Salam kepada semua...
Penulis Smart Generation hari ini membawakan satu lagi berita menarik mengenai Politik Tanah air kita.Terbaru dalam Kovensyen Pakatan Rakyat pada hari ini di Dewan Milenium,Kepala Batas Pulau Pinang Pengerusi DAP, YB. Karpal Singh telah berikrar akan mempertahankan islam di dalam Perlembagaan sehabis-habisnya.Wah,Nampaknya Karpal Singh akur dengan Perlembagaan bahawa Islam adalah Agama Rasmi negara ini.Nampaknya DAP sudah menjelaskan bahawa mereka akan mempertahankan islam sebagai agama rasmi negara ini.Di harapkan kenyataan yang telah di keluarkan ini benar-benar akan mereka pertahankan dan bukannya retorik dalam politik.Nampaknya polemik mengenai Negara islam yang sering kali di pertikaikan mungkin sedikit terjawab dalam Kovensyen Pakatan Rakyat ini antara DAP dan PAS.
Berikut merupakan kenyataan penuh mengenai perkara ini:-
Pengerusi DAP, YB. Karpal Singh menegaskan bahawa Pakatan adalah pakatan yang kuat.PAS adalah parti yang berdisplin di mana tidak ada yang undur, DAP ada, PKR pun ada . Penegasan itu diucapkan dalam ucapan penggulungan dalam Konvensyen Pakatan Rakyat yang diadakan di Kepala Batas, Pulau Pinang.
Beliau juga menegaskan Perlembagaan memutuskan Islam adalah agama resmi dan DAP akan mempertahankan itu sehabis-habisnya.
Menurutnya juga yang paling berrhak mempertahankannya ialah PAS.Beliau juga menegaskan tidak ada sebab BN mengexploitasi isu ini. Kalau nak Isukan ia adalah hak "Tok Guru Nik Aziz dan Tok Guru Hadi" katanya.
Mungkin merujuk kepada muzakarah yang hanya boleh menyelesaikan polimik tentang negara Islam yang dipermainkan oleh UMNO.
"Kami akan menang besar. sesiapa yang salah guna kuasa, siapa yg bagi perlindungan kepada pimimpin BN selepas itu akan dituduh dalam mahkamah, dan kami tidak akan lepaskan mereka. Ini adalah merupakan amaran kepada Rosmah." katanya lagi sambil menerima tepukuan gemuruh dari semua yang hadir.
Ucapan karpal Singh pada hari ini nampaknya menyelesaikan polimik negara islam yang sering dipermainkan oleh pemimpin UMNO dan BN sebelum dari ini.
Kenyataan terbaru ini juga dilihat sebagai ucapan yang memperkuatkan dan mengukuhkan Pakatan Rakyat

Tiada ulasan:
Catat Ulasan