salam kepada semua..
Rombakan Jawatan Pengerusi perhubungan UMNO negeri dan juga Timbalan Pengerusi UMNO negeri merupakan salah satu langkah UMNO menunjukkan bahawa Pilihan Raya Umum semakin hampir.Oleh sebab itu,usaha untuk memastikan UMNO diperkasakan di seluruh negeri bagi memastikan sokongan rakyat semakin bertambah dan tidak berganjak daripada UMNO.Rombakan ini diharapkan dapat memastikan setiap negeri yang dikuasai UMNO akan dapat dipertahankan untuk Pilihan Raya Umum akan datang.Perubahan yang dilakukan oleh UMNO ini merupakan salah satu strategi UMNO bagi mengembalikan sokongan rakyat terutama setiap bahagian yang mahu peneraju UMNO di setiap negeri haruslah benar-benar komited untuk mempertahankan Parti ini.UMNO sekarang ini telah banyak menuju ke arah Landskap politik baru apabila mereka sedar dan mengakui kelemahan mereka.Namun.untuk menuju ke arah Politik Baru bukanlah sesuatu yang mudah buat UMNO jika masih ramai pemimpin senior yang masih mahu mengekakalkan corak pemerintahan senior dan ini merupakan cabaran terbesar buat UMNO bagi memastikan UMNO REFORM dan kembali dipercayai rakyat....
Berikut merupakan kenyataan penuh mengenai perkara ini:-
Tiga negeri – Pulau Pinang, Kedah dan Terengganu – mendapat pengerusi perhubungan Umno baru dalam rombakan yang diumumkan hari ini.Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Zainal Abidin Osman dilantik sebagai pengerusi perhubungan Umno Pulau Pinang menggantikan Datuk Ahmad Zahid Hamidi.
Menteri Besar, Datuk Ahmad Said menggantikan Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai pengerusi perhubungan Umno Terengganu.Ketua Umno Alor Setar, Datuk Paduka Ahmad Bashah Hanipah menjadi pengerusi perhubungan Umno Kedah menggantikan Datuk Seri Shafie Apdal.Bagaimanapun, tiada perubahan bagi jawatan pengerusi perhubungan Umno di negeri- negeri lain. Pelantikan tersebut diumumkan Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dalam sidang akhbar di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) disini hari ini.
Muka baru
Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Terengganu turut mendapat muka baru bagi jawatan timbalan pengerusi perhubungan.
Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Shahidan Kassim dilantik timbalan Umno Perlis menggantikan Datuk Zahidi Zainol Abidin, ketua Umno Padang Besar.
Anak mantan perdana menteri Dr Mahathir Mohamad, Datuk Mukhriz yang juga tmbalan menteri perdagangan antarabangsa dan industri dilantik menjadi timbalan pengerusi perhubungan Umno Kedah.
Manakala Senator Datuk Musa Fadzir dilantik timbalan pengerusi perhubungan Umno Pulau Pinang, manakala exco kerajaan negeri Datuk Yahaya Khatib Mohamad menjadi timbalan pengerusi perhubungan Umno Terengganu.
Bagi jawatan yang dikekalkan, beliau berkata langkah itu adalah bagi mengembalikan sokongan pengundi di negeri berkenaan.
Tengku Adnan berkata, pelantikan Mukhriz adalah tepat berdasarkan kriterianya sebagai anak muda dan muka baru di Kedah.
"Kami yakin dengan pelantikan Mukhriz boleh menarik lebih ramai pengundi muda khususnya dalam Barisan Nasional (BN) di Kedah," katanya.
Mengatur strategi pilihan raya
Katanya, beberapa perubahan lantikan dibuat berdasarkan keputusan pemimpin tertinggi yang mahu mengatur strategi dan menumpukan usaha memantapkan parti disamping menyiapkan jentera bagi menghadapi pilihan raya akan datang.Sehubungan itu, Tengku Adnan berkata pihaknya akan mula mengatur perancangan untuk mengembalikan semula negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat ke tangan BN."Setiap Perhubungan Umno Negeri perlu melakukan mesyuarat dua bulan sekali dan mereka perlu melantik setiausaha dan ketua penerangan yang berwibawa serta boleh bekerja demi parti," katanya.
Perlis
Pengerusi: Datuk Seri Dr Md Isa Sabu
Timbalan: Datuk Seri Shahidan Kassim
Kedah
Pengerusi: Datuk Paduka Ahmad Bashah Hanipah
Timbalan: Datuk Mukhriz Tun Mahathir
Kelantan
Pengerusi: Datuk Seri Mustapa Mohamed
Timbalan: Senator Datuk Dr Awang Adek Hussin
Terengganu
Pengerusi: Datuk Seri Ahmad Said
Timbalan: Yahya Khatib Mohamad
Pulau Pinang
Pengerusi: Datuk Zainal Abidin Osman
Timbalan: Senator Datuk Mustafa Sheikh Fadzir
Perak
Pengerusi: Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir
Timbalan: Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah
Pahang
Pengerusi: Datuk Seri Adnan Yaakob
Timbalan: Datuk Mohd Sharkar Shamsudin
Selangor
Pengerusi: Datuk Seri Najib Tun Razak
Timbalan: Datuk Seri Noh Omar
Wilayah Persekutuan
Pengerusi: Tan Sri Muhyiddin Yassin
Timbalan: Senator Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
Negeri Sembilan
Pengerusi: Datuk Seri Utama Mohamad Hassan
Timbalan: Datuk Shaziman Abu Mansor
Melaka
Pengerusi: Datuk Seri Mohd Ali Rustam
Timbalan: Datuk Wira Abu Seman Yusop
Johor
Pengerusi: Datuk Abdul Ghani Osman
Timbalan: Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad
Sabah
Pengerusi: Datuk Seri Panglima Musa Aman
Timbalan: Datuk SP Mohd Salleh Tun Said
1 ulasan:
Erm tak tahu sgt pasal politik nie..tp sape pun memang tak kisah janji rakyat bahagia makan semua cukup..cukup lah
Catat Ulasan