Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Selasa, 21 Disember 2010

KEMALANGAN JALAN RAYA DIMANA PENYELESAIANNYA?


salam kepada semua

Negara sekali lagi digemparkan dengan kemalangan ngeri di jalan raya yang melibatkan perkhidmatan Bas,Terbaru membabitkan sebuah bas persiaran dua tingkat yang mengorbankan 27 orang - 25 pelancong Thailand dan dua rakyat tempatan di Kilometer 15, Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai berhampiran Kampung Juang.Siapakah yang kita mahu salahkan setiap kali berlaku kemalangan ngeri ini?

Mungkin kita tidak terlalu merasai kerana hanya 2 orang rakyat Malaysia yang terlibat manakala selebihnya adalah Rakyat Thailand yang datang melancong ke negara ini.Namun,kalau kemalangan ini melibatkan rakyat Malaysia sudah tentu hanya ratapan dan kepiluan yang akan menyelubingi seluruh keluarga mangsa kemalangan ini.Menangis air mata darah sekalipun yang pergi tidak akan kembali.Siapa yang kita mahu salahkan dalam hal ini?..Mahu salahkan Takdir lagi?
Mesti ramai yang akan membuat kajian mengenai perkara ini,membuat undian siapa yang patut dipersalahkan,Pemandu ke?,Penguatkuasa ke? jalan raya yang tidak elok? dan sebagainya..Namun jika kita sekadar mencari kesalahan perkara ini tidak akan menemui jalan penyelesaian.Sebelum ini sudah banyak kemalangan maut di jalan raya,Namun tidak pernah ada kesedaran terutama di kalangan pengguna jalan raya ini.

Kemalangan memang tidak dapat dielakkan ke?

habis tu,kalau berada di jalan raya maknanya kita sudah terdedah kepada Maut?
Kenapa negara lain kadar kemalangannya rendah?

Jalan raya kita tidak elok dan sesuai ke?
Kenapa masih ada papan tanda yang tulis selekoh maut?

Kenapa buat jalan yang memang tahu boleh membahayakan pengguna jalan raya?

Kenapa kalau pandu perlahan dan berhemah pun boleh terdedah dengan kemalangan?

adakah kita sendiri yang menjadi penyebab kepada kemalangan ini?

Penulis Smart Generation pasti bahawa semakin banyak persoalan akan di timbulkan,Masyarakat akan membuat ulasan dengan pelbagai andaian dan teori,masyarakat akan menyalahkan kerajaan,Kerajaan pula akan bermati-matian membuat akta dan kempen keselamatan jalan raya.Daripada masyarakat di kedai kopi sehinggalah masyarakat yang berkerjaya semuanya akan memberikan andaian dan pandangan masing-masing...

Jadi,apakah penyelesaiannya?


Jawapan itu ada dalam diri anda sendiri,Anda tahu bagaimana mahu mengelakkan kemalangan itu,Kalau anda menjadi penumpang bas,anda juga boleh menegur Pemandu Bas yang memandu laju,Kalau anda berkenderaan sendiri,pandulah dengan berhati-hati dan jalankan pemeriksaan ke atas kenderaan anda untuk memastikan anda sentiasa selamat di jalan raya.


ingatlah wahai masyarakat!!!!!!

``PREVENTION IS THE BEST CURE``






1 ulasan:

Awatif Amni berkata...

mm...mcm2 ya..kdg2 kt xlanggar owg..owg langgar kt..tp apa2 pn kt kena tetap berhati2 d jalan raya..lect sy pnh ckp.. klau dah xsiden pas2 cacat teruk myusahkn owg blk ja..baek mati ja..peace no war..
http://meandamani.blogspot.co

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse