PENULIS SMART GENERATION MENGUCAPKAN TAHNIAH KEPADA KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI KERANA TELAH BERJAYA SEKALI LAGI MENGANJURKAN PAMERAN MAHA PADA TAHUN INI.PAMERAN INI TELAH MENCATAT REKOD BARU APABILA SERAMAI 2.66 JUTA PENGUNJUNG TELAH DICATATKAN PADA PAMERAH MAHA KALI INI.PENULIS SMART GENERATION JUGA BERKESEMPATAN UNTUK SAMA-SAMA MENYAKSIKAN SENDIRI PAMERAN MAHA 2010 INI YANG RATA-RATANYA MENUNJUKKAN KEJAYAAN BUMIPUTERA DI DALAM SEKTOR PERTANIAN INI.SEMOGA PAMERAN MAHA DAN SEUMPAMA INI AKAN DITERUSKAN UNTUK MASA YANG AKAN DATANG.!
Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2010 yang berakhir petang semalam mencatat rekod baru apabila menerima 2.66 juta pengunjung sejak ia bermula pada 26 November lalu.Pameran yang diadakan di tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) di sini turut menyaksikan jualan semasa yang diperoleh berjumlah RM23.5 juta meningkat sekali ganda berbanding penganjurannya dua tahun lalu.Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar berkata, prestasi MAHA tahun ini meningkat berbanding MAHA 2008 yang menerima kunjungan seramai 1.2 juta orang, manakala hasil jualan pada tahun itu sebanyak RM9.69 juta.Katanya, pada pameran kali ini, kerjasama perniagaan berjumlah RM153 juta telah dimeterai berbanding RM133 juta dua tahun lalu.
"Kita nampak berlaku peningkatan cukup memberangsangkan pada penganjuran MAHA 2010 termasuk bilangan gerai meningkat kepada 2,502 gerai berbanding 1,197 gerai pada MAHA 2008."Terdapat juga peningkatan terhadap pertanyaan perdagangan sebanyak 184,331 berbanding 155,000 dua tahun lalu. Ini menunjukkan pameran yang diadakan dua kali setahun ini semakin dikenali dan mendapat perhatian ramai," katanya semasa sidang akhbar pada majlis Penutup MAHA 2010.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan