Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Khamis, 23 Disember 2010

GEMPAR:PENDEDAHAN VIDEO AKSI ADUN MELAKUKAN SEKS DAN BERZINA!!!?


salam kepada semua...

Penulis Smart Generation sebenarnya hairan dan pelik melihat sesama islam mengaibkan sesama islam yang lain,malahan mengadakan Fitnah yang boleh menjatuhkan maruah seorang insan dengan membuat tuduhan yang benar-benar mengaibkan.Terbaru adalah mengenai pendedahan ADUN SELINSING iaitu Ustaz Saipul Bahrin berzina dengan isteri orang.Jika memang tidak benar berita dan kenyataan ini ,bermakna ADUN SELINGSING ini di fitnah dan diaibkan maruahnya terutama beliau bergelar seorang Ustaz dan merupakan Tokoh Masyarakat.
Dosa menfitnah ini lebih jahat dan buruk daripada membunuh...Penulis berharap semoga mereka yang menyebarkan Fitnah ini untuk memohon maaf secara terbuka kerana ingatlah bahawa setiap berita fitnah yang sampai kepada setiap manusia itu dan manusia itu akan menyebarkannya lagi maka semakin besarlah fitnah itu tersebar,bagaimana si penfitnah mahu memohon maaf dan menarik kembali fitnah dan kenyataanya itu...

Beliau iaitu ADUN SELINGSING telah menafikan dakwaan ini dan menyatakan bahawa ini merupakan suatu berita fitnah sejak 10 tahun lalu tetapi kini semakin disensasikan.Perkara ini bermakna bahawa mereka yang telah menfitnah sejak 10 tahun yang lalu sehingga sekarang Fitnah itu telah sampai dan sukar untuk dilenyapkan...
Penulis Smart Generation juga terkejut apabila melihat satu rakaman Video yang mengaitkan bahawa ADUN SELINGSING ini benar -benar Berzina dengan isteri orang.Penulis tidak tahu keshahihan dakwaan itu yang menyatakan bahawa ADUN SELINGSING ini benar-benar berzina.Namun jika benar,Jangan aibkan beliau sehingga sebegini rupa.Allah s.w.t itu maha adil,Jika kita mengaibkan seseorang tidak mustahil kita suatu hari nanti akan di aibkan lebih daripada itu lagi..Dalam hal ini Penulis menyarankan kepada pihak yang terbabit supaya benar-benar membuktikan kenyataan yang telah mereka keluarkan berdasarkan bukti dan fakta yang benar-benar shahih.Jika benar dakwaan ini terus dakwa di Mahkamah supaya jika benar beliau bersalah maka beliau akan dihukum...

Lihat Video yang menyatakan bahawa ADUN SELINGSING ini benar-benar berzina:-



Berikut merupakan kenyataan ADUN SELINGSING ini Ustaz Saipul Bahrin:-

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas Selising, Drs. Saipul Bahrin Mohamad menyifatkan dakwaan perlakuan zina membabitkan dirinya dengan isteri seorang guru dalam blog papa gomo, merupakan perbuatan khianat dan fitnah besar untuk menamatkan karier politiknya.

Beliau mendakwa, fitnah tersebut sengaja dilakukan oleh pihak tertentu untuk menjatuhkan maruah diri dan seluruh keluarganya di mata masyarakat."Fitnah ini bukan baru. Kalau tidak silap saya ia telah dicetuskan sejak 10 tahun lalu iaitu pada tahun 2000. Tapi, mungkin kali ini nampaknya agak lebih sensasi. Kalau dulu keluar cerita ADUN Selising berkhalwat. Tapi kini berzina dengan bini orang.

"Kalau betul saya lakukan perbuatan terkutuk itu, malah saksi utama sendiri kata menangkap saya dan perempuan itu, tapi apa tindakan dia (saksi), kenapa tidak dakwa? Dakwalah," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di sini, malam tadi.Saipul Bahrin diminta mengulas pendedahan klip video dalam blog berkenaan mengenai dakwaan beliau ditahan dengan seorang wanita yang juga isteri seorang guru dalam koc orang kenamaan (VIP), semasa menaiki kereta api dari Kuala Lumpur ke Tumpat.

Mengulas lanjut, pendedahan tersebut, Saipul Bahrin yang menafikan tuduhan itu dengan tegas berkata, tidak halal ke atas mereka terbabit dari dunia sampai akhirat kerana memburukkan namanya dengan menabur fitnah yang amat mengaibkan itu."Ini satu tuduhan berat ke atas saya dan saya tidak halal, tidak rela, tidak maafkan perbuatan ini dari dunia sampai akhirat kepada semua yang terlibat dalam perbuatan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung.

"Saya tidak akan maaf selagi mereka tidak minta maaf secara terbuka dengan saya," tegasnya yang baru empat hari pulang dari Tanah Suci Mekah selepas menunaikan ibadat haji.Ketika menjawab sebarang kemungkinan tindakan akan diambil ekoran tuduhan itu, wakil rakyat Pas itu berkata, beliau terlebih dahulu akan berbincang dengan pihak berkenaan sebelum membuat apa-apa keputusan. - utusan

8 ulasan:

velasrizal berkata...

mcm2 la skrg bi kan

Password Paling Popular Di Dunia

Tanpa Nama berkata...

tu je ke vid nye? hahaha.

Tanpa Nama berkata...

kalau la si ADUN SELINGSING Ustaz Saipul Bahrin ni TIDAK BERSALAH...KENAPA dia tidak SAMAN orang yang mengeluarkan kenyataan bahawa dia BERZINA dengan ISTERI ORANG....ANDA sendiri BOLEH PIKIR & GUNA LOGIK AKAL yang telah ALLAH S.W.T berikan....

Tanpa Nama berkata...

bodonya anonymous 6 january... asal xbtoi je org boleh saman...

lantak dia la nk saman ke x. dh dia kata xhalal org yg buat ftnah 2h, 2h lg bsaq dr saman dh

lu pk2 la sndiri...

Tanpa Nama berkata...

i like your comment (3 feb)..

Tanpa Nama berkata...

memg bahalol la org yg nk suh saman tuh.. adkah duit saman tu halal utk dimakan?? jumpa kt masyar je bai.. tu dh cukup2 tersiksa

raktay beser berkata...

no komen

Tanpa Nama berkata...

BIAS.... ko heran sebab Islam mengaib sesama Islam, tp bila ko post cita pasal kes rogol Rahim Thamby Chik, ko tak heran lak.. ko ni, kalo nak jadi pembangkang, jadi la pembangkang yang rasional. bila kena kat pihak yg disokong, tau marah. tp kalo kena yg di bangkang, semua betul walau belum ada bukti sah... Bro, sebelum nak tego orang lain, tgk diri kita sendiri, apa sumbangan pada diri kita, family, masyarakat. MACAM BAGUS!!!!

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse