Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Rabu, 22 Disember 2010

ANUGERAH SEPANJANG HAYAT-TAHNIAH ZETI AKHTAR AZIZ


Salam kepada semua..

Penulis Smart Generation mengucapkan Tahniah dan Syabas kepada Gabenor Bank Negara iaitu Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz diberi penghormatan dianugerahi Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat pada majlis Anugerah Perniagaan dan Kewangan Islam Tahunan yang diadakan di Dubai.Sememangnya Beliau merupakan seorang yang benar-benar berwibawa menerajui Sistem Kewangan di Negara ini dan mendapat pengiktirafan dunia.Apa yang perlu bagi negara dalam memastikan mencapai sasaran Ekonomi berpendapatan tinggi adalah generasi yang hebat dan mendapat pengiktirafan dunia....

Berikut merupakan kenyataan penuh mengenai perkara ini:-

Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz diberi penghormatan dianugerahi Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat pada majlis Anugerah Perniagaan dan Kewangan Islam Tahunan yang diadakan di Dubai.

Semasa menyampaikan ucapan penerimaannya, katanya Kewangan Islam adalah salah satu segmen di dalam sistem kewangan global yang pantas berkembang.

"Industri itu kekal berdaya tahan semasa krisis kewangan global baru-baru ini. Ia terus berdaya saing, sambil menyediakan produk kewangan dan perkhidmatan, terhadap keperluan perniagaan dan para pelabur," katanya.

Dalam keadaan persekitaran yang lebih mencabar dan berdaya saing sekarang ini, katanya masa depan kewangan Islam akan bergantung kepada keupayaan inovasi dan pelaburan dalam pembangunan bakat bagi industri itu.

"Agenda akan menjadi kunci memastikan pertumbuhan dan kemampanan berterusan," kata Zeti.

Teks ucapan penerimaannya dikeluarkan di Kuala Lumpur hari ini.

"Kami telah menjelajahi perjalanan yang jauh untuk sampai ke tahap sekarang ini.

"Dalam memajukan industri itu, usaha dan kerjasama berterusan pihak industri dan pihak berkuasa akan terus menyumbang terhadap pembentukan kewangan Islam.

"Dengan berbuat demikian, ia juga akan meningkatkan peranannya yang berpotensi bagi menyumbang terhadap pertumbuhan dan kestabilan kewangan global," katanya.

Anugerah Perniagaan dan Kewangan Islam itu, yang kini memasuki tahun kelimanya, disifatkan sebagai salah satu acara paling menonjol di dalam industri kewangan di seluruh rantau Teluk.

Majlis tahunan itu dikhususkan bagi menonjolkan, menggalakkan dan memberi ganjaran terhadap prestasi dan pertumbuhan perniagaan dan komuniti kewangan yang luar biasa.

Anugerah itu kini disifatkan sebagai penanda aras kecemerlangan di dalam industri itu.

--Bernama 

Tiada ulasan:

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse