Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Rabu, 15 Disember 2010

Sekatan WikiLeaks:semakin banyak rahsia akan didedahkan!


Salam kepada semua...

Laman Web WikiLeaks melalui pengasasnya iaitu Julian Assange telah menyelar firma kad kredit iaitu mastercard dan visa an juga perkhidmatan pembayaran internet Paypal kerana telah menyekat laman web nya.Menurut beliau syarikat-syarikt itu bersekongkol dengan Negara Amerika Syarikat.Beliau telah menyatakan bahawa tindakan Firma Kad Kredit terbesar itu menyekat laman web mereka tidak akan menjejaskan langsung usaha mereka untuk menyebarkan lebih banyak lagi dokumen dan maklumat sulit kepada dunia.
Berikut merupakan kenyataan penuh berhubung perkara ini:-

Pengasas laman web WikiLeaks, Julian Assange semalam menyelar pembekal perkhidmatan kad kredit Visa dan MasterCard serta perkhidmatan pembayaran Internet, PayPal kerana membuat sekatan ke atas laman webnya.

Dia membuat kenyataan itu dari dalam penjara menjelang perbicaraannya di London semalam selepas laman webnya menyiarkan lebih 250,000 kabel diplomatik Amerika Syarikat (AS) yang mengandungi maklumat sulit.

Warga Australia berusia 39 tahun itu menyifatkan ketiga-tiga firma berkenaan sebagai ‘alat dasar luar AS.’
Assange berikrar, tindakan firma itu tidak akan menghalang WikiLeaks daripada terus menyiarkan beribu-ribu kabel diplomatik AS yang mengandungi maklumat sulit.

“Tekad saya tetap teguh. Saya masih berpegang teguh pada visi saya,” katanya dalam satu kenyataan kepada sebuah stesen televisyen Australia yang ditujukan kepada ibunya, Christiane Assange.
Wanita itu tiba di London untuk bersama dengan Assange yang dipenjarakan selepas wang ikat jaminnya ditolak ekoran penangkapannya pada 7 Disember lalu atas dakwaan merogol dan mencabul dua wanita di Sweden.

Assange tidak dibenarkan menemui ibunya tetapi mereka dibenarkan berbual menerusi telefon selama 10 minit.

Dalam perbualan mereka, Assange memberitahu ibunya bahawa dia ditempatkan bersendirian di bilik penjara tingkat bawah tanah.

Pihak pendakwa raya Sweden mahu menyoal siasat Assange mengenai dakwaan cabul dan rogol itu. – Agensi

Tiada ulasan:

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse