Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Isnin, 27 Disember 2010

BERITA BUAT SEMUA PEMINJAM PTPTN


salam kepada semua...

Penulis Smart Generation menyokong usaha LHDN untuk membuat sistem potongan gaji bagi pembayaran balik pinjaman buat Semua peminjam PTPTN mulai 1 Januari 2012.Sememangnya langkah ini sepatutnya dijalankan lebih awal lagi bagi memudahkan semua peminjam PTPTN ini untuk memastikan mereka melaksanakan hutang mereka.Namun,Penulis Smart Generation masih mengharapkan dan menyarankan supaya PTPTN ini tidak dijadikan sebagai Pinjaman,tetapi sebagai Biasiswa buat semua Pelajar yang mahu melanjutkan pembelajaran kerana merupakan satu tanggungjawab kerajaan untuk memastikan pendidikan untuk semua warganya.Ramai pelajar yang terpaksa menanggung hutang apabila melanjutkan pembelajaran.Perkara ini sememangnya membebankan bagi mereka yang keluarga berpendapatan rendah.Semoga kerajaan akan sentiasa menilai perkara ini demi masa depan anak bangsa Malaysia...

Berikut merupakan berita penuh mengenai kenyataan ini...

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dijangka dapat melaksanakan skim potongan gaji secara automatik terhadap peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mulai 1 Januari, 2012.
Ketua Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Tan Sri Hasmah Abdullah berkata, pihaknya sedang membuat draf undang-undang, sistem dan operasi dengan PTPTN bagi membolehkannya mengutip pinjaman dengan lebih berkesan.

"Draf yang sedang dikemas kini akan dibawa ke Parlimen selewat-lewatnya pada bulan Jun tahun depan,” katanya pada majlis penutupan Projek Sistem Perakaunan Hasil Berelektronik (eRAS) LHDN di sini hari ini.
Hasmah berkata, undang-undang ini penting bagi membolehkan LHDN mengambil tindakan sekiranya peminjam tidak membuat bayaran.

Buat masa ini, katanya peminjam masih boleh terus membuat bayaran secara sukarela di LHDN kerana pihaknya adalah salah satu daripada saluran untuk membayar balik pinjaman. – Bernama


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Saya ada baca tentang perlembagaan malaysia kat bahagian mana saya tak ingat.. sepatutnya PTPTN tak wujud.. yang wujud hanya biasiswa untuk anak-anak melayu.. camner tu yek? bukan ke semua anak-anak melayu yang masuk U akan mendapat biasiswa sebagaimana termaktub di dalam perlembagaan?

2nd: Kenapa menteri kita kaya raya yer? Sedangkan gaji menteri takder la besar mana pon.. kaya lagi datuk K.. mana sumber wang yang mereka dapat? anda berani untuk buat artikel tentang ini? hehe

Itu sahaja. Thanks

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse