Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Khamis, 9 Disember 2010

INFLASI DIJANGKA MENINGKAT TAHUN 2011


salam kepada semua..

Penulis Smart Generation sekadar membuat andaian bahawa kadar inflasi Malaysia akan meningkat pada tahun 2011 berikutan kenaikan harga barang yang diumumkan Kerajaan Malaysia baru-baru ini.Rakyat di minta bersedia untuk sekali lagi menghadapi Inflasi dan sudah semestinya kerajaan meminta supaya rakyat Malaysia mengamalkan langkah berjimat cermat.Justeru Kerajaan seharusnya memastikan kadar Inflasi negara ini kekal stabil dan turun bukannya meningkat.Jika kadar Inflasi ini meningkat ini bermakna rakyat yang akan terbeban.Kenaikan Inflasi ini ada kaitannya dengan kenaikan harga barang..

Berikut merupakan kenyataan Pakar Ekonomi berkaitan perkara ini:-
Langkah rasionalisasi subsidi baru-baru ini dijangka tidak akan mempengaruhi kadar inflasi tahun ini tapi langkah rasionalisasi seterusnya akan meningkatkan kadar inflasi pada tahun 2011.Pemotongan subsidi memberi tekanan kepada indeks harga pengguna (CPI), demikian menurut CIMB Research dalam laporan yang diterbitkan Isnin lalu.

Sungguhpun impak secara langsung ke atas CPI masih boleh diuruskan, tapi kita harus perhatikan kesannya secara tidak langsung," katanya.Jumaat lalu, kerajaan menaikkan harga petrol RON95 sebanyak lima sen kepada RM1.90 seliter manakala harga diesel juga dinaikkan sebanyak lima sen kepada RM1.80 seliter.  Harga gula meningkat 20 sen sekilo dan harga LPG meningkat lima sen kepada RM1.90 sekilo."Kami menganggarkan kombinasi kenaikan harga ini akan menyebabkan kadar inflasi akan meningkat sebanyak 0.2% mata (petrol menyumbang +0.18% mata, gula +0.03% mata dan LPG +0.01% mata)."Ketika harga naik bulan Julai, CPI meningkat 1.9% – 2.1% pada Julai-Ogos.  Kami kekalkan anggaran inflasi 2010 pada 1.7%.Rasionalisasi subsidi yang berterusan akan meningkat kadar inflasi untuk 2011. "Oleh yang demikian, kami meningkatkan ramalan kenaikan CPI lebih tinggi kepada 3% dari 2.5% sebelumnya," kata laporan itu.
Apabila dihubungi, ketua ekonomis CIMB Lee Heng Guie menegaskan bahawa kesan inflasi akan lebih dirasai tahun depan."Kerajaan dijangka akan mengkajinya setiap enam bulan ketika mana rasionalisasi subsidi diteruskan," katanya, menambah, kadar inflasi akan berlegar di antara 2.5% dan 3% tahun depan.
-theedegefinancialdaily

Tiada ulasan:

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse