Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Rabu, 22 Disember 2010

WikiLeaks-Mahmud Abbas Minta Israel serang Hamas


Salam kepada semua...

Patutlah Palestin tak pernah aman...Rakyat Mereka bergaduh sesama sendiri..Terbaru didedahkan oleh Laman WikiLeaks bahawa Presiden Mahmud Abbas Meminta israel untuk menyerang Hamas pada 2007.Islam minta tolong dengan yahudi perang Islam?memang tak kan aman Palestin kalau macam ni...
Berikut merupakan pendedahan yang dikeluarkan oleh WikiLeaks:-
 
Anggota parti Fatah pimpinan Presiden Palestin, Mahmud Abbas didakwa meminta Israel untuk menyerang kumpulan pembangkang Hamas pada 2007, menurut kabel diplomatik yang didedahkan oleh WikiLeaks.
Pendedahan terbaru yang memetik kenyataan ketua agensi keselamatan Israel, Shin Bet kepada pegawai Amerika Syarikat (AS) itu mendakwa, pegawai Fatah di Genting Gaza telah meminta bantuan untuk menentang peningkatan pengaruh Hamas.
"Mereka menghampiri situasi hasil sifar dan meminta kami untuk menyerang Hamas. Mereka terdesak," kata ketua Shin Bet, Yuval Diskin kepada pegawai AS.
Menurut Diskin, agensi keselamatan Israel mempunyai 'hubungan sangat baik' dengan perkhidmatan keselamatan Abbas, di mana mereka berkongsi hampir semua maklumat perisikan dengan Shin Bet.
"Mereka tahu bahawa keselamatan Israel adalah tunjang kepada kewujudan mereka dalam bergelut dengan Hamas di Tebing Barat," katanya ketika perbincangan pada Jun 2007.
Pendedahan pakatan sulit dengan Israel untuk menentang pergerakan penduduk Palestin lain itu kemungkinan besar akan memalukan Abbas dan Fatah.
Hamas dan Fatah mempunyai hubungan yang tegang selama beberapa tahun dan kemarahan memuncak apabila kumpulan Islam itu memenangi pilihan raya pada 2006.
Setahun kemudian, sejurus selepas kenyataan Diskin pada 2007, Hamas menumpaskan Fatah dalam pertempuran berdarah di Genting Gaza dan menguasainya.
Pendedahan kabel ini adalah sebahagian daripada kebanjiran fail diplomatik AS yang diterbitkan di dalam talian oleh WikiLeaks dan mencetuskan kemarahan serta memalukan kerajaan di seluruh dunia. - AFP

Tiada ulasan:

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse