Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Khamis, 23 Disember 2010

MALAYSIAKINI:IBRAHIM ALI PENGLIPUR BERITA 2010


salam kepada semua

Malaysiakini sebuah Laman Web dan Portal berita Politik popular telah memilih Datuk Ibrahim Ali sebagai Penglipur Berita Malaysiakini bagi Tahun 2010.Pengiktirafan ini mungkin disebabkan kelantangan Ahli Parlimen Pasir Mas ini dalam mengutarakan isu-isu semasa terutama yang berkaitan dengan Hal Ehwal orang melayu  serta Penubuhan PERKASA yang melindungi Hak dan Keistimewaan orang Melayu.Ibrahim Ali sememangnya begitu popular dalam Politik Tanah air ini kerana banyak menimbulkan banyak kontroversi dan spekulasi terutama sokongan beliau kepada Parti yang tertentu serta sudah berapa kali keluar Parti tidak kira dalam kerajaan ataupun Pembangkang dan sekarang mengistiharkan diri beliau benar-benar bebas tanpa sokongan mana-mana Parti Politik.



Berikut merupakan berita penuh mengenai kenyataan ini;-

Pergolakan sepanjang 2010 mencetuskan gelombang yang sekaligus turut membentuk dan merobah pasir politik negara.

NONENamun, semuanya digerhanakan oleh individu ini yang paling menonjol dalam arena politik tanahair dan mendominasi tajuk utama berita akhbar negara.

Dan orangnya ialah - tidak lain dan tidak bukan - ahli parlimen Bebas Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali yang menerajui badan ultra-Melayu - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA).

Dia mungkin digelar 'super-katak' yang sering galak melompat, tetapi dapat dipertikaikan bahawa Ibrahim adalah Penglipur Malaysiakini bagi 2010.

Dilahirkan pada 25 Januari 1951 di Kampung Pasir Pekan di Tumpat, Kelantan, Ibrahim merupakan anak kelima dan anak sulung daripada 13 adik beradik. Dia anak manja ayahnya - seorang ketua kampung.

Ibunya yang merupakan seorang yang kuat agama, memastikan Ibrahim mendapatkan pendidikan agama sejak dari kecil lagi.

Ayahnya, meskipun tidak berpendidikan, adalah seorang yang berpengaruh. Bagaimanapun, elaunnya tidak seberapa untuk menanggung keluarga yang besar. Maka sewaktu kecilnya, Ibrahim menjalani kehidupan yang sederhana.

NONEIbrahim yang mengisytiharkan dirinyas sebagai 'rakyat Kelantan tulen' membesar bersama-sama dengan rakan-rakannya, termasuk dari kalangan bukan Melayu, kebanyakannya dari keturunan Thai dan segelintir rakan Cina.

Ketika Ibrahim berada dalam Tingkatan Enam pada 1969, bapanya - seorang penyokong setia PAS - ditahan di bawah Akta Ketenteraman Awam 1958 dan peristiwa itu sekaligus membentuk masa depannya.

Penglibatannya dalam poltik bermula ketika Ibrahim menuntut di Universiti Teknologi Mara, yang ketika itu dikenali sebagai Institut Teknologi Mara.

Ibrahim meneruskan perjuangan ayahnya dalam membela nasib orang Melayu. Secara harfiahnya, dia mengikuti jejak langkah ayahnya, apabila dia ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Dia berkongsi bilik tahanan di Kamunting pada 1974 dengan pemimpin pelajar ketika itu, Anwar Ibrahim.

Ibrahim kemudiannya menyertai Umno dan menjadi pejuang setia parti itu sehinggalah penubuhan parti serpihan Semangat 46 (S46).

NONEIbrahim mengikuti presiden S46, Tengku Razaleigh Hamzah. Pada 2008, dia bertanding atas tiket PAS dan memenangi kerusi parlimen Pasir Mas untuk ketiga kalinya.

Ibrahim mungkin merupakan satu-satunya ahli parlimen yang memenangi kerusi yang sama di bawah tiga parti yang berbeza - Umno (1986), S46 (1990) dan PAS (2008) - sehinggalah mendapat gelaran super-katak.

Bagaimanapun, beberapa bulan selepas memenangi parlimen Pasir MAS atas tiket PAS, Ibrahim telah 'berselisih dan berpisah' dengan kepimpinan parti itu, dan menjadi wakil rakyat Bebas.

Tahun lalu, Ibrahim kembali menonjol di arena politik tanahair apabila beliau menubuhkan PERKASA yang memperjuangkan Ketuanan Melayu dan hak istimewa orang Melayu.


1 ulasan:

Unknown berkata...

oleh kerana sya tidak berapa into politics, sya mampu kata "Baguslah!!" Moga apa yg disuarakan, diberi second thought!!! huhu...

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse