Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Rabu, 8 Disember 2010

KEDAULATAN MELAYU LEBIH SESUAI:SULTAN JOHOR

Salam kepada semua...

Penulis Smart Generation pada hari ini ingin membawa satu lagi titah Sultan Melayu berkenaan Ketuanan Melayu yang semakin hangat dan pans di bincangkan.Sultan Johor pada hari ini membawa satu inisiatif baru kepada Masyarakat Malaysia berhubung Perkara ini. Ketuanan Melayu lebih sesuai disebut "kedaulatan Melayu" kerana ia mencakupi kedudukan Raja-raja Melayu dan rakyatnya dan bukannya soal antara "tuan" dan "hamba", titah Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar.

Berikut Merupakan Titah Penuh Baginda Sultan:-

"Ketuanan Melayu merujuk kepada kedaulatan di negeri Melayu dengan kedudukan raja sebagai puncak kerajaan negeri-negeri Melayu," titah baginda semasa merasmikan Multaqa Ulama Darul Ta'zim di Johor Baharu hari ini.

NONEMenurut baginda apabila British memberikan kemerdekaan kepada negara ini, mereka menyerahkan semula Tanah Melayu kepada tuannya iaitu Raja-Raja Melayu dan rakyatnya.

Ini kerana, awal sebelum kedatangan British dan sebelum kedatangan mana-mana bangsa ke negara ini, telah wujud tuan kepada tanah ini iaitu Raja-Raja Melayu dan rakyatnya, titah baginda.

"Sejak dulu lagi, ketika negeri-negeri Melayu belum dijadikan sebuah Persekutuan, Raja-Raja Melayu dan rakyatnya menerima orang luar sebagi tetamu dan memberikan mereka ruang mencari rezeki serta sama-sama membangunkan Tanah Melayu. Apabila sudah menjadi Persekutuan, hak-hak kaum lain terus juga dijaga dan dihormati serta dijamin oleh Perlembagaan," titah baginda.

Sultan Ibrahim bertitah baginda membangkitkan soal mengenai ketuanan Melayu memandangkan masih ramai rakyat tidak memahami perkara berkenaan dan menyalahtafsir maksudnya yang sebenar.

Baginda mengingatkan orang Melayu supaya bermusahabah diri dan mempertahankan ketuanan Melayu memandangkan ada orang Melayu sendiri yang mahu menolak kedaulatan Melayu yang telah termaktub dalam Perlembagaan.

"Berdasarkan perkembangan semasa, suka saya mengingatkan kepada orang Melayu sekalian supaya muhasabah diri dan segera kembali ke pangkal jalan," titah baginda.

Sultan Ibrahim bertitah sistem raja dan kerajaan Melayu yang telah wujud ratusan tahun dahulu tidak pernah putus malah kekal sehingga ke hari ini serta termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Menurut baginda, konsep kedaulatan Melayu yang merangkumi kedudukan Raja-Raja Melayu, Islam sebagai agama persekutuan, Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, hak-hak istimewa orang Melayu dan hak-hak lain juga tidak pernah melihat orang lain sebagai orang luar di negara ini.

Baginda meminta golongan ulama memainkan peranan menjelaskan dan mempertahankan ketuanan Melayu selain menegakkan hukum-hukum syarak.


Sultan Ibrahim juga mengingatkan rakyat supaya terus mempertahankan fahaman ahli Sunnah Wal Jamaah dan mengamalkan ajaran Islam mengikut Mazhab Syafie bagi mengelak perpecahan.

Bagi mengatasi masalah yang timbul berkaitan akidah, ibadah dan fahaman Islam, baginda mencadangkan kerajaan Johor mewujudkan kumpulan pemikir Islam yang dianggotai pakar termasuk ulama, ahli perundangan dan sasterawan bagi membincangkan masalah berkaitan masyarakat Islam dan penyelesaiannya.

Baginda turut meminta ulama menyebarkan ilmu dan pengetahuan melalui penulisan sebagaimana yang diamalkan oleh ulama silam seperti Imam Al-Ghazali dan Imam Syafie.

Sultan Ibrahim juga mengesyorkan pengwujudan pusat pemurnian akidah serta pusat kajian, penyelidikan, pengembangan dan penyebaran Mazhab Syafie.

- Bernama

Tiada ulasan:

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse