Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Khamis, 23 Disember 2010

PUISI :MENCARI ERTI HIDUP


salam kepada semua..

Penulis Smart Generation membawakan kepada pembaca sekalian Edisi Santai dengan menukilkan sebuah puisi yang di Ilhamkan sendiri oleh Penulis Smart Generation Khas buat semua Pembaca setia Smart Generation...


MENCARI ERTI HIDUP.....

Malam ini ku menanti hadirnya siang...
Dalam penantian itu jiwaku  dan hatiku merasa sepi...
Bagaimana aku mahu meneruskan hari esok..
yang belum tentu akan ku langkahi...
yang belum tentu akan ku nikmati...
Bagaimana mungkin akan ku teruskan kehidupan ini..

Keriangan..keseronokkan dan kegembiraan....
Bukan untuk ku nikmati selama-lamanya...
Kesedihan..kemurungan dan kesakitan...
Yang pasti akan hadir...
Hanya masa dan takdir yang menentukan...
Semua ini akan ku jalani dan rasai...


Indahnya Sang mentari mewarnai kehidupan ini...
Indahnya Sang bulan menjadi peneman di kala sepi...
Indahnya kuntuman bunga kerana mekarnya mewangi..
Indahnya hidup ini jika dipenuhi dengan warna-warni...

Hadirnya kasih kerana sayang...
Hadirnya sayang kerana rindu..
Hadirnya rindu kerana cinta...
Hadirnya cinta kerana tulusnya hati....

Bukan ku hidup mencari harta dunia...
Bukan ku hidup mengisi kemewahan...
Bukan ku hidup mencari cinta dunia...
Bukan ku hidup kerana kehendakku..
Aku hidup kerana aku perlu mencari sesuatu yang hakiki...
  

Apa ertinya hidup ini jika kebencian menyelubungi diri...
Apa ertinya hidup ini jika dendam kesumat tidak pernah hilang..
Apa ertinya hidup ini jika kejahatan menyelubungi diri..
Apa ertinya hidup ini jika hilangnya kasih dan sayang...

 Sukar untuk ku tafsirkan dengan bicara...
Sukar untuk ku ungkapkan dengan kata-kata..
Sukar untuk ku pejamkan mata
Sukar untuk ku alirkan air mata....
Sukar untuk ku berhadapan dengannya...
Kerana aku ini hambanya yang hina...

Setiap detik dalam hidupku...
Setiap saat dalam Nafasku...
Setiap masa berdegupnya jantungku...
Setiap itulah aku masih mencari erti hidup....

Tiada ulasan:

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse