Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Selasa, 28 Disember 2010

PANAS!!!!:PENDEDAHAN EKSKLUSIF PERLANTIKAN PENGERUSI FELDA YANG BARU:SEJAUH MANA KEBENARANNYA?



salam kepada semua...

Penulis Smart Generation yakin dan pasti bahawa isu perlantikan Pengerusi FELDA yang baru iaitu Tan Sri Isa Samad sudah tentu menjadi pertikaian banyak pihak bukan sahaja dikalangan musuh politik beliau tetapi dikalangan ahli UMNO sendiri.Rasuah Politik dan Politik Wang  dikaitkan dengan beliau kerana pada 24 Jun 2005 oleh  Panel Lembaga Disiplin UMNO yang dipengerusikan oleh Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Ismail. Beliau  telah dijatuhkan hukuman penggantungan keahlian selama 6 tahun. Mohd Isa telah disabitkan bersalah atas 5 pertuduhan daripada 9 pertuduhan. Antara pertuduhan yang dikemukakan adalah berhubung amalan rasuah termasuk membabitkan penganjuran pertemuan, mengadakan majlis makan dan memberi wang untuk membeli undi. Perbuatan rasuah ini telah dilakukan oleh Mohd. Isa melalui agennya merangkap Setiausaha Politik beliau, Salim Shariff ketika bertanding jawatan Naib Presiden UMNO pada pemilihan September tahun 2004. Perkara ini menjadi pertikaian kenapakah Datuk Seri Najib Razak boleh melantik seseorang yang pernah di dakwa atas kesalahan Rasuah dan memberikan kepercayaan kepadanya untuk menerajui FELDA?..Sememangnya banyak persoalan yang akan ditimbulkan,apakah kriteria utama perlantikan beliau sebagai Pengerusi FELDA yang baru?

PERLANTIKAN ISA SAMAD BANTU PERJELAS ISU-ISU PANAS MELANDA FELDA?

Pelantikan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad sebagai Pengerusi Felda yang baru diharap dapat membantu menjelaskan pelbagai isu yang melanda Felda baru-baru ini secara cekap dan terbuka, kata Pengerusi Gabungan Wawasan Generasi Felda (GWGF), Tan Sri Rozali Ismail."Ini penting apabila mutakhir ini, Felda dihujani pelbagai isu panas dari pihak luar bertujuan memburuk-burukkan organisasi itu seperti isu Felda bankrap.

"Di samping isu tabung wang tanam semula Felda, isu saman Felda, isu geran tanah Felda, isu perahan gred kelapa sawit dan banyak lagi," kata Rozali.Dengan penjelasan itu kelak peneroka dan generasi baru Felda akan dapat menarik nafas lega, kata beliau dalam satu kenyataan di sini, Selasa.Beliau berharap Mohd Isa akan berfikiran lebih dinamik dalam membela nasib generasi kedua Felda dengan memberikan tumpuan sepenuhnya kepada pengurusan organisasi itu secara menyeluruh.

Rozali berkata pengalaman Mohd Isa yang pernah menjawat jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan selama 22 tahun akan menjadikan Felda lebih maju dan berdaya saing."Justeru, bukanlah sesuatu yang asing bagi peneroka Felda menerima kehadiran YB Tan Sri Isa kerana semasa menjadi MB, beliau pernah mentadbir 49 tanah rancangan Felda di negeri itu," katanya.Katanya, GWGF akan sentiasa membantu pengurusan Felda dalam memastikan warga Felda seiring dengan matlamat yang telah digariskan oleh Perdana Menteri.
GWGF adalah sebuah badan bukan kerajaan yang mempunyai lebih 50,000 anggota terdiri daripada generasi baru Felda dan 12 buah pertubuhan dan persatuan gabungan. 

Penulis Smart Generation masih merasa hairan,tidak ada orang lainkah yang lebih layak selain daripada Tan Sri Isa Samad ini?Pemimpin yang benar-benar telus dan bersih sepanjang perkhidmatannya di dalam Kerajaan sewajarnya dilantik menjadi Pengerusi FELDA ini yang mana memastikan bahawa FELDA akan terus berperanan untuk meningkatkan pendapatan Bumiputera terutama orang melayu dan membasmi kemiskinan.Seharusnya Perdana Menteri menilai sebaik-baiknya perlantikan ini demi masa depan FELDA dan kepercayaan rakyat kepada FELDA..
SEBAB INI KE PERLANTIKAN TAN SRI ISA SAMAD SEBAGAI PENGERUSI FELDA?


Perkara ini Penulis Smart Generation tidak pasti keshahihan dan kebenaranya,Namujn beberapa blogger telah menyiarkan mengenai artikel ini di Laman Blog mereka menyatakan sebab utama perlantikan Tan Sri Isa Samad ini sebagai Pengerusi FELDA yang baru.Adakah benar pendedahan ini?



2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum.

Pandangan peribadi saya untuk hujah anda. ;)

Bro, 2005 it's about 6 years ago. And kes Isa Samad dah berlalu and die dah dpt hukumannya. Perlantikan bukan berdasarkan masa lampau setiap individu, akan tetapi melalui kemahiran, kebolehan, dan pengalaman yang ada. Jika dinilai dari isu masa lampau, bukan saja wakil2 pro kerajaan yang tidak layak, malahan hampir kesemua ahli politik boleh dilabelkan tidak layak. Contoh terbesar, Dato Seri Anwar Ibrahim.. Tapi masih juga diberi kepercayaan menerajui PR. Ini kerana beliau begitu hebat berpolitik. Anwar tidak pernah mengamalkan rasuah? Cet.. Buat kajian sikit tentang isu penubuhan ABIM, anda akn tau maksud saya.

Yang kedua bro,
'Penulis Smart Generation masih merasa hairan,tidak ada orang lainkah yang lebih layak selain daripada Tan Sri Isa Samad ini?Pemimpin yang benar-benar telus dan bersih sepanjang perkhidmatannya di dalam Kerajaan' - Ok yang ni bro, kalaulah bro boleh namakan pada semua pembaca.. siapa yang bro rasa ada kriteria ni? Tk kisah sesiapapun, parti mana pun, jika bro diberi jawatan sebagai PM, bro nk tengok anak beranak bro merempat? Bro biarkan adik-beradik, sanak saudara bro still macam apa yang ada sblmnya? Tipu la bro, of course sikit sebanyak mesti mau tolongkan? Tuan Guru Nik Aziz pun lantik menantunya jadi Pengerusi Perbadanan Kemajuan Negeri Kelantan, yang melibatkan aset tanah dan projek2 besarkan? Kalau macam ini Agama kita kategorikan apa bro? kroni lakan? sikit sebanyak ini melibatkan rasuah juga bro. Kategori yang sama. Jadi ada ke yang telus? Senang cite camni la bro, dulu P Ramlee kata, BAPAK AKU KAYA, AKU TAK KAYA. itu sepatutnya, tp DUNIA dah jadi camni, BAPAK KAYA, ANAK MESTI KAYA.

So fikir2kan la..

Tanpa Nama berkata...

Sori bro,

Lagi satu gayanya bro ni macam active berpolitik kampus, bagus bro untuk ada pendedahan ni. Tp saya sarankan lebih baik tumpu pada pelajaran lu bro. Saya dah lalui zaman ni 10 thn lepas bro.. Takda apa yang menarik pun. Jadi, cukup la sekadar bro AMBIL TAHU, tk perlu taksub. Nasihat saya. Jadilah pelajar cemerlang, mendapat kerja dengan kecemerlangan, akhiri kehidupan dengan Amalan untuk Bekalan. Itu dah cukup, ape yg penting, AMAL MAARUF, NAHI MUNGKAR.

;)

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse