salam kepada semua...
Sultan Kelantan begitu prihatin dengan nasib rakyatnya terutama mereka yang fakir dan miskin di Negeri Jajahan Tuanku,Justeru seramai 137 orang penduduk miskin tegar di Negeri Kelantan ini telah diberikan Bantuan Zakat oleh Tuanku Sultan Kelantan sebagai keprihatinan baginda akan nasib golongan ini yang tidak terbela.Semoga Tuanku akan terus merasai denyut nadi rakyat dan merasai penderitaan rakyat yang terpinggir dan tidak terbela.``RAJA DAN RAKYAT SEHATI SEJIWA``...
Berikut merupakan berita penuh mengenai kenyataan ini:-
Daripada jumlah itu, 129 menerima bantuan zakat manakala bakinya menerima bantuan rumah daripada Majlis Agama Islam Kelantan dalam satu majlis di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Sungai Asap B di Gua Musang.
Selepas penyampaian itu, Sultan Muhammad V turut berkenan melawat seorang peneroka, Sudin Che Ya, 59, yang menghidap asma kronik di RKT itu.
Sudin ketika ditemui Bernama selepas itu meluahkan rasa terharu dengan kunjungan Sultan Kelantan tersebut.
Kunjungan baginda adalah bukti Sultan Muhammad V amat prihatin terhadap rakyat pedalaman, katanya.
Sementara itu, seorang penerima bantuan rumah, Asiah Ahmad, 57, berkata dengan adanya rumah baru itu dia sekeluarga tidak perlu lagi tinggal dalam keadaan daif.
--Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan