salam kepada semua...
Kerajaan hari ini mengumumkan 14 barang kawalan sempena krismas yang akan tiba tidak lama lagi.Penulis Smart Generation sekadar memberikan pandangan berkaitan isu ini kerana sudah tentu para peniaga runcit akan menaikkan harga barangan ini sesuka hati mereka atas sebab kenaikan harga minyak yang di umumkan kerajaan baru-baru ini.Tindakan penguatkuasaan oleh kerajaan ini harus di puji namun,sejauh manakah kerajaan mampu menghalang para peniaga ini daripada menentukan harga barangan yang mereka jual.Bagi Penulis Smart Generation apa yang pasti kenaikan harga barangan ini sudah tentu tertumpu di kawasan pendalaman dan sekitar kampung dan desa-desa.Penguatkuasaan oleh kerajaan mungkin banyak tertumpu di kawasan bandar.Orang-orang kampung dan pendalaman yang akan menjadi mangsa kerakusan peniaga yang mahukan keuntungan berlipat kali ganda.Tetapi ada juga penianga yang memberikan alasan bahawa mereka melihat kepada kos pengangkutan yang mana perjalanan mereka mengambil barang-barang ini dari bandar.Sememangnya peniaga juga harus bertanggungjawab dalam membantu usaha pihak kerajaan membuat kawalan harga barang demi keselesaan pengguna terutama di musim perayaan.Penulis Smart Generation berharap semoga para peniaga tidak menaikkan harga barangan runcit sesuka hati kerana akan membebankan rakyat secara keseluruhannya.
Berikut merupakan kenyataan penuh mengenai perkara ini:-
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mengumumkan penetapan harga maksimum borongdan runcit bagi 14 jenis barang di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan sempena Krismas pada 25 Disember.
Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata penetapan harga itu akan dikuatkuasakan selama lima hari bermula Khamis depan di 146 kawasan dan daerahdi seluruh negara."Di bawah skim tersebut, daging paha kambing biri-biri import bertulang diperkenalkan sebagai barang harga terkawal."Tujuannya adalah untuk memperkemaskan kawalan mengikut spesifikasi barang yang diimport yang berada di pasaran, agar penguatkuasaan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan," katanya kepada pemberita di sini.
Senarai barang tersebut ialah ayam hidup, ayam standard, ayam super, ayam belanda import, daging lembu tempatan, daging kambing tempatan bertulang, daging kambing biri-biri import bertulang, daging kambing biri-biri import tanpa tulang, daging paha kambing biri-biri import bertulang, telur ayam Gred A, telur ayam Gred B, telur ayam Gred C, tomato dan cili benggala hijau.
Ismail Sabri berkata sebanyak 2,044 harga maksimum borong dan 2,044 harga maksimum runcit telah ditetapkan sepanjang lima hari skim itu dilaksanakan.Sebagai contoh, harga maksimum runcit bagi barang harga terkawal untuk Wilayah Persekutuan ialah ayam hidup RM6.10 sekilogram, ayam standard (RM7.20), ayam super (RM8.05), ayam belanda import (RM25), daging lembu tempatan (RM20), daging kambing tempatan bertulang (RM30), daging kambing biri-biri import bertulang (RM20).
Daging kambing biri-biri import tanpa tulang (RM24), daging paha kambing biri-biri import bertulang (RM24), telur ayam Gred A (RM0.36 sebiji), Gred B (RM0.35), Gred C (RM0.34), tomato (RM5 sekilogram) dan cili benggala hijau(RM10).
Beliau berkata peniaga diwajibkan menjual barang tersebut tidak melebihi harga maksimum serta meletakkan tanda harga berwarna merah jambu bagi membezakannya dengan barangan lain.Ismail berkata peniaga individu yang gagal mematuhi peraturan di bawah skim itu boleh didenda sehingga RM15,000 atau penjara dua tahun, atau dikompaun sehingga RM7,500 mengikut Akta Kawalan Harga 1946.
"Bagi syarikat, mereka boleh didenda maksimum RM25,000 atau dikompaun sehingga RM12,500," katanya.
Ismail Sabri berkata skim itu dilaksanakan bagi membolehkan pengguna memperoleh barangan keperluan di musim perayaan pada harga berpatutan dan bagi menyekat peningkatan harga yang melampau.
Katanya, pengguna boleh membuat aduan kepada kementerian jika mendapati ada peniaga yang tidak mematuhi undang-undang berkenaan di talian bebas tol 1-800-886-800 atau melalui e-aduan@kpdnkk.gov.my atau pejabat kementerian itu di seluruh negara. - BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan