Ringkasan kata-kunci tips temuduga

*      Orang yang terbaik untuk sesuatu jawatan bukan bermakna akan memenanginya – selalunya adalah mereka yang memberi temuduga yang terbaik akan memenanginya.
*      Temuduga adalah lebih kerap untuk memberi jawapan teknikal yang tepat. Ia juga adalah untuk membina silaturahim yang rapat.
*      Bukan semua penemuduga tahu apa yang mereka kehendaki; tugas anda adalah untuk mengetahui bagaimana untuk mengawal penemuduga yang baik dan tidak.
*      Adalah lebih baik anda bersikap jujur dan mengaku tidak mengetahui daripada cuba berlagak pandai tetapi berakhir dengan kebodohan dan tidak cerdik anda.
*      Mereka yang kelihatan kemas dan segak akan mendapat pekerjaan - mungkin di dalam layar perak Holywood, tetapi secara keseluruhannya, majikan adalah lebih menginginkan bakat daripada faktor luaran.
*      Percubaan untuk memberi jawapan yang tepat boleh menyebabkan masalah buat anda. Adalah lebih baik dengan memberi jawapan yang baik dan bertepatan daripada terkapai-kapai mencari jawapan yang tepat; kerana lazimnya tiada jawapan yang tepat di sana.
*      Jangan bertanya soalan hanya untuk menyoal. Bertanyalah sekiranya anda benar-benar ingin jawapannya yang belum disentuh semasa temuduga.
*      Temuduga adalah peristiwa biasa memerlukan kelakuan yang biasa. Penemuduga akan beranggapan begitu dan boleh beranggapan secara negatif sekiranya mereka tidak nampak begitu.
*      Penemuduga tidak akan membazirkan masa mencari kecelaan anda. Mereka lebih berminat untuk mendapatkan gambaran yang jelas tentang siapa anda. Elak dari menjawab soalan yang mempertahankan diri. Adalah lebih baik anda berfikiran bahawa setiap soalan itu akan memberi anda peluang untuk menyerlahkan diri anda.
Mitos No. 1: Calon yang paling layak akan dapat tawaran kerja.
Kerapkali ada kebenarannya tentang perkara ini - terutamanya apabila seseorang itu mengenali seseorang yang lain, selalunya bila ada syarikat yang mengambil kakitangan dalaman untuk kenaikan pangkat. Walaubagaimanapun, ini bukanlah selalu terjadi. Sekiranya seseorang itu berkemungkinan paling layak mendapat jawatan tersebut, ada beberapa kriteria penting yang patut dipatuhi (itupun bukan satu jaminan).
Ini termasuk :-
Ø      penemuduga mahir tentang apakah bentuk soalan yang akan ditanya dan mereka sentiasa peka tentang kebenaran di atas setiap jawapan yang diterima. Kedua-dua perkara ini nampak mudah, tetapi saya pasti yang sebahagian besar daripada mereka yang mengendalikan temuduga itu tidak mendapat apa-apa bentuk latihan pun, tiada pengalaman sebagai penemuduga dan kerapkali mereka tidak membuat apa-apa persediaan pun untuk temuduga itu.
Ø      penemuduga tidak mungkin tertarik tentang sifat fizikal, berperwatakan cantik, sifat lucu dan sebagainya terhadap seseorang calon temuduga. Perkara-perkara tersebut adalah agak susah hendak diatasi walaupun oleh seorang penemuduga yang berpengalaman.
Ø      calon temuduga telah mempelajari bagaimana cara untuk menunjukkan kemahiran mereka dengan jelas, pencapaian terbaik mereka dan bagaimana mereka boleh menyumbang kepada peningkatan prestasi syarikat.
Ø     tidak akan berlaku pertindihan keperibadian di antara penemuduga dan calon temuduga.
Ø      kedua-dua pihak tidak berhadapan dengan apa-apa masalah.
Sesetengah majikan – selalunya yang telah dikritik kerana pernah memilih calon yang salah pada masa dahulu – telah membuat satu garis panduan pengambilan pekerja yang profesional supaya dapat mengurangi dari berlakunya kesilapan. Ada waktunya prosedur ini banyak membantu dan amat berkesan dalam membuat pemilihan calon, tetapi ia tidak menjamin yang calon yang paling layak mendapat tawaran jawatan itu. Akhirnya satu analisis telah dibuat, yang pemilihan seseorang untuk mengisi sesuatu jawatan memerlukan sekurang-kurangnya seorang individu untuk membuat keputusan, dan tidak kiralah apa pun usaha yang dibuat untuk menghapuskan fikiran subjektif, sifat pilih kasih dan telah pun ada pilihan sendiri – walaubagaimanapun berusaha untuk menjauhinya.
Di dalam dunia yang unggul ini, calon yang terbaik untuk sesuatu jawatan itulah yang mendapatnya; sebaliknya, kebenarannya calon yang menunjukkan prestasi terbaik semasa temuduga yang mendapat kemenangan. Pengajaran yang dapat diambil dari sini ialah :
 Ø      jangan secara otomatik menarik diri dari memohon sesuatu jawatan jika sekiranya anda dapat tahu sudah ada calon yang lebih layak ada memohon jawatan yang sama. Jika sekiranya anda berusaha untuk membuat persediaan yang secukupnya, ada kemungkinan besar anda akan menjadi calon pilihan – terutamanya apabila calon yang seorang lagi mengambil mudah dan tidak membuat apa-apa persediaan untuk menghadiri temuduga.
 Ø      jika sekiranya anda mendapat tahu anda paling layak untuk mengisi jawatan tersebut jangan sekali-kali mengambil mudah tentang temuduga itu. Hendaklah berkelakuan seperti anda sedang bersaing dengan musuh yang amat menakutkan. Ambil masa untuk membuat persediaan dengan teliti. Bukan bererti anda mempunyai pengalaman, anda telah tahu bagaimana hendak menyampaikan pendapat anda semasa menghadapi temuduga.
Mitos No. 2: Temuduga adalah seperti mengambil peperiksaan di sekolah – lebih banyak anda berkata, lebih baik prestasi anda.
 Benar, temuduga ada sedikit persamaan dengan peperiksaan, di mana anda diminta menjawab soalan-soalan dengan jawapan yang bijak, dan di situlah persamaan itu berakhir. Tidak seperti peperiksaan, di mana banyak jawapan yang tepat diperlukan, temuduga pula adalah berbeza kerana ia memerlukan interaksi dan hubungan yang baik dan pada masa yang sama menjawab soalan dengan jelas dan bijak. Jawapan yang baik tidak perlu terlalu terperinci. Sebenarnya, jawapan yang terlalu terperinci dan panjang boleh mengganggu perhatian penemuduga, walaupun mengandungi fakta yang secara teknikalnya amatlah tepat. Mengetahui bila hendak berhenti bercakap adalah satu kemahiran yang patut ada pada semua calon temuduga.
Berbeza dengan peperiksaan, dalam temuduga selalunya tidak ada jawapan yang betul atau salah. Kita adalah berbeza dan datang ke temuduga dari latarbelakang yang berbeza, beri bukti yang kukuh di atas semua tindakan anda dan bercakaplah tentang percapaian anda dengan penuh yakin.
Mitos No. 3: Penemuduga tahu apa yang mereka buat.
Sesetengah penemuduga amat bijak tentang apa yang mereka lakukan, terutamanya mereka yang profesional dan menjadikannya kerja sepenuh masa(sekiranya mereka tidak letih dengan kerja). Sebaliknya, kebanyakan pengurus dan tuan punya perniagaan kecil menghadapi kesukaran kerana temuduga bukanlah kerja yang sering mereka lakukan.Sebahagian dari contoh temuduga yang tidak baik adalah :-
Ø      mereka sahaja yang banyak bercakap
Ø     mereka kelihatan telah membuat keputusan terhadap anda dalam lima minit pertama temuduga dijalankan
Ø     mereka nampak seperti mendapatkan soalan secara rambang dari langit
Ø     telefon mereka sentiasa berdering dan dijawab semasa  sesi temuduga
Ø     mereka kelihatan tidak jujur sebagai jurujual semasa menjual kerja tersebut pada anda
 Sebahagian dari temuduga yang baik ialah:-
Ø    mereka telah pun terlebih dahulu menyediakan soalan dengan teratur
Ø     mereka ingin tahu apa yang anda buat dan bagaimana anda telah melakukannya, termasuk meminta contoh-contohnya
Ø    mereka membiarkan anda yang banyak bercakap
Ø   mereka ingin menemuduga anda lebih dari sekali
Ø    mereka sentiasa berusaha membuat anda berasa selesa
Ø    mereka secara jujurnya berminat dengan kemampuan anda, kemahiran dan suka pada sikap anda 
Penemuduga yang tidak berpengalaman selalunya tidak bertanyakan soalan yang tepat dan dengan mudah mengalihkan perhatian kepada perkara-perkara yang tidak ada kaitan dengan kemampuan anda untuk menjalankan kerja. Oleh itu sekiranya anda di temuduga oleh mereka yang tidak berpengalaman, jangan tunggu untuk ditanya soalan yang baik – ataupun dibenarkan anda untuk bercakap tentang kemahiran yang menyeronokkan dan berkualiti. Ambillah sikap yang tidak terlalu menonjol dengan bercakap tentang perkara-perkara yang anda rasa mereka berminat hendak tahu. Walaubagaimanapun situasi begini tidak selalu berlaku – terutama sekali jika anda ditemuduga oleh seseorang yang bersikap paksaan begitu, jangan panik. Katakan pada diri anda temuduga hanyalah untuk menjalin hubungan yang baik, di mana ia hanyalah sesi soaljawab. Oleh itu bersetuju sahajalah, senyum dan tunjukkan sikap yang terbaik – penemuduga yang banyak bercakap suka kepada seseorang yang bersetuju dengan pendapat mereka.

Mitos No. 4: Jangan sekali-kali mengatakan ”Saya tidak tahu”
Temuduga adalah berkisar tentang tanggapan yang positif dengan menjawab soalan-soalan dengan bijak dan menjalinkan hubungan yang baik dengan penemuduga. Di penghujungnya, ramai calon merasakan yang mereka hendaklah memberi jawapan yang tepat kepada setiap soalan yang dikemukakan, tanpa mengira samada benar-benar mengetahui jawapannya. Jelaslah,temuduga yang hebat adalah di mana anda dapat menjawab semua soalan  (dan anda semestinyalah dapat melakukannya seandainya anda mengambil sedikit masa untuk menyediakannya dengan betul); sebaliknya jika anda tidak mengetahui akan sesuatu jawapan, adalah lebih elok anda mengakuinya daripada berpura-pura mengetahuinya atau mula bercakap berjela-jela tanpa mengetahui kewajarannya. Kebanyakan penemuduga dapat merasakan omong kosong anda sejak mula lagi dan mereka tidak suka kerana beberapa sebab; pertama, berkemungkinan akan membuat anda kelihatan tidak jujur. Adalah lebih baik sekiranya anda tidak menghadiri temuduga sekiranya anda mempamerkan ketidakjujuran atau kebijaksanaan anda.
Percubaan anda untuk menjawab soalan yang anda tidak mahir boleh memudaratkan sesi temuduga yang sepatutnya hebat. Ini tidak bermakna yang anda tidak boleh mencuba memberi jawapan yang anda tidak pasti. Tiada salahnya anda berterus terang. Mungkin ini adalah jawapan yang anda boleh cuba:
Secara jujurnya saya katakan yang saya tidak berapa mahir dalam bidang ini, walaupun saya amat meminatinya. Sekiranya tidak menjadi keberatan, saya ingin mencuba untuk menangani isu tersebut, sekiranya tuan tidak mengharapkan jawapan yang tepat.
atau:
Saya ingin menjawab soalan tersebut, tetapi terus-terang saya katakan ini adalah bukan bidang yang saya mahir, walaupun saya amat meminati untuk menambahkan pengetahuan saya mengenainya.
Mitos No. 5: Orang yang berketerampilan mendapat kerja
Saya jangkakan sekiranya jawatan tersebut adalah untuk mereka-mereka yang anggun bergaya habis seperti di dalam layar perak, jadi mereka yang berketerampilan begitu amat membantu, tetapi bagi kebanyakan jawatan lain keterampilan anda tidaklah memberi kesan. Seperti yang telah dibincangkan, memang terdapat majikan yang tidak berpengalaman akan menawarkan kerja kepada seseorang berdasarkan faktor luaran, tetapi kebanyakan majikan adalah bijak memilih. Anggapan yang mereka yang berketerampilan atau anggun lebih mudah mendapat kerja dari mereka yang biasa-biasa adalah satu anggapan yang salah – bahawa majikan menggemari keterampilan seseorang melebihi mata pencarian mereka. Semua pengalaman saya telah mengajar saya sebaliknya. Kebanyakan perniagaan berada dalam suasana persaingan yang hebat dan majikan amat prihatin bahawa kesilapan dalam memilih pekerja adalah amat mahal.
Ini tidak bermakna bahawa keterampilan dan kebijaksanaan seseorang adalah tidak mustahak. Adalah amat penting anda berpakaian yang segak atau bersesuaian dan cuba sedaya upaya untuk menonjolkan semua kualiti mesra anda. Penampilan yang baik memanglah dipandang hebat di dalam temuduga, tetapi bukannya penampilan yang bersesuaian dan mesra.

Mitos No. 6: Kalau jawapan anda adalah lebih baik dari yang lain, anda akan ditawarkan kerja
 Kebolehan untuk menjawab dengan terang dan jelas semasa ditemuduga amatlah mustahak, dan kegagalan untuk berbuat demikian bermakna anda tidak akan berjaya mendapat tawaran kerja. Walaubagaimanapun, temuduga – seperti yang telah kita lihat – adalah lebih dari hanya menjawab dengan betul dan tepat. Ia juga berkisar tentang meyakinkan penemuduga yang anda adalah seorang yang mesra untuk bekerja. Dengan lain perkataan, ia tidak memberi apa-apa faedah berapa baik jawapan anda secara teknikalnya, seandainya penemuduga tidak menggemari anda, anda tidak akan berpeluang mendapat tawaran pekerjaan (kecuali bakat anda adalah hebat, amat sukar di temui  ataupun penemuduga itu adalah tersepit).
Jadi elaklah daripada berfikiran bahawa temuduga adalah dengan memberi jawapan yang betul. Temuduga juga adalah tentang menzahirkan hubungan silatulrahim yang baik dan kepercayaan, dan di samping tiada cara yang selamat di dalam hal ini, terdapat perkara-perkara yang anda boleh lakukan (dan perkara-perkara yang tidak sepatutnya dilakukan) yang boleh membawa anda lebih jauh untuk memperbaiki kemahiran anda di dalam semua aspek temuduga.

Mitos No. 7: Anda mesti mencuba menjawab dengan tepat.
Saya ada terdengar ada orang yang terperangkap dengan percakapan sendiri, mengulangi sesuatu beberapa kali dan bercakap perkara yang sama kerana ingin mencuba untuk memberi jawapan yang terbaik.—ataupun mereka memikirkan  mereka dapat memberi jawapan yang tepat. Sesetengah orang terlalu obses terhadap memperolehi jawapan yang tepat dan mereka mencuba tanpa henti sehingga pada pandangan mereka telah mendapat maklumbalas yang terbaik dari penemuduga.
Tetapi kita tidak akan dapat memastikan apa sebenarnya yang ingin didengari oleh penemuduga, kebanyakan kita terus bercakap dengan harapan dapat melitupi setiap ruang yang ada. Masalahnya dengan cara yang sebegitu, kita akhirnya telah bercakap terlalu banyak, di mana mungkin mengakibatkan penemuduga hilang tumpuan dan oleh sedemikian, di situ mungkin berakhirnya temuduga anda.Sebenarnya dalam kebanyakan kes tidak pernah ada jawapan yang tepat. Pengajarannya di sini ialah: ada banyak faktor yang membawa kepada jawapan yang baik, iaitu kita hendaklah memberi jawapan yang terus kepada tajuk yang dibincangkan dan tidak berlegar-legar tanpa tujuan untuk mencari jawapan yang tepat.

Mitos No. 9: Relaks dan jadilah diri anda sendiri
Adalah penting untuk relaks dan tunjukkan kebaikan anda, adalah juga penting untuk memahami yang temuduga bukanlah perjanjian sosial. Kebanyakan temuduga adalah peristiwa yang tersusun di mana kenyataan yang tidak menimbulkan kemarahan adalah tidak diterima. Ringkasnya, menjadi diri sendiri mungkin akan membawa malapetaka (satu perkataan yang bercanggah). Misalnya, menjadi diri sendiri bermaksud menyandar pada kerusi, berpakaian compang-camping dan berkelakar, anda akan menyedari bahawa anda menghadiri beberapa temuduga. Sementara penemuduga suka mereka yang relaks, mereka juga mempunyai anggapan yang dijangkakan tentang kelakuan yang bersesuaian untuk menghadiri sesuatu temuduga – dan anda menyalahgunakan anggapan tersebut untuk membahayakan anda!

Mitos No. 10: Penemuduga mencari kecelaan
Mitos yang berbahaya ini akan membawa para penemuduga untuk mengamalkan sikap mempertahankan diri, mungkin juga kecurigaan semasa menemuduga. Sekiranya anda percaya yang penemuduga anda sedang tekun mencari kecelaan anda, besar kemungkinannya  akan melemahkan percubaan anda untuk membentuk  hubungan erat dan kepercayaan yang penting. ia juga boleh menghalang anda untuk terbuka dan memberi jawapan yang baik. Percayalah bahawa kebanyakan tidak menyediakan soalan-soalan dengan harapan untuk mencari kecelaan anda. Soalan-soalannya selalunya sudah disiapkan dengan harapan untuk memberi gambaran keseluruhan secara mendalam tentang apa yang si penemuduga boleh menyumbang kepada syarikat. Seorang penemuduga yang baik akan dapat menyingkap kelemahan anda tetapi ianya amatlah jauh berbeza dengan apa yang anda fikir bahawa penemuduga hanya mencari jawapan yang menampakkan kecelaan anda.
Ia amatlah mustahak untuk menganggap tiap-tiap soalan itu adalah satu peluang untuk menyerlahkan diri anda daripada bersifat untuk melindungi yang tidak perlu. Ia hanyalah untuk menjawab soalan-soalan untuk menunjukkan betapa bagusnya anda. Menganggap yang soalan-soalan tersebut adalah objek syak-wasangka tidak akan masuk akal langsung.
Memahami mitos di persekitaran temuduga akan memberi permulaan yang baik. Ingatlah, temuduga adalah sama dengan usaha dalam hidup: memahaminya secara mendalam adalah baik untuk membantu anda mencapai kejayaan. Pemahaman secara mendalam tentang mitos di dalam temuduga akan memberi anda satu senjata dengan informasi yang anda perlukan untuk mengelak diri anda daripada terjerumus ke dalam perangkap yang mengecewakan. Sama pentingnya, satu gambaran yang jelas tentang temuduga akan membuat anda lebih bersedia dan dapat menyumbangkan keyakinan dan persembahan anda.







TIP BERNIAGA COKLAT DARIPADA RUMAH

"Rahsia Perniagaan Coklat Buatan Tangan Dari Rumah Kini Terbongkar. Ketahui Bagaimana Untuk Bermula Dengan Kos Yang Minimum! "

7 Sebab Kenapa Anda Perlu Memulakan Perniagaan Coklat Buatan Tangan Dari Sekarang...

 Anda boleh bermula dengan Kos dan risiko yang minimum.
 Tiada Sijil dan Kelayakan diperlukan.
 Menjana Kreativiti anda & Dapat duit daripadanya!
 Bekerja Dari Rumah. Jadi Bos anda sendiri.
 Kadar Keuntungan yang tinggi. Ia mencecah 300% daripada kos anda!
 Buat kerja yang anda suka ...coklat..hmmm sedapnya.
 Cari Duit Tambahan untuk keluarga. Jadi tak lah mengharapkan suami je.
Jangan buat alasan lagi. Perniagaan coklat sememang perniagaan yang cukup mudah walaupun anda bekerja makan gaji atau sekadar surirumah.
Kini telah ramai yang telah berjaya memulakan perniagaan coklat mereka dari rumah samada secara separuh masa ataupun sepenuh masa. Anda bila lagi?


Coklat Buatan Tangan Adalah Satu Seni
Bentuk coklat buatan tangan adalah pelbagai dan mempunyai bentuk tertentu bergantung kepada acuan. Ini yang menjadikan coklat buatan tangan unik. Kebiasaannya ia dalam bentuk coklat bar, berinti, bersalut dan sebagainya.
Ia juga boleh ditambah perisa jika anda mahu.
Adakah kita perlu buat coklat dari biji koko?
Jangan salah anggap. Coklat buatan tangan bukannya membuat coklat dari biji koko. Ia sebenarnya mengunakan coklat yang separa siap. Terdapat 2 jenis coklat yang digunakan dalam pembuatan coklat buatan tangan iaitu
Coklat Couverture atau Coklat Tulen
Coklat Compound
Yang mana paling sedap? Sudah tentu coklat tulen. Ia jauh berbeza dengan coklat yang anda beli dikedai. Cara pembuatannya juga lebih sukar dan agak cerewet. Cara untuk membuatnya akan ditunjukkan dalam pakej BuatCoklat.com ini.
Sebab itulah harga bagi sesetengah coklat buatan tangan lebih mahal berbanding dengan coklat yang anda beli di kedai.
Apa yang saya suka tentang Coklat Buatan Tangan..
Permintaan tinggi dari peminat coklat
Sesuai untuk dijadikan hadiah atau hantaran
Kadar Keuntungan yang tinggi
Khasiat untuk kesihatan terutamanya jantung
Halal
Jika anda juga seorang peminat coklat, anda kini juga boleh memulakan perniagaan coklat buatan tangan anda dari rumah anda.
Saya berharap produk ini membantu anda 100% dalam menjana pendapatan tambahan dari rumah anda selepas ini. Suatu hari nanti anda mungkin akan berterima kasih kepada produk ini kerana saya pasti ianya mampu mengubah persepsi anda terhadap perniagaan dari rumah.
Anda juga mampu melakukannya!


Apa yang membezakan Ebook Rahsia Coklat Buatan Tangan dan ebook lain?

Kami menunjukkan cara pembuatan coklat dalam bentuk ebook dan juga video. IaTIDAK terdapat pada pesaing kami.
 Kami menunjukkan cara pembuatan coklat kompaun dan juga couverture. Ianya TIDAKterdapat pesaing kami.
 Sokongan yang berterusan menerusi sms, telefon dan juga Facebook.
 Kami menunjukkan cara untuk anda berbisnes, bukan hanya untuk buat coklat untuk diri sendiri.

Mulakan perniagaan coklat anda sekarang!


Rabu, 30 Oktober 2013

DR MOHD AMIN DILANTIK NAIB CANSELOR BAHARU UNIVERSITI MALAYA


KUALA LUMPUR 30 Okt. - Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa Universiti Malaya (UM), Profesor Datuk Dr. Mohd. Amin Jalaludin dilantik sebagai Naib Canselor UM yang baharu berkuat kuasa 8 November ini.
Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan di sini hari ini memberitahu, tempoh pelantikan itu adalah bagi tempoh tiga tahun iaitu sehingga 7 November 2016.
Menurut kenyataan itu, pemilihan Dr. Mohd Amin berdasarkan pengalaman luas beliau dalam aspek pembangunan akademik di universiti itu.
"Kementerian berharap pelantikan beliau dapat meningkatkan pencapaian UM menerusi pemantapan kepimpinan universiti, kualiti penyelidikan dan penerbitan; kualiti staf akademi dan, kualiti mahasiswa; serta kedudukan di peringkat antarabangsa dan penjanaan pendapatan," katanya.
Dr. Mohd. Amin merupakan pakar dalam bidang perubatan 'Head and Neck' dan Otologi.
Dalam pada itu, kementerian merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Naib Canselor UM sekarang, Tan Sri Dr. Ghauth Jasmon atas kepimpinan dan bakti beliau sejak dilantik pada 8 November 2008. - UTUSAN ONLINE


TEKNIK MENDAPATKAN BARANGAN BERKUALITI DENGAN HARGA YANG MURAH TERUS DARI NEGARA CHINA


Adakah anda tahu bahawa cara untuk membuat duit dengan banyak melalui penjualan barangan fizikal di Lelong.my, eBay dan juga laman web anda sendiri adalah dengan cara mendapatkan bekalan barangan yang popular dengan harga yang murah secara berterusan supaya anda dapat menjualnya semula untuk mendapatkan keuntungan yang tinggi?
Pada masa ini, tidak terdapat pembekal lain kecuali di negara China yang mana anda boleh mendapatkan barangan popular yang berkualiti serta murah berbanding tempat lain di seluruh dunia...


Lubuk barangan popular...


Berikut merupakan di antara sebilangan kecil barangan popular yang boleh anda perolehi daripada negara China. Imej-imej ini telah saya ambil terus daripada laman web pembekal yang saya syorkan. Ada di antara imej-imej tersebut yang masih mengandungi User ID syarikat pembekalnya...

Telefon Bimbit jenis Touchscreen

Frem Gambar Digital

Aksesori Kereta

Android Tablet dengan fungsi Touchscreen

HD Camcorder Touchscreen

Permainan Remote Control (RC)

Jam Tangan LED Jepun

Spek mata untuk menonton video

Aksesori untuk Kamera SLR/DSLR

Gitar Elektrik
Permainan Video Touch-Screen

Jersi Bola Keranjang

Jersi Bola Sepak

Cermin Mata Bergaya

Pakaian Wanita

Baju Wanita Mengandung

Baju Bayi

Pemain MP3

Rantai Leher Wanita

Beg Tangan Wanita

Sandal Wanita

Patung Permainan


... dan puluhan ribu barangan hebat lain yang tidak sempat saya senaraikan di sini.

Adakah negara China sesuai untuk saya?...

Berikut merupakan di antara beberapa sebab utama mengapa anda perlu mengimport dari negara China:
  • Kos pembuatan yang murah: Kilang-kilang di negara China menghasilkan pelbagai jenis produk dan pada kebiasaannya harganya adalah jauh lebih murah berbanding negara lain di dunia.
     
  • Polisi pintu terbuka negara China: Pembekal dari negara China semakin menuju ke arah aktiviti mengeksport barangan mereka ke pasaran luar dan semakin meningkatkan aktiviti pemasaran kepada pelanggan luar negara.
     
  • Perkhidmatan Dropshipping: Ramai pembekal negara China yang memberikan perkhidmatan Dropshipping untuk pelanggan mereka.
     
  • Mudah berurusniaga: Walaupun terdapat perbezaan bahasa, terdapat cara untuk mengurangkan masalah ini apabila anda melakukan urusniaga dengan mereka (saya akan berkongsi rahsianya di dalam ebook ini).
Walaupun anda belum pernah ke negara China, penduduknya tidak akan menyingkirkan anda walaupun anda masih baru kepada negara mereka. Mereka akan membantu anda dengan sebaik mungkin. Jangan risau! Anda cuma perlu memulakan langkah pertama dan terus mengambil peluang yang besar ini!



CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse