Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Isnin, 13 Disember 2010

KOVENSYEN PAKATAN RAKYAT HARUS BERI KEYAKINAN KEPADA RAKYAT!


salam kepada semua...

Penulis Smart Generation pada ruangan kali ini ingin memberikan sedikit pandangan dan ulasan berkenaan dengan Konvensyen Pakatan Rakyat Kedua pada 19hb Disember 2010 ini bertempat di Dewan Millenium, Kepala Batas. Pulau Pinang.Dengan tema ``UBAH SEKARANG`` merupakan salah satu senjata tiga parti komponen utama dalam Pakatan Rakyat iaitu PAS,PKR DAN DAP akan bersama-sama sekali lagi membawa nafas dan harapan baru dalam landskap politik negara ini.Berpegang kepada prisip untuk Mempertahankan Agenda Bersama seperti yang telah disepakati pada Kovensyen Pakatan Rakyat yang pertama sebelum ini merupakan resipi terbaik buat gagasan 3 parti komponen utama dalam Pakatan Rakyat ini untuk terus meniup semangat ahli mereka bergerak menuju ke Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-13 yang akan datang.
 
Kovensyen Pakatan Rakyat yang kedua pada kali ini akan membincangkan strategi utama bagi menghadapi Pilihan Raya Umum yang ke-13 nanti.Namun dari segi pembahagian kerusi akan di bincangkan dengan lebih terperinci selepas Kovensyen Pakatan Rakyat ini diadakan.Selain itu agenda yang akan mereka bincangkan secara bersama adalah isu perlembagaan,islam serta isu-isu dasar yang menyentuh pendidikan dan ekonomi.Namun awal-awal lagi Pakatan Rakyat telah mengumumkan akan mengelakkan membincangkan isu-isu sensitif dalam Kovensyen Pakatan Rakyat pada kali ini.Hanya isu-isu yang telah di sepakati secara bersama akan di bincangkan pada Kovensyen Pakatan Rakyat pada kali ini.Antara isu-isu yang dijangkakan sebagai isu sensitif buat pakatan rakyat adalah isu negara islam,isu TPM cina dan banyak lagi isu yang hangat dipermainkan oleh pasukan lawan mereka terutama dalam isu ketuanan melayu.
Penulis Smart Generation mengharapkan supaya Pakatan Rakyat dapat menjadikan Kovensyen yang diadakan pada kali ini sebagai medium terbaik buat pasukan ini untuk memperjuangkan kepentingan rakyat bukan kepentingan untuk memperjuangkan kekuasaan.Pakatan Rakyat harus menyakinkan kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa mereka merupakan sebuah parti yang benar-benar utuh dan kukuh serta mempersetujui sesuatu isu secara bersama dan berhemah.Pakatan Rakyat harus berani menyatakan pendirian mereka untuk menjadikan Malaysia sebagai Negara Islam dan menyakinkan rakyat terutama masyarakat melayu bahawa kedaulatan Melayu di negara ini akan terus terbela.Mengikut pandangan Penulis Smart Generation bahawa isu-isu sensitif ini masih menjadi persoalan dan tanda tanya buat rakyat Malaysia yang masih belum berkeyakinan kepada Pakatan Rakyat.Golongan ini mungkin merupakan pengundi atas pagar yang melihat kepada situasi dan keadaan politik semasa tanah air dan rakyat yang majoriti akan memastikan kemenangan adalah golongan pengundi yang tidak taksub kepada mana-mana parti politik tetapi golongan ini adalah mereka yang yakin dengan perjuagan parti bagi menentukan nasib dan masa depan negara.

Penulis Smart Generation mungkin tidak terlalu arif dengan Agenda sebenar Pakatan Rakyat ini,Namun penulis yang di tulis ini adalah sebagai rakyat bawahan dan biasa yang masih menantikan Parti Politik sebenar yang memperjuangkan rakyat dan Parti Politik ini bukanlah Parti Politik retorik.Tidak kira daripada Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat,kedua-dua Parti ini harus menyakinkan rakyat Malaysia.Agenda utama mereka adalah untuk rakyat,membawa kesejahteraan buat rakyat dan mengangkat martabat rakyat.

sekian...

Penulis merupakan Mohd Asri Zulkifli,Presiden Kolej-kolej Kediaman UM(SPKUM)

Tiada ulasan:

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse